Friday, December 26, 2014

2015

assalamualaikum..

Pada penghujung tahun 2014..negara mengalami banjir yang teruk..
kesiann..
ungkapan itulah yg sering kita dengari
tapi apakah kita langsung tidak menyedari petunjuk yang sudah terang lagi tersuluh..apakah kita tidak menyedari bahawa kita sudah makin menghampiri..
penghujung jalan yang telah ditetapkan
penamat segala kekayaan duniawi
disitula kita bakal bersemadi.

alhamdulillah atas kurnianya..kita masih di sini menghirup udara yang bersih.

                                       
Sekarang kita sudah menganjak ke tahun 2015...alhamdulillah kita masih setia bertapak dibumi yang nyata ini,walaupun tahun 2014 tahun yang banyak dugaan..namun kita patut bersyukur atas semua perkara yang berlaku...ada hikmah disebalik semua kejadian yang allah telah turunkan..

SEmoga tahun 2015 ini kita dapat menmafaatkan segala kurniaan yang telah diberikan..

Thursday, December 18, 2014

Bibir kering

Assalamualaikum..

dah lama tak mencoret ke dalam blog ni kan..
Setelah sekian lama mendiamkan diri akhirnye diri ini mula mencoretkan jemari untuk mengakhiri penghujung tahun 2014 dengan menitip seribu kata dalam blog...
Now is 18/12/2014..
lagi beberapa hari kita akan melangkah ke tahun baru 2015..
Apa azam baru uolss?...

opssss!!!...
berbalik pada tajuk kita kat atas tuhhh..
pernah tak uolsss mengalami masalah ni?...
bibir kering?...terasa pedih je..sometimes ase cam luka pun ada kannn!..

PUNCA???....

  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangnya minum air.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.
  • Demam

CARA MENGATASI..

  • ·        Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari 
  • ·        Pilih sayur dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral 
  • ·        Jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam 
  • ·        Sapukan madu sebelum tidur 
  • ·        Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah 
  • ·        Sapu mentega/Vaseline pada bibir sebelum tidur bagi mengekalkan tahap     kelembapan 
  • ·        Jangan menjilat bibir.
  • ·        Gunakan Aloevera 




PETUA TRADISIONAL

  • Sapu dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan.
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.
Good Luck Uolss..
 #Pasni ni kna minum air bebanyak..takmo bibir kering ag..