Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ." Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." JADI RENUNGKAN LAH.... 1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja 2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' . 3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY. 4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUT SPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN. 5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS . 6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA . 7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?' 8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan
ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... "Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik." |
Wednesday, June 26, 2013
Renungan sejenak..
Kreativiti pada anak
Kreativiti yang terdapat pada anak-anak berbeza dengan orang dewasa. Kreativiti seorang anak dapat di bina jika terus diasah sejak kecil. Pada anak-anak, kreativiti merupakan sifat yang komplikatif; seorang anak mampu berkreativiti dengan spontan kerana ia telah memiliki unsur pencetus kreativiti.
Pada dasarnya kreativiti anak-anak bersifat ekspresionis. Ini kerana pengungkapan ekspresi itu merupakan sifat yang dilahirkan dan dapat berkembang melalui latihan-latihan. Ekspresi ini disebut dengan spontan, terbuka, tangkas dan santai. Ada 3 ciri dominan pada anak yang kreatif:
(1) spontan;
(2) rasa ingin tahu;
(3) tertarik pada hal-hal yang baru.
Ternyata ketiga ciri-ciri tersebut terdapat pada diri anak. Bererti semua anak pada dasarnya adalah kreatif; faktor lingkunganlah yang menjadikan anak tidak kreatif. Dengan demikian, peranan ibu bapa sebenarnya lebih pada mengembangkan kreativiti anak.
Membangun keperibadian Islam.
Dengan cinta, ibu bapa dapat membangun keperibadian Islam pada anak yang tercermin dari pola pemikiran dan pola sikap anak yang islami. Ibu bapa yang faham akan sentiasa menstimulasi/ merangsang aktiviti berfikir dan bersahsiah anak-anak sesuai dengan standard Islam. Meransang aktiviti berfikir dilakukan dengan cara meransangkan unsur-unsur/ komponen berfikir (indera, fakta, informasi dan otak). Aktiviti membentuk sikap adalah aktiviti dalam rangka memenuhi keperluan jasmani dan naluri (beragama, mempertahankan diri dan melestarikan jenis).
Membangun keperibadian Islam.
Dengan cinta, ibu bapa dapat membangun keperibadian Islam pada anak yang tercermin dari pola pemikiran dan pola sikap anak yang islami. Ibu bapa yang faham akan sentiasa menstimulasi/ merangsang aktiviti berfikir dan bersahsiah anak-anak sesuai dengan standard Islam. Meransang aktiviti berfikir dilakukan dengan cara meransangkan unsur-unsur/ komponen berfikir (indera, fakta, informasi dan otak). Aktiviti membentuk sikap adalah aktiviti dalam rangka memenuhi keperluan jasmani dan naluri (beragama, mempertahankan diri dan melestarikan jenis).
Ibu bapa dapat meransang alat indera anak dengan cara melatih semua alat indera seawal mungkin. Ajak anak mengamati, mendengarkan berbagai suara, memegang berbagai tekstur benda, mencium berbagai bau dan mengecap berbagai rasa. Meransang otak dilakukan dengan cara memberi nutrisi yang halal dan bergizi yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel otak sejak dalam kandungan serta banyak menghadirkan fakta dan informasi yang dapat di cerap oleh anak.
Menstimulasi informasi diarahkan untuk meyakini adanya Pencipta melalui fakta-fakta penciptaan alam. Ibu bapa juga boleh membacakan cerita, mengajari anak untuk selalu mengaitkan fakta baru dengan informasi yang sudah diberikan, serta menghindarkan anak dari fakta dan informasi yang merosak dengan cara memilih tayangan TV, buku dan majalah.
Perlu difahami oleh ibu bapa, bahawa anak memahami standard secara bertahap seiring dengan kesempurnaan akalnya. Anak seusia kecil belum sempurna akalnya. Namun, ibu bapa tetap perlu mengenalkan standard-standard kepada anak secara berulang-ulang tanpa memaksa anak untuk melakukannya. Biasakan pula mengenalkan dalil kepada anak. Ibu bapa juga hendaknya senantiasa menghadirkan keteladanan yang baik pada anak di mana saja mereka berada.Ibu bapa yang faham tidak akan mengarahkan anaknya untuk sama dengan anak orang lain. Kita dapat membentuk keperibadian anak kita, tetapi bukan untuk menyamakan karakter mereka. Kita melihat, Sahabat Umar ra., Abu Bakar ra. dan sebagainya tidak memiliki karakter yang sama meskipun masing-masing mereka merupakan peribadi-peribadi yang islami. Keunikan mereka justru menjadikan mereka ibarat bintang-bintang yang gemerlapan di langit, terangnya bintang yang satu tidak memudarkan terangnya bintang yang lain. Begitu pula halnya dalam hal kreativiti mereka. Setiap Sahabat adalah insan kreatif. Masing-masing memiliki dimensi kreativiti sendiri-sendiri. Salman al-Farisi adalah penggerak utama Perang Parit; Umar bin al-Khatthab adalah pengasas undang-undang lalulintas; Abu Bakar ash-Siddiq adalah pengasas tegaknya sistem ekonomi Islam; Khalid bin Walid adalah pakar strategi perang; dan banyak lagi.
Yang menjadi masalah sekarang, para ibu bapa sering kurang bersungguh-sungguh untuk mengembangkan kreativiti anak. Seolah-olah para ibu bapa lebih suka jika anak menjadi fotokopi orang lain daripada dia membesar sebagai suatu peribadi yang utuh.
Kerana keperibadian menentukan kreativiti, seorang Muslim pada hakikatnya memiliki potensi kreatif lebih besar dibandingkan dengan umat-umat lainnya.