FRIEDRICH WILHELM FROEBEL 1782-1852
Friedrich
Wilhelm Froebel terkenal sebagai ‘father of kindergarden’ kerana telah
mencipta “GARDEN OF CHILDREN” atau “KINDERGARTEN” (Taman Kanak-
kanak) di Blakenburg, Jerman. Model rancangan sekolah Froebel ini telah
mempengaruhi rancangan sekolah di seluruh dunia. Model ini merupakan perluasan
dari pandangannya terhadap dunia dan pemahamannya terhadap hubungan individu,
Tuhan, dan alam. Menurutnya lagi, pendidikan dapat membantu perkembangan anak
secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu simbol dari pendidikan anak.
Apabila anak mendapat pendidikan yang tepat, ia akan berkembang secara wajar
dan mengikuti hukumnya sendiri. Berikut merupakan model yang dikemukan oleh
Froebel:
4.1 Main dan Kanak-kanak
Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu
sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar
melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak
mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu
kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan,
kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau
percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi
dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang
digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk
menyokong perkembangan kanak-kanak.
Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain
itu adalah penting bagi kanak- kanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri,
Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatu metode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk
meniru kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak
berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta
perencanaan lingkungan yang baik, akan mengakibatkan cara belajar kanak- kanak
menjadi yang salah. Bagi Froebel, guru bertanggungjawab dalam membimbing dan
mengarahkan, dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif. Secara tidak
langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah yang lebih
terancang dan sistematik.
Erikson (1902- 1994) dalam Nuriman (2009) juga
mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Frobel tentang bermain iaitu beliau
percaya bahawa apabila kanak- kanak bermain, mereka akan lebih memahami diri
mereka sendiri. Kanak- kanak akan mengetahui tahap dan kemampuan diri mereka
ketika bermain. Semakin banyak kanak- kanak bermain, semakin banyak yang
dipelajarinya. Oleh itu, sebaik- baik permainan adalah permainan yang
melibatkan pemikiran, aktiviti fizikal dan juga interaksi.
4.2 Aspek Perkembangan Sosial dan Emosi
Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan
manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi. Kemahiran asas sosial
yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang
lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau
memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan
kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.
Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai
pandangan yang menyokong pendapat Froebel mengenai perkembangan sosial dan emosi kanak- kanak, iaitu menurut
Philip, kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk
melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996)
dalam Vijayen Gopal (2003), pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai
keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi
sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi
kanak-kanak di peringkat prasekolah, Contohnya, aktiviti bermain yang
dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah
mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi.
Bandura
(1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnya yang menyokong Froebel
tentang kepentingan sosial emosi kanak- kanak ini. Beliau menyatakan bahawa
perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau
berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba
untuk melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba. Selain daripada itu,
cara kanak-kanak menyatakan emosinya juga bergantung kepada apa yang telah
dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling
mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu
dengan paling mudah dan cepat.
4.3 Aspek
Perkembangan Fizikal
Bagi
aspek perkembangan fizikal pula, Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti
fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor
kasar dan motor halus.
Perkembangan
fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu
perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan
keselamatan. Kenyataan Froebel ini adalah selaras
dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie Suliana (2008), yang menyatakan
psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana
perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah
berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of
performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of results). Aspek
perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang
telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh
dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:
i.
Aspek Perkembangan
Psikomotor Kasar
Kanak-kanak
harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas,
dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak
belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan
perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan,
aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada ‘monkey bar’,
bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.
ii.
Aspek
Perkembangan Motor Halus
Kemahiran motor
halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil
seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor
halus yang baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan
kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalbentuk permainan yang
boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah
seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak
dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.
4.4 TEORI
TINGKAH LAKU FOEBEL
Froebel
berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.
Teori pembelajaran ini kebanyakkannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian
yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam
makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan
‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori
behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi
segala perbuatan atau tingkah laku kanak- kanak sama ada baik atau sebaliknya.
Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku kanak- kanak boleh diperhatikan,
dikawal dan juga diramal.
Selain daripada itu, terdapat pandangan atau definisi pembelajaran behavioris yang boleh
diterima umum seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) dalam Ishak Othman
(2000), yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku
kanak- kanak yang agak tetap akibat daripada latihan secara berterusan.
No comments:
Post a Comment