Wednesday, September 4, 2013

Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

Maksud pertumbuhan dan perkembangan manusia

Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sesuatu yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain seperti tinggi,perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh.Manakala perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur.



Pertumbuhan dan Perkembangan Tubuh


Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak merupakan tempoh yang tenang. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini tidak terlalu pesat tetapi konsisten.Pada peringkat permulaan persekolah, kanak-kanak akan meninggi secara purata iaitu dua hingga tiga inci setahun sehingga berumur sebelas tahun.Purata tinggi kanak-kanak perempuan adalah 4 kaki atau 10¼ inci manakala purata tinggi kanak-kanak lelaki adalah 4 kaki atau 9 inci.Pada peringkat ini juga, berat badan kanak-kanak akan bertambah sebanyak 5 hingga 7 paun setahun. Pertambahan berat badan adalah disebabkan pertambahan saiz tulang dan sistem otot serta organ tubuh badan tertentu. Peningkatan berat dan kekuatan motor pada kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah diprngaruhi oleh factor genetic dan senaman. Kanak-kanak lelaki pada peringkat ini adalah lebih kuat berbanding dengan perempuan kerana lelaki mempunyai lebih banyak sel otot. Peningkatan tinggi tubuh badan kanak-kanak akan menyebabkan pengurangan lilitan kepala, pinggan, dan kepanjangan kaki.Satu perubahan fizikal yang sukar diperhatikan ialah tulang-tulang lembut kanak-kanak akan terus berkembang menjadi tulang yang matang. Walaubagaimana pun, pada peringkat ini tulang kanak-kanak adalah mudah terpatah.

Perkembangan dan Pertumbuhan Otot


Kemahiran motor kasar




Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakain halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.Contohnya hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat memukul bola tangkis dengan lebih baik. Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga diberi lebih tanggungjawab menjalankan aktiviti seperti membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta membasuh dan melipat baju. Jika menggunakan mesin basuh di rumah, kanak-kanak telah memahami fungsi setiap butang yang perlu ditekan sama ada untuk mengeringkan pakaian atau membilas pakaian. Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan merupakan pencapaian yang berguna. Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah, bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun, kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari, melompat atau berbasikal. Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan sebagainya.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai motor halus yang lebih cekap.

Kemahiran motor halus


Pada peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir, myelination sistem saraf meningkat merupakan kesan daripada perkembangan kemahiran otot halus.Kanak-kanak yang mulai masuk ke alam persekolahan menjadikan otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang lebih baik dan bersedia untuk belajar menulis, membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.
Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama di bahagian tanagn dan kaki. Keadaan ini menjadikan segala aktiviti dan pergerakan kanak-kanak tersebut seperti menitis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih baik dan sempurna. Kanak-kanak lebih mahir dan cekap menggunakan tangan mereka. Kanak-kanak enam tahun boleh memukul, menampal, mengikat tali kasut, dan membutan baju.Pada umur tujuh tahun, kanak-kanak lebih suka menggunakan pensel berbanding dengan kapur untuk menulis.Saiz perkataan yang ditulis akan menjadi semakin kecil dengan peningkatan umur kanak-kanak.Pada umur 10 hingga 12, kanak-kanak mula menunjukkan kemahiran mengendalikan sesuatu yang serupa dengan cara orang dewasa.

Senaman dan Sukan



Senaman

  • Senaman memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
  • Mengikut kajian yang dibuat, kanak-kanak akan aktif selama 30 minit setiap hari .
  • Kanak-kanak lelaki adalah lebih aktif berbanding dengan kanak-kanak perempuan.
  • Beberapa cara untuk menggalakkan kanak-kanak membuat senaman adalah:
    Ø Sekolah harus menawarkan lebih banyak aktiviti-aktiviti fizikal.
    Ø Sekolah harus memperbaiki aktiviti-aktiviti fizikal yang diperlukan kepada kanak- kanak.
    Ø Ibu bapa harus sentiasa menggalakkan kanak-kanak bersenam. Mereka sendiri juga harus turut serta.
Sukan
  • Sukan membawa kesan positif dan negatif kepada kanak-kanak.
  • Kesan positif menyertai sukan atau permainan adalah seperti berikut:
    Ø Kanak-kanak berpeluang membuat senaman
    Ø Kanak-kanak diberi peluang untuk belajar bagaimana untuk bertanding.
    Ø Kanak-kanak juga berpeluang mempelajari estim kendiri ( self-esteem )
    Ø Kanak-kanak boleh menjalin hubungan mesra dengan kawan-kawan serta rakan sebaya
  • Kesan negatif kanak-kanak menyertai sukan atau permainan adalah seperti berikut:
    Ø Kanak-kanak berasa tertekan untuk mencapai kejayaan dalam sukan atau permainan.
    Ø Kanak-kanak mudah mendapat kecederaan fizikal.
    Ø Pencapaian akademik kanak-kanak akan terganggu.
    Ø Kanak-kanak akan mempunyai pengharapan yang tidak realistik iaitu berjaya menjadi seorang ahli sukan.

Kesihatan, Sakit, dan Penyakit

  • Dalam kebanyakkan peringkat perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak, peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah umur di mana kanak-kanak mempunyai kesihatan badan yang paling baik.

  • Kanak-kanak pada peringkat ini jarang mendapat penyakit dan meninggal dunia berbanding dengan peringkat kanak-kanak lain.

Kemalangan dan Kecederaan
Faktor utama yang menyebabkan kanak-kanak peringkat ini meninggal dunia dan kecederaan berat adalah kemalangan kenderaan sama ada kanak-kanak sebagai pejalan kaki atau sebagai penumpang.
Tambahan pula, kanak-kanak persekolahan ini bermotivasi untuk menunggang basikal telah menambah risiko berlakunya kemalangan.
  • Kebanyakkan kemalangan berlaku berhampiran dengan rumah atau sekolah kanak-kanak.
  • Langkah pencegah yang paling efektif adalah mendidik kanak-kanak akan bahayanya mengambil risiko dan mengguna peralatan-peralatan sukan dengan cara yang tidak betul.
  • Kanak-kanak digalakkan memakai topi keledar yang selamat dan bersesuaian, pelindung mata dan mulut, pelindung pengayuh dan sebagainya semasa bermain atau menjalankan aktiviti-aktiviti sukan.

Kanser

Kanser adalah punca kedua kematian kanak-kanak berumur empat hingga empat belas tahun.
Satu daripada 330 orang kanak-kanak di United State dapat kanser sebelum berumur 19.
    Kanser kanak-kanak adalah berbeza dengan kanser orang dewasa.
  • Kanser orang dewasa sebahagian besar menyerang jantung, usus besar, dada, prostat dan pancreas.
  • Kanser kanak-kanak pula kebanyakkan menyerang sel darah putih (Leukemia) otak, tulang, sistem limfa, otot, ginjal, dan sistem saraf.

  • Kanser yang paling umum dihidap oleh kanak-kanak adalah leukemia iaitu kanser tisu yang menghasilkan sel darah.
  • Leukemia adalah satu kanser di mana sumsum tulang menhasilkan banyak sel darah putih yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

  • Sel-sel darah putih ini menyerang sumsum tulang dan mehapuskan sel-sel yang normal dan sihat.

  • Ini menyebabkan kanak-kanak mudah mendapat jankitan virus dan bacteria.
Obesiti
  • Individu yang mempunyai berat badan 20 peratus lebih daripada berat badan ideal adalah dianggap obese.

  • Obesiti semakin menjadi umum dikalangan kanak-kanak American.

  • Hampir ¼ kanak-kanak persekolahan adalah obese.

  • Obesiti akan menyebabkan mereka mendapat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis,dan penyakit-penyakit lain.

  • Obesiti juga menyebabkan kanak-kanak mempunyai penghormatan diri (self-esteem) yang rendah dan mengasingkan diri daripada rakan sebaya.

  • Faktor genetik memainkan peranan yang penting dalam obesity.

  • Kanak-kanak mempunyai 40 peratus menjadi obese jika salah satu ibu bapa mereka adalah obese.

  • Jika kedua-dua ibu bapa adalah obese, kanak-kanak mempunyai 80 peratus menjadi obese juga.

  • Persekitaran juga merupakan fakor yang mempengaruhi berat badan seseorang.
  • Menonton televisyen dalam masa yang panjang tanpa membuat apa-apa senaman yang diperlukan untuk perkembangan fizikal badan akan menjadikan seseorang menjadi obese.
  • Mengikut kajian yang dibuat, kanak-kanak yang makan bersama dengan keluarga adalah lebih suka makan sayur-sayuran, makanan berlemak rendah,dan kurang minum air bersoda berbanding dengan mereka yang makan berseorangan.

  • Mengikut kajian ini juga, 50 peratus kanak-kanak yang mempunyai berlebihan berat badan adalah mereka yang makan di depan televisyen berbanding dengan 35 peratus kanak-kanak yang berat badan normal.

No comments:

Post a Comment