Wednesday, July 18, 2012

niCe pic..

Jadi model jap before wat kajian kes..
Tema baju...lips girl..


Pose sapa paling hebat?...



Awek2 cun...

Thursday, July 12, 2012

FROEBEL


FRIEDRICH  WILHELM FROEBEL 1782-1852
Friedrich Wilhelm Froebel terkenal sebagai ‘father of kindergarden’ kerana telah mencipta “GARDEN OF CHILDREN” atau “KINDERGARTEN” (Taman Kanak- kanak) di Blakenburg, Jerman. Model rancangan sekolah Froebel ini telah mempengaruhi rancangan sekolah di seluruh dunia. Model ini merupakan perluasan dari pandangannya terhadap dunia dan pemahamannya terhadap hubungan individu, Tuhan, dan alam. Menurutnya lagi, pendidikan dapat membantu perkembangan anak secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu simbol dari pendidikan anak. Apabila anak mendapat pendidikan yang tepat, ia akan berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya sendiri. Berikut merupakan model yang dikemukan oleh Froebel:
4.1  Main dan Kanak-kanak
Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.
Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu adalah penting bagi kanak- kanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri, Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatu metode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk meniru kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik, akan mengakibatkan cara belajar kanak- kanak menjadi yang salah. Bagi Froebel, guru bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan, dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah yang lebih terancang dan sistematik.
Erikson (1902- 1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Frobel tentang bermain iaitu beliau percaya bahawa apabila kanak- kanak bermain, mereka akan lebih memahami diri mereka sendiri. Kanak- kanak akan mengetahui tahap dan kemampuan diri mereka ketika bermain. Semakin banyak kanak- kanak bermain, semakin banyak yang dipelajarinya. Oleh itu, sebaik- baik permainan adalah permainan yang melibatkan pemikiran, aktiviti fizikal dan juga interaksi.
4.2          Aspek Perkembangan Sosial dan Emosi
Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.
Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai pandangan yang menyokong pendapat Froebel mengenai perkembangan   sosial dan emosi kanak- kanak, iaitu menurut Philip, kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) dalam Vijayen Gopal (2003), pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah, Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi.
Bandura (1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnya yang menyokong Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak- kanak ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba. Selain daripada itu, cara kanak-kanak menyatakan emosinya juga bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.
4.3  Aspek Perkembangan Fizikal
Bagi aspek perkembangan fizikal pula, Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus.
Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie Suliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of results). Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:
                      i.        Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar
Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada ‘monkey bar’, bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
                    ii.        Aspek Perkembangan Motor Halus
Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalbentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.
4.4 TEORI TINGKAH LAKU FOEBEL
Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran ini kebanyakkannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku kanak- kanak sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku kanak- kanak boleh diperhatikan, dikawal dan juga diramal.   
             Selain daripada itu, terdapat  pandangan atau  definisi pembelajaran behavioris yang boleh diterima umum seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) dalam Ishak Othman (2000), yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku kanak- kanak yang agak tetap akibat daripada latihan secara berterusan.




Wednesday, July 11, 2012

kisah lawak jenakA

Lawak mALAM pengantIN

Majlis pernikahan dah selesai tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri. 

Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah 
si ayah pasang telinga mendengar perbualan. 

Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang. 

" Nak cuba pakai malam ni , bang." pengantin perempuan bersuara 
berdebar dada si ayah mendengarnya. 
" Boleh saja biar abang masukkan?" 
Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya. 

"Tak muat bang, sempit oh sakitnya." Ternyata kasut bukan saisnya. 
"Kalau Tak muat nak buat camana?" Pengantin lelaki gundah suaranya. 

" Sapu air liur…!" Si ayah bersuara 
Ketawa pengantin berjela-jela. 
Ternyata si ayah silap sangka. 

Monday, July 9, 2012

memory bersama teman..

meMorY beRSAma ArwaH nuRAinI

kenangan Bersama mu-Raja kHAIrun IlyANa-