Monday, March 18, 2013

PERBEZAAN CARA PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA DENGAN CARA PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA


Dari Segi Prinsip

Ø  Penguasaan Kemahiran Bahasa
Dalam pemerolehan bahasa pertama, penguasaan sesuatu kemahiran bahasa berlaku secara beransur-ansur. Mula-mula mereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi menjadi perkataan dan selepas itu mencantumkan perkataan-perkataan menjadi ungkapan atau ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa ibunda daripada penutur lain. Lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dengan sendiri. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal daripada proses melahirkan ucapan. Manakala pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Latihan-latihan peneguhan diberikan untuk membentuk tabiat bahasa yang dipelajari.

Ø  Penguasaan Aspek Bahasa
Dalam pemerolehan bahasa pertama setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan. Cara ini membolehkan beberapa aspek bahasa dapat dikuasai secara sekali gus. Sebagaimana diketahui, bahasa mempunyai banyak rumus dan peraturan. semuanya itu dikuasai secara serentak. Kanak-kanak umpamanya dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya dalam ayat secara sekali gus.
Hal ini berbeza dengan pengajaran bahasa kedua yang mesti didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran bermula daripada kemahiran mendengar, kemudian bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut sesuatu kata itu dahulu sebelum mengajar bentuk-bentuk tulisan. Cara ini akan menghasilkan satu pengajaran bahasa kedua yang berkesan.

Ø  Mempelajari Penggunaan Bahasa
Dalam pemerolehan bahasa pertama, prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak mengkaji tatabahasa untuk menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan sebab binaan ayat itu adalah betul atau salah, tetapi mereka diberi tahu betul dan salah ayat itu. Dalam aspek tatabahasa misalnya, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul. Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar belajar secara membuat analogi. Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar menerima pelajaran dengan cara melihat persamaan dan perkaitan antara bentuk-bentuk yang diajar. Mereka diberi latih tubi dalam pola-pola yang diajar. Analogi digunakan untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menjelaskan konsep-konsep tatabahasa. Mereka diberitahu sebab binaan bahasa yang digunakan itu adalah salah atau betul.

Ø  Penggunaan Bahasa
*      Dalam pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak belajar menggunakan bahasa melalui pemerhatian atau pendengaran dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan antara perkataan dalam ayat dan hubungan antara satu ayat dengan ayat lain. Mereka menggunakan sesuatu perkataan dalam konteks makna, bukannya dalam konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perkataan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi pemakaian makna dan perkataan yang betul. Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri. Makna perkataan perlulah diajar dalam konteks agama, adat dan adab, dan budaya. Ini adalah cara yang difikirkan berkesan dalam memberikan makna.

Ø  Kebiasaan Mempelajari Bahasa
Dalam pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai tabiat  bertutur yang tersendiri. Kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.
Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Pembelajaran berlaku secara formal dan mempunyai guru. Peluang pembelajaran hanya dapat diikuti di tertentu sahaja.

Kenangan indah yang menjadi memori manis dalam hidup ku..

Tanggal 26 Dec,kami telah membuat satu persembahan teater..kelakar juga rasanyer bila waktu latihan main2..n then waktu wat persembahan menjadi pulak..habis rasenyer tenaga bila asik kna terbang je....sebelum wat persembahan teater ktorg buat persembahan boria..waktu latihan step kacau bilau tiba waktu persembahan pula lagi la haru tapi bestttt....ak rasa kelakar pun ada bila mbr tak perasan camera dh rakam gelagat ktorg,.....pe2 pn ak tetap enjoy n terhibur ngan persembahan yang kami buat...




sebelum memulakan teater



kostum bunga ros


pose before teater

Burung tiung, gagak n bunga rose

pose after teater



we are enjoy with this activity!...