Friday, November 11, 2011

PeNguRusaN tadika Yg bERKeSAN


Soalan:
1.    Bagaimanakah sesebuah tadika dapat diuruskan dengan baik?
2.    bincangkan 5 kebaikkan pengurusan bajet yang berkesan ?
3.    bincangkan ciri- ciri pengurus tadika yang baik?

1.          Tadika merupakan salah satu tempat pengajaran dan pendidikan awal bagi seorang kanak- kanak yang berumur dibawah 4 tahun ke bawah. Melalui tadika, kanak- kanak mengenali dunia ilmu secara perlahan- lahan. Oleh kerana itu, dengan adanya satu sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap sesebuah tadika itu akan berjaya mendidik serta mengeluarkan seorang kanak- kanak yang berilmu serta mempunyai keperibadian yang mulia. Pengurusan yang berkesan adalah dengan melaksanakan perancangan secara efektif dan tersusun dengan cara mengerakkan struktur organisasi dan sumber kearah mencapai matlamat. Pengurusan tadika akan lebih berkesan dengan adanya dimensi pengurusan tadika yang betul, contohnya seperti mengambil kira Akta Perlindungan Kanak- Kanak Dan Akta Pendidikan, mementingkan kurikulum pendidikan prasekolah, mengikut teori perkembangan kanak-kanak dan amalan yang sesuai seperti menggunakan teori Jean Piaget,yang menggunakan teori kognitif. Ekosistem kanak- kanak juga merupakan faktor keberkesanan sesebuah tadika, dengan adanya persekitaran semulajadi, persekitaran sosiobudaya dan persekitaran buatan manusia merangsang kanak- kanak untuk mempelajari sesustu dengan mudah., serta sesebuah tadika haruslah mempunyai teori engurusan yang teratur bagi membolehkan tadika tersebut bergerak maju selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.
Sistem keselamatan sesebuah tadika juga merupakan salah satu cara untuk menjadikan penubuhan tadika itu berkesan. Sesebuah tadika haruslah mempunyai sistem keselamatan yang baik, antaranya seperti mempunyai pagar dan memasang pintu gril di setiap pintu dan jendela di tadika tersebut. Sistem keselamatan ini bukan sahaja mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini tetapi juga untuk menjamin keselamatan kanak- kanak yang berada di dalam tadika tersebut agar orang luar tidak dapat menceroboh kawasan tersebut. Sesebuah tadika juga dapat diuruskan dengan berkesan dengan adanya susunan sistem kewangan yang teratur. Sistem kewangan yang baik membolehkan sesebuah tadika itu dapat berkembang dengan pesat, serta mempunyai mampu membuat pelbagai aktiviti disamping boleh mengubahsuai kawasan luaran dan dalaman tadika tersebut. Melalui kewangan juga, pihak pengurusan boleh menambah pengambilan staf dan pengasuh. Selain itu, pihak pengurusan haruslah menyediakan pelbagai ruang untuk kanak- kanak tidak merasa bosan serta dapat melakukan aktiviti lain. Contohnya seperti menyediakan tempat- tempat yang dikhaskan untuk membaca serta melakukan aktiviti bermain, dengan adanya kemudahan- kemudahan yang disediakan kanak- kanak akan merasa terhibur serta tidak merasa bosan untuk pergi ke tadika. Pengurusan tadika akan dapat dilakukan dengan berkesan dengan mengikuti langkah serta prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Oleh itu, pengurusan dan pentadbiran yang baik mampu menubuhkan sebuah tadika yang cemerlang dan berdedikasi tinggi serta mampu melahirkan ramai kanak- kanak yang berjaya.

2.            Pengurusan kewangan yang teratur amat penting bagi sesebuah agensi terutamanya tadika,  keberkesanan pengurusan bajet banyak mendatangkan kebaikkan kepada sesebuah organisasi tertentu, antaranya ialah melalui susunan bajet yang teratur, sesebuah tadika dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan mengikut rancangan serta sumber yang ada. Bajet yang teratur juga membolehkan sesebuah tadika dapat berkembang dengan maju dengan memperkenalkan tadika tersebut, ke tempat yang lain contohnya luar dari kawasan tersebut, melalui bajet juga sesebuah tadika boleh menambah suai kawasan tersebut menjadi lebih selasa dengan menambah pelbagai kemudahan untuk kanak- kanak, contohnya menambah kawasan tersebut dengan kawasan pondok rehat ataupun membuat tanaman hidroponik bagi menambahkan persekitaran di kawasan tadika tersebut.
Melalui bajet juga, pihak pengurusan dapat menambah pengambilan staf serta pengasuh bagi menampung jumlah kanak- kanak yang ramai, contohnya seperti 50 orang kanak- kanak memerlukan 4 orang guru,serta 1 pembantu bagi melaksanakan sistem pembelajaran dan pengajaran dengan mudah. Dengan adanya jumlah kakitangan yang ramai, pengurusan disesebuah tadika tersebut lebih teratur dan nampak mudah, para ibu bapa juga mudah untuk berurusan dengan pihak tadika. Pengurusan tadika akan lebih teratur lagi dengan adanya kemudahan seperti kemudahan pengangkutan para kanak- kanak untuk pergi dan balik ke tadika. Kemudahan ini penting bagi pihak tadika untuk memastikan keselamatan para kanak- kanak terjamin serta ibu bapa selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pengurusan tadika tersebut.
Kebaikkan pengurusan bajet yang seterusnya ialah, sesorang individu itu dapat mengelakkan daripada melakukan pembaziran yang bukan sahaja merugikan kewangan tetapi juga merupakan satu sikap yang tidak patut dicontohi oleh kanak- kanak. Bagi memastikan seseorang individu tersebut tidak melakukan pembaziran sewaktu melakukan pembelian seseorang individu tersebut haruslah membuat senarai semak agar kewangan yang di perlukan tidak melebihi dari apa yang telah ditetapkan.

3.            Menjadi seorang pengurus tadika bukanlah mudah, seseorang pengurus haruslah mempunyai kualiti yang diperlukan bagi menguruskan sesuatu organisasi, contohnya seperti mempunyai kekuatan mental dan fizikal, ini kerana seseorang pengurus memerlukan tahap daya kesabaran yang tinggi terhadap sistem pentadbiran. Tugas utama seseorang pengurus adalah mengenal pasti, menyelenggara, merangsang, mengawal dan menyatukan setiap sumber bagi memenuhi prosedur- prosedur  yang telah ditetapkan. Seorang pengurus juga perlu peka terhadap pelaksanaan tadika selaras dengan hasrat, kehendak, dan arah tuju Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengurus tadika juga perlu memahami Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP) kanak- kanak, ini perlu bagi menghuraikan prinsip- prinsi yang perlu diguna pakai dalam merencana proses perkembangan dan pembelajaran kanak- kanak. Seorang pengurus juga perlu bijak dalam memainkan peranan sebagai pemimpin dalam sebuah organisasi. Pengurus perlu peka terhadap tugas- tugas yang dilakukan contohnya seperti mengurus dan mentadbir, menentukan syarat- syarat perkhidmatan bagi kebajikan kakitangan, mengurus perlantikan kakitangan, meluluskan program melaksana dan sebagainya. Selain itu, pengurus juga mempunyai tugas utama dalammenyediakan kos pembelian bahan alat kelengkapan yang diperlukan oleh sesebuah tadika tersebut, contohnya seperti membeli alat bantu mengajar yang sesuai.

Pengurus merupakan nadi utama bagi penubuhan sesebuah tadika, kerana penguruslah yang memulakan langkah bagi meneruskan perjalan sesebuah tadika. Tanpa pengurusan yang cekap dari seorang pengurus, penubuhan tadika tersebut hanyalah sia- sia dan berhenti sekerat jalan.







No comments:

Post a Comment