Wednesday, September 12, 2012

KONSEP MOTIVASI

Motivasi?
...Dirangsangkan oleh dua aspek iaitu motif dan insentif.


  • MOTIF.
Unsur yang lebih penting daripad insentif untuk merangsangkan minat murid terhadap pembelajaran.

  • INSENTIF
Galakan atau dorongan yang mendesak seseorang individu supaya melakukan sesuatu bagi mendapatkan ganjaran.

Jenis- jenis motivasi

Motivasi Intrinsik

  • Wujud daripada dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada individu untuk melakukan sesuatu tanpa apa2 ganjaran.
  • Intrinsik _ berkaitan dengan sifaft semulajadi seseorang kerana ia menggunakan naluri ingin tahu, yang mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan setiap pembelajaran yang baru.
  • murid yang mempunyai motivasi jenis ini, tidak mengharapkan sebarang ganjaran daripada guru
Motivasi Ekstrinsik
  • Merujuk kepada dorongan luar yang menggerakkan seorang individu untuk melakukan sesuatu tingkah laku.
  • Dorongan diberikan dalam pelbagai bentuk:
  • -hadiah, senyuman, tepukan, sentuhan , senyuman, token.
  • motivasi ini digunakan oleh guru bagi meningkatkan kualiti hasil kerja murid dan bukan sebagai insentif untuk murid menghabiskan kerja mereka.