Friday, November 11, 2011

PeNguRusaN tadika Yg bERKeSAN


Soalan:
1.    Bagaimanakah sesebuah tadika dapat diuruskan dengan baik?
2.    bincangkan 5 kebaikkan pengurusan bajet yang berkesan ?
3.    bincangkan ciri- ciri pengurus tadika yang baik?

1.          Tadika merupakan salah satu tempat pengajaran dan pendidikan awal bagi seorang kanak- kanak yang berumur dibawah 4 tahun ke bawah. Melalui tadika, kanak- kanak mengenali dunia ilmu secara perlahan- lahan. Oleh kerana itu, dengan adanya satu sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap sesebuah tadika itu akan berjaya mendidik serta mengeluarkan seorang kanak- kanak yang berilmu serta mempunyai keperibadian yang mulia. Pengurusan yang berkesan adalah dengan melaksanakan perancangan secara efektif dan tersusun dengan cara mengerakkan struktur organisasi dan sumber kearah mencapai matlamat. Pengurusan tadika akan lebih berkesan dengan adanya dimensi pengurusan tadika yang betul, contohnya seperti mengambil kira Akta Perlindungan Kanak- Kanak Dan Akta Pendidikan, mementingkan kurikulum pendidikan prasekolah, mengikut teori perkembangan kanak-kanak dan amalan yang sesuai seperti menggunakan teori Jean Piaget,yang menggunakan teori kognitif. Ekosistem kanak- kanak juga merupakan faktor keberkesanan sesebuah tadika, dengan adanya persekitaran semulajadi, persekitaran sosiobudaya dan persekitaran buatan manusia merangsang kanak- kanak untuk mempelajari sesustu dengan mudah., serta sesebuah tadika haruslah mempunyai teori engurusan yang teratur bagi membolehkan tadika tersebut bergerak maju selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.
Sistem keselamatan sesebuah tadika juga merupakan salah satu cara untuk menjadikan penubuhan tadika itu berkesan. Sesebuah tadika haruslah mempunyai sistem keselamatan yang baik, antaranya seperti mempunyai pagar dan memasang pintu gril di setiap pintu dan jendela di tadika tersebut. Sistem keselamatan ini bukan sahaja mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini tetapi juga untuk menjamin keselamatan kanak- kanak yang berada di dalam tadika tersebut agar orang luar tidak dapat menceroboh kawasan tersebut. Sesebuah tadika juga dapat diuruskan dengan berkesan dengan adanya susunan sistem kewangan yang teratur. Sistem kewangan yang baik membolehkan sesebuah tadika itu dapat berkembang dengan pesat, serta mempunyai mampu membuat pelbagai aktiviti disamping boleh mengubahsuai kawasan luaran dan dalaman tadika tersebut. Melalui kewangan juga, pihak pengurusan boleh menambah pengambilan staf dan pengasuh. Selain itu, pihak pengurusan haruslah menyediakan pelbagai ruang untuk kanak- kanak tidak merasa bosan serta dapat melakukan aktiviti lain. Contohnya seperti menyediakan tempat- tempat yang dikhaskan untuk membaca serta melakukan aktiviti bermain, dengan adanya kemudahan- kemudahan yang disediakan kanak- kanak akan merasa terhibur serta tidak merasa bosan untuk pergi ke tadika. Pengurusan tadika akan dapat dilakukan dengan berkesan dengan mengikuti langkah serta prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Oleh itu, pengurusan dan pentadbiran yang baik mampu menubuhkan sebuah tadika yang cemerlang dan berdedikasi tinggi serta mampu melahirkan ramai kanak- kanak yang berjaya.

2.            Pengurusan kewangan yang teratur amat penting bagi sesebuah agensi terutamanya tadika,  keberkesanan pengurusan bajet banyak mendatangkan kebaikkan kepada sesebuah organisasi tertentu, antaranya ialah melalui susunan bajet yang teratur, sesebuah tadika dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan mengikut rancangan serta sumber yang ada. Bajet yang teratur juga membolehkan sesebuah tadika dapat berkembang dengan maju dengan memperkenalkan tadika tersebut, ke tempat yang lain contohnya luar dari kawasan tersebut, melalui bajet juga sesebuah tadika boleh menambah suai kawasan tersebut menjadi lebih selasa dengan menambah pelbagai kemudahan untuk kanak- kanak, contohnya menambah kawasan tersebut dengan kawasan pondok rehat ataupun membuat tanaman hidroponik bagi menambahkan persekitaran di kawasan tadika tersebut.
Melalui bajet juga, pihak pengurusan dapat menambah pengambilan staf serta pengasuh bagi menampung jumlah kanak- kanak yang ramai, contohnya seperti 50 orang kanak- kanak memerlukan 4 orang guru,serta 1 pembantu bagi melaksanakan sistem pembelajaran dan pengajaran dengan mudah. Dengan adanya jumlah kakitangan yang ramai, pengurusan disesebuah tadika tersebut lebih teratur dan nampak mudah, para ibu bapa juga mudah untuk berurusan dengan pihak tadika. Pengurusan tadika akan lebih teratur lagi dengan adanya kemudahan seperti kemudahan pengangkutan para kanak- kanak untuk pergi dan balik ke tadika. Kemudahan ini penting bagi pihak tadika untuk memastikan keselamatan para kanak- kanak terjamin serta ibu bapa selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pengurusan tadika tersebut.
Kebaikkan pengurusan bajet yang seterusnya ialah, sesorang individu itu dapat mengelakkan daripada melakukan pembaziran yang bukan sahaja merugikan kewangan tetapi juga merupakan satu sikap yang tidak patut dicontohi oleh kanak- kanak. Bagi memastikan seseorang individu tersebut tidak melakukan pembaziran sewaktu melakukan pembelian seseorang individu tersebut haruslah membuat senarai semak agar kewangan yang di perlukan tidak melebihi dari apa yang telah ditetapkan.

3.            Menjadi seorang pengurus tadika bukanlah mudah, seseorang pengurus haruslah mempunyai kualiti yang diperlukan bagi menguruskan sesuatu organisasi, contohnya seperti mempunyai kekuatan mental dan fizikal, ini kerana seseorang pengurus memerlukan tahap daya kesabaran yang tinggi terhadap sistem pentadbiran. Tugas utama seseorang pengurus adalah mengenal pasti, menyelenggara, merangsang, mengawal dan menyatukan setiap sumber bagi memenuhi prosedur- prosedur  yang telah ditetapkan. Seorang pengurus juga perlu peka terhadap pelaksanaan tadika selaras dengan hasrat, kehendak, dan arah tuju Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengurus tadika juga perlu memahami Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP) kanak- kanak, ini perlu bagi menghuraikan prinsip- prinsi yang perlu diguna pakai dalam merencana proses perkembangan dan pembelajaran kanak- kanak. Seorang pengurus juga perlu bijak dalam memainkan peranan sebagai pemimpin dalam sebuah organisasi. Pengurus perlu peka terhadap tugas- tugas yang dilakukan contohnya seperti mengurus dan mentadbir, menentukan syarat- syarat perkhidmatan bagi kebajikan kakitangan, mengurus perlantikan kakitangan, meluluskan program melaksana dan sebagainya. Selain itu, pengurus juga mempunyai tugas utama dalammenyediakan kos pembelian bahan alat kelengkapan yang diperlukan oleh sesebuah tadika tersebut, contohnya seperti membeli alat bantu mengajar yang sesuai.

Pengurus merupakan nadi utama bagi penubuhan sesebuah tadika, kerana penguruslah yang memulakan langkah bagi meneruskan perjalan sesebuah tadika. Tanpa pengurusan yang cekap dari seorang pengurus, penubuhan tadika tersebut hanyalah sia- sia dan berhenti sekerat jalan.







punca dan cara mengatasi keruntuhan akhlak




1.PENGENALAN
Keruntuhan akhlak atau disebut juga sebagai dekadensi moral bukan satu permasalahan baru dalam masyarakat di negara kita malah dimana-mana Negara sekalipun.Malah sejarah sendiri telah merakam bagaimana umat-umat terdahulu dengan berbagai masalah akhlak sehingga antara tujuan npengutusan Rasulullah (s.a.w) adalah membawa mesej pemurnian akhlak manusia.Namun masyarakat dunia hari ini tidak mengambil kisah-kisah umat terdahulu sebagai iktibar  ataupun ibrah agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.Permasalahan akhlak terus berlaku atau semakin bertambah dari sehari ke sehari sehingga menimbulkan kerungsingan yang bukan sedikit lantaran penglibatan masyarakat dalam masalah akhlak akan membawa kepada keruntuhan sesuatu tamadun itu sendiri.
Dalam konteks masalah akhlak di Negara kita Malaysia,masalah keruntuhan akhlak semakin bertambah walaupun berbagai pendekatan dan stategi dilaksanakan bagi menanganinya.Pentingnya untuk kita memikirkan permasalahan ini bersama agar memperoleh keredhaan Allah (s.w.t) di dunia dan akhirat.

2.PERMASALAHAN  AKHLAK DALAM MUDA MUDI PADA MASA KINI
Muda mudi Malaysia pada masa kini sedang berhadapan dengan krisis keruntuhan akhlak yang melibatkan semua tanpa mengira bangsa,jantina,status,social,umur,dan latar belakang akademik.Permasalahan ini seringkali dikaitkan dengan proses perindustrian dan ledakan globalisasi yang wujud dalam dunia hari ini.Pembangunan dan kemajuan perlu diteruskan demi kepentingan Negara dan rakyat,namun usaha dan langkah terperinci perlu diambil oleh semua pihak di Negara kita bagi mengurangkan permasalahan ini.
Negara kita hari ini sedang menghadapi masalah kegawatan akhlak yang teruk yang sekiranya tidak di ambil serius sejak awal dan tidak diambil tanggugjawab secara kolektif akan mengimplikasikan terhadap masa depan agama dan umat Islam secara keseluruhan.Antara masalah akhlak yang sedang berlangsung di Negara ini ialah masalah kerenggangan sosial,ketagihan dadah,seks bebas,lari dari rumah,sumbang mahram,individualistik,materialistik,dan rasuah.Permasalahan yang telah dikenalpasti dan dibincang sebagai kayu ukur untuk memperbaiki kepincangan yang wujud demi membina kemajuan bangsa yang seimbang dari spiritual dan material.
Keruntuhan moral yang berlaku di Negara kita wajar diatasi secara bersama dan bersepadu kerana ia mengancam prinsip ketamadunan Islam yang dilihat dari segi 1)keselamatan agama drngan adanya ajaran sesat,2)keselamatan nyawa iaitu penyakit  HIV dan AIDS positif,limba haram dan penyalahgunaan dadah,3)keselamatan tubuh badan seperti kes-kes penderaan  dan samseng,4)keselamatan keturunan dengan adanya masalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,homoseks dan sumbang mahram,5)keselamatan akhlak yang meliputi masalah rasuah,skin head,penyalahgunaan  media elektronik sehingga tersebarnya bahan-bahan lucah yang amat berleluasa dewasa ini.
Maka melihat kepada kepincangan yang ada dalam masyarakat hari ini,kerja-kerja  kea rah mengatasi  masalah sewajarnya dijalankan secara serius demi memperoleh keredhaan Allah s.w.t didunia dan akhirat.Kesungguhan dan iltizam yang tinggi dari semua pihak dalam mencari penyelesaian terhadap segala permasalahannya.

2.1 PENYALAHGUNAAN DADAH
Malaysia telah mengishtiharkan dadah adalah musuh utama Negara pada tahun 1983 atas kesedaran akan bahayanya terhadap masa depan umat Islam dan Negara Malaysia secara keseluruhan.
Masalah penyalahgunaan dadah dalam masyarakat di Malaysia tidak banyak perbezaanya dengan masyarakat Negara luar kerana banyak ciri-ciri persamaan yang ketara yang dianggap sebagai fenomena universal.Penagihan dadah dalam konteks Negara kita pada mulanya fenomena tradisional,tetapi kini telah menjadi ancaman besar kepada Negara.Terdapat seramai 223,123 orang penagih dadah telah dikesan sejak tahun 1988 hingga 2011.Walaupun jumlah sebenar penagih tidak dapat dipastikan,namun jumlah ini member gambaran betapa ramainya anak-anak muda yang terjebak dengan masalah penagihan dadah.Statiktik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),pada tahun 2002 pula terdapat seramai 25,673 penagihan dadah telah berjaya dikesan.Daripada jumlah tersebut,seramai 13,468 adalah  penagih baru manakala selebihnya iaitu seramai 12,169 merupakan kes ulangan.(Laporan Tahunan AADK :2003)
Dalam gambaran terkini,jenis dadah seperti heroin dan ganja dianggap terkebelakang lantaran terdapat berbagai jenis dadah bentuk baru yang membawa kesan yang lebih buruk ke atas sistem saraf otak dan penyambungan zuriat manusia malah ancaman wabak maut melalui HIV atau AIDS.
Dalam tahun 1990-an hinggan 2002,pil ecstasy merupakan dadah yang paling popular dikalangan penagih berketurunan cina dan kini merebak kepada remaja berketurunan melayu kerana harganya semakin murah iaitu dari RM50.00 sebji kepada RM5.00 sebiji sahaja.Pil ecstasy dari segi takrifnya ialah sejenis bahan kimia dari kumpulan amfetamin.Nama jolokan untuk dadah jenis ini ialah pesta atau pil khayal.Pil ini diminati ramai kerana ia hanya perlu dihisap dan diminum setelah dicampur  dalam minuman.Ia tidak boleh mengunakan jarum suntikan seperti dadah-dadah yang lain yang ditakuti boleh membawa jangkitan AIDS atau HIV positif.
Masalah penagihan dadah membawa kerugian yang amat besar kepada pembangunan Negara secara keseluruhannya baik dari segi sumber manusia mahupun wang ringgit.
2.2 ROGOL
Jenayah rogol di Negara kita sejak akhir-akhir ini semakin berleluasa.Kes-kes rogol yang dilaporkan di akhbar-akhbar harian bukan terhenti setakat itu,tetapi diikuti dengan pembunuhan kejam dan ngeri.Hakikat ini merupakan satu perkembangan yang sangat membimbangkan kerana ia mengancam keselamatan nyawa dan keturunan manusia.
Istilah rogol boleh ditakrifkan sebagai perbuatan persetubuhan secara paksa.Menurut Seksyen 375 Kanun Keseksaan,rogol ialah persetubuhan yang bertentangan dengan kemahuan wanita tanpa kerelaan,terpaksa rela kerana ugutan dengan senjata,lelaki mengaku sebagai suami yang sah tetapi sebenarnya tidak sah,dengan kerelaan wanita tersebut tidak faham keadaan dan akibatnya atau gadis dibawah umur 16tahun sama ada secara rela atau sebaliknya
Mangsa rogol kebanyakannya terdiri daripada golongan kanak-kanak,wanita dewasa,kanak-kanak terencat akal dan cacat.Antaranya jenayah rogol yamg paling ngeri dan menyayat hati serta mengejutkan seluruh rakyat Malaysia ialah kejadian yang menimpa kepada seorang jurutera computer yang bernama Noor Suzaily Mokhtar pada Oktober 2000 yang dilakukan oleh seorang pembandu bas dalam perjalanannya ke tempat kerja di Klang.Selepas itu,berbagai kes-kes rogol yang dilaporkan di akhbar-akhbar.
Jenayah rogol mendatangkan implikasi yang buruk pertama terhadap diri mangsa yang lazimnya akan menghadapi trauma emosi yang panjang seperti kemurungan,keresahan dan dicengkam rasa rendah diri dan malu yang bersanjagat sehingga wujud kecendurungan untuk membunuh diri.Jenayah ini juga mendatangkan kesan negatif terhadap keluarga,masyarakat,Negara dan lebih-lebih lagi terhadap agama islam secara keseluruhan.
2.3 Pengaruh Skinhead     
Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London, Inggeris pada akhir tahun 1960-an.  Sekarang  Skinhead sudah menyebar ke seluruh belahan bumi. Nama  Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak.  Meskipun  Skinhead banyak diasosiasikan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun Skinhead yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi, kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum 52  Seminar Kaunseling Keluarga 2008 tertindas dari kelas pekerja (utamanya buruh pelabuhan) di London, Inggeris. Skinhead juga bisa merujuk kepada kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat musik streetpunk dan juga punk.Sejak tahun 1990 lagi, budaya  Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads.  Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan  Punk Rock di Malaysia yang berperanan memperkembangkan budaya  Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock. 
2.4 Budaya Punk
Punk pula  lahir di London, Inggeris. Sejak tahun 1980-an, saat  punk bermaharalela di Amerika, golongan  punk  dan  skinhead seolah-olah bersatu, kerena mempunyai semangat yang sama. Namun, Punk juga dapat bererti jenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun 1970-an. Punk juga boleh diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakup aspek sosial dan politik.  Gerakan anak muda yang diawali oleh anak-anak kelas pekerja ini dengan segera membantah Amerika yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan yang dipacu oleh kemerosotan moral oleh para tokoh politik yang memicu peningkatan pengangguran yang tinggi. Banyak yang menyalahartikan  punk  sebagai  glue sniffer dan perusuh kerana di Inggeris pernah terjadi wabak penggunaan jem berbau tajam untuk mengganti bir/arak yang tak terbeli oleh mereka.  Punk lebih terkenal dari hal fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut  mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan  spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.   
2.5 Pengaruh Black Metal
Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Antaranya adalah ia mencemuh semua agama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keagamaan pagan. Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik  Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada  Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis agama.  Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik  Black Metaldikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.
2.6 Sejarah Black Metal
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokoh terkenal di Norwegian adalah Oystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem. Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua agama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM, termasuk unsur anti-Semitism berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya, daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions. Matlamat yang dinyatakan bagi  Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna". Seminar Kaunseling Keluarga 2008 
2.7 Mat Rempit
Masalah gejala sosial seperti aktiviti perlumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanla merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan- jalan raya di Negara ini. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar ).
Didapati pada awal sekitar tahun-tahun 80an dan awal 90an, gejala ini banyak bertumpu di Kuala Lumpur, ianya kini sudah merebak hampir ke semua negeri di Malaysia. Malahan, di ceruk- ceruk kampung sekalipun gejala sebegini sudah menjadi lumrah dengan penglibatan masyarakat tanpa mengira batas umur dan bangsa. Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan Bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya.
Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ialah:
Wheelie
Menunggang laju sambil mengangkat tayar dibahagian depan
Wikang
Menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang
Scorpion
Menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas
Superman
Menunggang laju sambil berbaring persis aksi superhero, Superman
Pereng/corner
Bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh
Remaja merempit untuk mencari keseronokan diri, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini.

2.8 Isu Pembuangan Bayi
Masalah pembuangan bayi bukanlah satu perkara yang barru berlaku di Negara ini. Sejak zaman jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta anak- anak peremuan atas factor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah umar al khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang telibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandungkan anak luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah di lakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.
Fenomena seks bebas berlaku dimana-mana diseluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya dan juga Negara- Negara barat yang lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun. Beberapa kajian yang dilakukan di Negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga telah melihat senario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua sehingga 2006, JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu berkerjasama dalam menangani isu ini. Isu pembuangan bayi merupakan isu yang besar dan perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa. Gejala pembuangan bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius.

3.FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK DALAM MUDA MUDI MASA KINI
Antara faktor yang mendorong kearah keruntuhan akhlak dalam masyarakat muda mudi masa kini:
   3.1 Jiwa Keagamaan Yang Rendah
Iman dan takwa yang jitu itu adalah pengikat ynag berfungsi bagi menghalang seseorang daripada melakukan tingkah laku yang berlaku di luar batasan syarak. Pendidikan agama mempunyai fungsi yang sangat penting sebagai tatakawal seseorang dari terjerumus kepada masalah akhlak. Ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang penuh kepada anak- anak agar anak- anak jelas dalam hal- hal berkaitan dengan halal dan haram, baik dan buruk. Pendidikan sebagaimana yang disarankan oleh Rasullallah s.a.w bermula sejak peringkat rebung dengan diperkenalkan perkara- perkara dasar islam iaitu aqidah, ibadah dan akhlak.
3.2 Perhubungan Kekeluargaan Yang Tidak Rapat
Hubungan dan keakraban sesebuah keluarga adalah penting untuk mengawal seseorang daripada terlibat dengan berbagai masalah sosial. Kemesraan, layanan baik, contoh amalan akan menghidupkan suasana aman dan harmoni dalam keluarga. Permasalahan akhlak mula berlaku apabila ibubapa semakin sibuk mengejar keuntungan material sedangkan kehendak  spiritual anak yang inginkan kasih sayang dan nasihat diabaikan. Keluarga tidak memainkan peranan yang sepenuhnya malah tugas ibubapa diambil alih oleh pembantu yang mengurus segala keperluan anak dari awal pagi hingga ke malam.
Bertambah buruk lagi apabila ibu bapa menghadapi krisis rumahtangga. Di sinilah titik mulanya lunturnya perasaan rasa hormatdan kasih sayang anak terhadap ibu bapa sendiri yang akhirnya mendorong anak- anak mencari alternatif keseronokan secara bersendirian dengan melibatkan diri dengan kegiatan yang tidak berakhlak.
3.3 Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan dan teman sebaya memainkan peranan yang cukup penting dalam mencorak pemikiran seseorang untuk terjebak dalam masalah sosial. Kawan- kawan menjadi orang yang rapat denngan mereka, kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan. namun jika tersilap memilih kawan boleh merosakkan diri sendiri. Atas dasar itulah islam menekankan pendidikan yang bersifat ideal syumul dengan mengenal pasti golongan yang sepatutnya untuk menjadi kawan.
3.4 Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi salah satu penumbang utama dalam kerosakan akhlak remaja sekarang, dalam arus globalisasi seperti hari ini, semua maklumat baik atau buruk mudah di perolehi. Kemasukan berbagai budaya asing dalam bentuk media cetak dan elektronik memenuhi pasaran tanpa penguatkuasaan undang- undang yang tegas. Akibatnya, remaja  Negara kita dari berbagai peringat umur dan status sosial terdedah dengan unsure yang negative yang akhirnya membawa kepada perlakuan negatif yang jelas bertentangan dengan al- Quran dan al- Sunnah. Sebagai akibat dari kemodenan, manusia terlibat dengan aktiviti yang bersifat rakus, kejam dan tidak berperikemanusiaan.
  3.5 Ekonomi
Ekonomi juga merupakan salah satu faktor  penyebab yang penting kearah berlakunya masalah sosial. Manusia hari ini adalah manusia yang materialistik, kebendaan menjadi agenda utama dalam kehidupan. Semua pihak berkejar dalam arus kepesatan ekonomi sehingga tanggungjawab asasi dalam hubungannya dengan Allah s.w.t, hubungannya dengan keluarga  dan hubungannya dengan aam semesta dipinggirkan. Lantas berlakunya, masalah pengabaian kasih sayang ibu bapa terhadap anak contohnya sehingga anak- anak terlibat dengan berbagai masalah keruntuhan akhlak seperti penyalahan dadah , merompak, merogol, berjudi dan lumba haram.

4.KESAN DAN CABARAN TERHADAP  FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK 

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan mendatangkan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan asset utama Negara pada masa akan datang, mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan Negara. Kesan jangka masa panjang dan pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk.Remaja yang mempunyai akhlak yang uruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masarakat dan Negara.

4.1 Kesan Ke Atas Individu
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu Oleh itu akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai  akhlak yang baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan iman dan ketakwaan kepada allah. Namun begitu kebanyakanremaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan Negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari iniyang kebanyakan mereka bertuankan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya- budaya barat dan asasnya mungkin berpunca dari kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.
  4.2 Kesan Ke Atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata-kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagiaan dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Antara kesan yang akan berlaku akibat  terhadap institusi kekeluargaan ialah:
·               Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya
           daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. 
·               Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud
        penceraian. 
·               Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan
        hilang tempat bergantung dan bermanja. 

·               Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti buday lepak, ketagihan dadah, pelauran, perjudian, hubungan sesame jenis dan masalah- masalah yang lain.

4.3 Kesan Ke Atas Masyarakat
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu Negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh barat mudah meresap dan menjadi ikutan para remaja hari ini, contohnya muzik keras yang membuatkan para remaja terleka dan lupa akan sekeliling. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak berwajib, maka tiidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja melayu terutamanya akan rosak dan binasa.
Oleh itu pihak-pihak atau anasir dari luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dapat dilihat kiranya akhlak remajapada hari ini tidak dikawal ialah :
·               Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak    bersatu-padu. 

·               Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. 

·               Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu
        perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. 

·               Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal    ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat. 

·               Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud. 



4.4 Kesan Ke Atas Negara
Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.   Antara kesan yang akan berlaku ialah:

·               Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. 

·               Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara   juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang  yang tinggi di kalangan masyarakat. 


·               Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.

·               Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam
        peningkatan dalam kadar jenayah. 
·               Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya
        generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.

·               Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan
        rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari                                   ini tentulah serong dan buruk. 


5. KE ARAH MENGATASI  ( PERANAN BERBAGAI PIHAK )
Kekuatan sesebuah tamadun manusia bergantung kepada sedalam mana manusia mendalami nilai akhlak dalam islam. Apabila masalah akhlak berleluasa dalam remaja sekarang, maka natijahnya membawa kepada kemunduran tamadun tersebut dan dalam waktu yang sama membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Justeru, permasalahan ini sewajarnya diatasi secara menyeluruh dan melibatkan semua lapisan masyarakat sama ada secara langsung ataupun tidak.

5.1 Diri Sendiri
Dalam usaha untuk menangani permasalahan akhlak, perkara yang paling utama dititikberatkan ialah peranan individu terbabit. Setiap individu sewajarnya menghayati peranan sebagai seorang hamba dan khalifah Allah s.w.t dengan memperkukuhkan aspek aqidah, ibadat dan akhlak di dalam jiwa. Individu bertanggungjawab menyediakan benteng yang kukuh dalam diri dengan menghayati rukun iman dan rukun islam. Satu perkara yang perlu diambil berat ialah ketaqwaan yang luhur terhadap Allah s.w.t yang akan menghalangnya dari terpengaruh dari segala gejala negatif yang ada di sekeliling terutama pada zaman ledakan globalisasi ini. Individu juga seharusnya faham akan peranannya sebagai contoh yang terbaik untuk memperlihatkan ajaran agama islam yang sebenar di mata dunia terutama di kalangan bukan islam, Allah S.W.T berfirman:
“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas
berkeadaan lemah itu menjadikan kamu kuat. Setelah itu  menjadikan kamu
lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang  dikehendakinya dan
Dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”.
(Surah Al-Rum: 54)
5.2 Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan peribadi anak-anak supaya selari dengan tuntutan syariat. Anak adalah amanah allah s.w.t yang paling berharga, mereka sewajarnya dilentur dari peringkat awal lagi, iaitu ketika mereka kecil lagi. Hal ini jelas dalam hadith Rasullah s.a.w yang diriwayatkan oleh al –Bukhari dan muslim yang maksudnya:
“Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang kamu pimpin”
Ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak sewajarnya mengambil berat akan perkembangan anak-anak. Pendidikan anak yang sempurna tidak menuntut kecukupan dari segi material semata-mata, bahkan ia perlu disepadukan dengan tuntutan kerohanian. Ibu bapa seharusnya sentiasa bersikap terbuka dan saling berkerjasama dengan pihak-pihak yang berwajib dalam menyelesakan segala permasalahan yang berkaitan dengan anak-anak.

5.3 Institusi Pendidikan
Sekolah juga memainkan peranan yang tersendiri dalam membendung masalah keruntuhan akhlak ini bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi sama ada awam ataupun swasta. Tanggungjawab seorang pendidik bukan sekadar menyampaikan pelajaran tetapi lebih jauh menyemaikan nilai-nilai murni dan mendorong penghayatan kepada semangat islam dalam erti kata yang sebenar. Maka, sebagai langkah pertama, wajar dimulakan dengan contoh dan teladan yang baik dikalangan para pemimpin masyarakat Negara kita.

5.4 Masyarakat
Masyarakat juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam membendung permasalahan akhlak di sesebuah Negara. Sewajarnya, masyarakat tidak mengambil sikap individualistik dengan membiarkan pihak yang terlibat terus terumbang-ambing sebaliknya menangani masalah secara koletif. Bantuan yang perlu dihulur bukan setakat berbentuk material, tetapi lebih kepada spiritual dengan memberi semangat dan tunjuk ajar yang terbaik untuk mereka yang bermasalah.


Wednesday, October 26, 2011

pEnanTian Satu PenyEksaaN..

menghitung hari
detik demi detik
masa ku nanti apakan ada
jalan cerita kisah yang panjang


menanti satu tempoh amat sukar bagiku, semakin lama semakin lambat ku rasakan masa tuk bergerak,setiap detik aku, setiap jam aku aku mengira detik dan tak sabar untuk ku menantikan satu kejayaan yang bakal ku genggami..namun, ku sedar bukan mudah bagiku untuk mengapai semua itu dengan sekelip mata, ku harus menempuh onak berduri dan menghitung hari bagi menantikan hari tersebut..
uhhhhh...napala ku rasa pergerakkan ni semakin lama semakin menjadi lambat
adakah ini setakat perasaan cuma ataupun realiti...wahai hati
kau tenangla untuk menantikan penantian tersebut.
ku harapkan aku mampu menempuhnya..

Wednesday, October 19, 2011

PERANAN SEKOLAH DALAM MASYARAKAT

    Fungsi sekolah
    Sekolah adalah sebuah institusi formal yang diwujudkan  oleh masyarakat  bertujuan menyerapkan fungsi2 sosialisasi dan budaya, berserta dengan agensi- agensi  lain,seperti keluarga,serta pihak yang berkenaan untuk menukar atau membawa perubahan 2 perwatakan yang diperlukan dikalangan kanak-kanak. Emile Durkheim  menganggap sekolah sebagai institusi sosial yang menjalankan fungsi pengembangan sosialisasi di dalam beberapa nilai, intelektual dan kemahiran fizikal kanak2  yang diperlukan daripada mereka.Sekolah melibatkan proses sosialisasi dimana kanak- kanak belajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini  sebahagian daripada tingkah laku mereka. Pengaliran budaya, pendidikan adalah esoteric iaitu cuma untuk segolongan kecil yang mempelajari budaya 'atasan'  masyarakatnya dan kedudukan yang tinggi.Manakala sebilangannya pula merupakan golongan yang tidak bernasib baik telah diberikan arahan dalam 4M supaya  mengikut golongan atasan dan menerima kehidupan mereka yang sempit itu.
      

  1. Persediaan untuk pekerjaan
  2. Melatih murid2 untuk mendapat pekerjaan merupakan  salah satu tujuan utama pendidik.Latihan vokasional  digunakan secara umum dan kedua2 sekolah akademik dan  vokasional mengutamakan latihan demikian.
  3. Agensi penapisan dan pemilihan
  4. Sekolah menyediakan mobiliti sosial dan ekonomi dengan  cara memilih dan memberikan latihan kepada mereka yang  paling layak untuk kedudukan status yang tinggi.
  5. Arah mobiliti sosial
  6. Turner (1960) menganggap sistem pemilihan pelajaran  british sebagai mobiliti tajaan,manakala sistem amerika  dengan prinsipnya yang komprehensif sebagai mobiliti  tandingan.Mengikut klasifikasi turner, sistem pemilihan  malaysia adalah mobiliti tajaan, yang bergerak ke arah  mobiliti tandingan.
  7. Berkhidmat ekonomi
  8. Kewujudan masyarakat teknologi dengan bentuk-bentuk  kuasa yang baru, teknik-teknik pengeluaran yang lebih maju   dan pengkhususan kakitangan telah menimbulkan  permintaan yang tinggi terhadap kemahiran- kemahiran  yang berbagai-bagai.Perubahan-perubahan dari segi  kurikulum pada tahun-tahun 1970an terutamanya terhadap  subjek sains dan math dengan kaedah2 baru mengajar, dan  perubahan ke arah sekolah yang komprehensif adalah  akibat sebenar yang wujud daripada tekanan ekonomi.
  9. Sekolah sebagai agen perubahan sosial
  10. Sebagai kuasa konservatif dan telah menstabilkan  masyarakat dengan cara memastikan perubahan itu tidak  begitu mendadak dan cenderung untuk mengekalkan  tradisi2 mereka.
  11. Pengaliran pengetahuan dan kemahiran
  12. Masyarakat mengharapkan sekolah untuk mengarahkan  murid2 di dalam perkara2 harian seperti 4M.Satu gugusan  fakta dijangka akan disampaikan kepada kanak-kanak.  Matlamat ini dikaitkan dengan matlamat2 lain seperti  pengetahuan demi kepentingannya sendiri,latihan untuk  pekerjaan dan pengaliran budaya

Wednesday, October 12, 2011

geram@bushan

benci bila ada manusia yang pentingkan diri sendiri..benci n geram sangat
napala mereka tak memahami akan kehidupan orang lain?.cubala mereka memahami bagaimana kesusuahan yang dialami oleh orang lain, law asik nk fq sal diri sendiri ntah sampai bilala kita akan berjaya..
bushan bila orang selalu bertengkar pasal satu benda yang kecikcubala bfq secara rasional, ni tidak bfq ikut suka hati dorg jew..
geram sangat!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 20, 2011

Nice song-jantungku-





Pandanglah tepat ke mataku
sebelum kau melangkah pergi
janganlah kau melupakan diriku
sehingga kita bertemu lagi

               ukirkan senyuman manismu
               saat kau sedang bersendiri
               simpanlah kenangan kita bersama
               semoga abadi selamanya

 Walau jasad terpisah jauh
 di hati terukir namamu
 sehari ku rasa bertahun lamanya
 menunggu saat kita bersua
   
   Jantungku di dalam hatimu
  sayangi dan belai selalu
  semoga kenangan kita bersama
  mengharum abadi selamanya

cinTa

cinta..
hati pedih untuk menjiwainya
terlalu sukar untuk merasainya
terlalu payah untukku
jiwa terseksa mendengarnya
betapa lukanya hati
mencintai seorang insan bergelar lelaki
yang langsung tiada hati dan jiwa
hanya menghayati keseronokan diri
tanpa mengetahui perasaan sang kekasih
yang hancur bak dihempas badai
dengan sikap dan cinta yang palsu
sang kekasih mengharap cinta sejati
namun..
harapan cuma sekadar mimpi
sang kekasih kecewa di hati
perasaan cinta sudah dibawa pergi 
bersama angin lalu
yang setia bertiup
setia menemani sang kekasih dikala sepi
cinta..
hanya sekadar madah indah
puitis dan bahagia bila menikmatinya
kini
cintaku hanyala satu
padanya ku mohon petunjuk 
agar diriku bahagia dengan cinta ini
hingga akhirat kelak.

Tuesday, September 6, 2011

Inikah Cinta


Antara cinta kau dan aku
banyak cerita dan banyak berduka 
kisah kita banyak ragamnya
tangisan juga menjadi peneman setiaku
waktu aku bersedih, kau tiada di sisi
waktu aku gembira, kau juga tiada disisi
kau datang bila aku tak memerlukan
kau pergi bila aku memerlukan
dimanakah janji yang kau taburkan
dimanakah kesetiaan yang kau janjikan
dimanakah sayang yang kau curahkan 
dimanakah hati dan perasanmu untuk diriku
apakah semuanya sudah berakhir
apakah semuanya sudah hanyut ditelan ombak
inikah cinta yang kau taburkan
beginikah sayang yang kau curahkan
palsu...
sememangnya cintmu adalah palsu
cinta yang kau hulurkan 
langsung tak bermakna bagiku
cintamu sekadar salji
yang akan cair bila sampai masanya
cinta mu cuma sekadar nama
cintamu cuma sekadar sebuah mimpi buruk bagiku
ingin ku katakan 
cintamu terlalu berat bagiku
terlalu sukar untukku menanggung 
keperitan jiwa yang kau lukakan
hancur, musnah, berderai semuanya bersatu
akan ku tinggalkan 
kenangan cinta yang kau berikan
bersama kekuatan 
agar ku gapai kebahagiaan 
yang aku impikan

Monday, August 29, 2011

Jauh Nun Di Perantauan

semakin lama semakin hampir menyambut hari raya..tgll beberapa jam lagi raya menjelma...sedihnyer hati bila terpaksa beraya jauh diperantauan.. terkenang kampung halaman yang nun jauh di seberang sana bagaikan sedang melambai- lambai mengamitku agar kembali ke beraya bersama keluarga, tapi tugas ku sebagai seorang pelajar menyebabkan aku terpaksa bersabar kerana tidak beraya bersama kali ini..namun bagi raya kali ini juga seakan tidak bermakna bila bapa meninggalkan kami tanpa sebarang tanda- tanda, bapa pergi ketika aku baru saja memulakan langkahku sebagai seorang pelajar, kehilangannya amat kami rasakan sekeluarga..bapa pergi mendadak selepas pemergian adiknya..aku terasa sayu sangat bila terdengar lagu mawi 'ayah'..sedih kurasakan yang teramat sangat bila terkenangkannya..namun aku terpaksa redhakan hati akan kehilangannya, teringat raya yang lepas kami beraya sakan dengan arwah..huhuhuhu kini semua tu sudah teda lagi....uhhhh..sudahla raya dikejauhan pusara bapa pun tak dapa pergi..uwaaaaa...nak nangis yang teramat saaanngggggtt....hati nk sgt balik..nsb baik la sabah tu jauh kna naik belon ag, lau ble naik bas..teringin jer aku nak balik...terpaksala beraya di tempat orang..