Friday, November 20, 2015

Membazir @ Boros

Assalamualaikum.....

Tengok title dh rase wowwwwwww.......
Sapa ada penyakit cam ni silaaaaa angkat tangannn!!!!!!!

Harini tangal 19 nov 2015 hanya berberapa minit lagi akan menjadi tarikh baru...20 nov 2015... tengah  tengah bulan macam ni mesti kite dah rasa kne berjimat sikit...mane taknyeee hujung tahun ni laaa sale seakan-akan melambai untuk kita mendekatinye...tapi bila fikir pokett semakin menipis...kita seakan terfikir untuk dekat mendekatinya...tapi boleh ke?????.....
Ada yang boleh dan ada juga yang tak boleh untuk menapis godaan tu....tapi ini la wanita...

Kita mudah terpedaya dengan sale kiri kanan..
Dan terlalu mudah dan cepat je kita untuk mengapai sesuatu tanpa memikir kesan yang akan datang..
Contohnya baju...lalu kat depan mall n then mall ada sale...wowwwww...kaki pula mula melangkah masuk dan tangan pula mula mencari-cari sesuatu,,,,harga menarik,nampak berkualiti,..tapi adakah kita akan memakainya sentiasa.....mybe dalam sebulan dua ye....kita akan memakainya...bulan yang akan datang???....

Kita mudah terpedaya dan kita tidak menyedari bahawa kita amat boros untuk berbelanja...
nak taw kenapa kita jadi boros dan suka membazir?...

 Sebabbbb...nafsu berbelanja yang tidak terkawal serta keinginan yang melampau..

Nak cuba cara untuk mengawal sikap boros dan membazir..

1.Sebelum shopping listkan benda yang diperlukan
2.Bandingkan harga dan pastikan murah serta berkualiti
3.Pastikan tidak membawa duit berlebihan...
4.kawal hati untuk tidak tergoda dengan sale
5.Pergi kerja bawa bekal
6.Pastikan menyimpan si biru, si hijau atau si merah ke dalam tabung..
.insyallah,,cuba cara ni..Yang penting adalah niat..

Cuba praktikkn ..mna tau menjadi...good luck uoollssss!!!!!!!..



Thursday, September 3, 2015

Sindrom Down

MENGENALI SINDROM DOWN
Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit ‘orang kaya’, malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit. SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa. Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
  • Sakit jantung berlubang
  • Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
  • Kurang pendengaran
  • Lambat/bermasalah bertutur
  • Penglihatan kurang jelas
Suasana membesarkan kanak-kanak SD:
Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat. Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar. Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan. Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.
Membantu kanak-kanak SD bertutur
Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:
  • Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
  • Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
  • Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
  • Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
  • Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
  • Latihan berterusan.
  • Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
  • Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
  • Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
  • Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:
Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
  • Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
  • Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
  • Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
  • Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
  • Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
  • Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.
Cadangan kepada ibu bapa

Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal. Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka SD. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi pusat SD. Jadi ahli persatuan SD, cara itu anda dapat bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak.
Ciri fizikal kanak-kanak SD :
  • Hidung kemek
  • Lidah tebal dan kerap terjelir
  • Tapak tangan lebar
  • Tapak tangan ada hanya satu lipatan
  • Jari kelengkeng tangan melengkung
  • Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
  • Leher pendek dan besar
  • Kelopak mata berlipat-lipat
  • Sendi longgar
  • Otot lembik
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik. Kepala, muka dan leherMereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam.Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek. Tangan dan lenganSifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan “simian crease”. KakiKaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. OtotKanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar. Masalah-Masalah Yang BerkaitanKanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus. JantungMasalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas. UsusMasalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti: a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 – 2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir. b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. c. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.
MASALAH PERUBATAN YANG LAIN
Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.
MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN
Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.
Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
  • Sakit jantung berlubang
  • Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
  • Kurang pendengaran
  • Lambat / bermasalah bertutur
  • Penglihatan kurang jelas
Ciri-ciri
Mereka yang mempunyai sindrom Down mungkin mempunyai sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal berikut: bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam mata, hipotonia otot (poor muscle tone), batang hidung leper, satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian), lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil), leher pendek, tompok putih pada irisdikenali sebagai tompok Brushfield, lentur melampau pada sendi, kecacatan jantung kongenital, jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya. Kebanyakan individu dengan sindrom Down mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada serdahana (IQ 35–50). Tambahan lagi, mereka dengan sindrom Down berkemungkinan mempunyai kecacatan teruk yang memberi kesan pada mana-mana sistem badan.
Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor persekitaran, dan peluang rawak. Sindrom Down berlaku pada kesemua populasi manusia, dan kesan seumpamanya telah di dapati pada spesies lain seperti chimpanzee dan tikus. Baru-baru ini, penyelidik telah mencipta tikus transgenik dengan kebanyakan kromosom 21 manusia (tambahan kepada kromosom tikus biasa). Bahan kromosom tambahan datang dalam pelbagai cara berbeza. Karyotaip manusia biasa hadir sebagai 46,XX atau 46,XY, menunjukkan 46 kromosom dengan aturan XX bagi betina dan 46 kromosom dengan aturan XY bagi jantan.
  • Trisomi 21
Trisomi 21 (47,XX,+21) disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat kegagalan ini, gamete (i.e., sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan kromosom 21; dengan itu gamete mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal dari pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom, dengan tiga salinan kromosom 21. Trisomi 21 adalah punca sekitar 95% sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.
  • Mosaicism
Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas. Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai sindrom Down Mosaik (46,XX/47,XX,+21).Ini boleh berlaku dengan dua cara: Keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21; atau embrio sindrom Down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Ini merupakan punca 1–2% dari sindrom Down yang dikaji.
  • Translokasi Robertsonian
Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan sindrom Down mungkin disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Dalam kes ini, unjuran lengan kromosom 21 melekat pada kromosom lain, seringkali kromosom 14 (45,XX, t(14;21q)) atau ia sendiri (dikenali sebagai isokromosom, 45,XX, t(21q;21q)). Salah cabang (disjunction) biasa mendorong kepada gametes mempunyai peluang besar bagi mencipta gamete dengan tambahan kromosom 21. Sindrom Down translokasi sering kali dirujuk sebagai sindrom Down familial. Ia merupakan punca 2-3% daripada kes sindrom Down yang dikaji. Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan oleh usia ibu, dan berkemungkinan juga disebabkan oleh bapa atau ibu.
  • Gandaan sebahagian kromosom 21
Jarang sekali, kawasan kromosom 21 akan melalui penyalinan. Ini akan mengakibatkan salinan tambahan sebahagian, tetapi bukan kesemua gen pada kromosom 21 (46,XX, dup(21q). Sekiranya kawasan disalin mempunyai gen yang bertanggung jawab bagi ciri-cir fizikan dan mental sindrom Down, individual tersebut akan menonjolkan ciri-ciri tersebut. Punca ini amat jarang, dan tidak terdapat kadar anggaran kes.
  • Incidence
Kejadian sindrom Down dianggarkan pada 1 setiap 800 hingga 1 setiap 1000 kelahiran. Pada 2006, Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun). Sekitar 95% dari ini adalahtrisomi 21. Sindrom Down berlaku dikalangan semua ethnik dan semua golongan tahap ekonomi.Usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan sindrom Down. Pada ibu berusia antara 20 hingga 24, risikonya adalah 1/1490; pada usia 40 risikonya adalah 1/60, dan pada usia 49 risikonya adalah 1/11. Sungguhpun risiko meningkat dengan usia ibu, 80% kanak-kanak dengan sindrom Down dilahirkan pada wanita bawah usia 35, menunjukkan kesuburan keseluruhan kumpulan usia tersebut. Selain usia ibu, tiada faktor risiko lain diketahui. Tidak terdapat bukti kesan usia pada bapa.
  • Penyaringan Sebelum Kelahiran
Wanita hamil boleh disaring bagi pelbagai kerumitan (komplikasi) semasa kehamilan mereka. Kebanyakan penyaringan pralahir piwaian mampu mengesan sindrom Down. Nasihat genetik serentak dengan ujian genetik, seperti amniocentesischorionic villus sampling (CVS), atau ujian darah tali pusat sebelum dipotong (percutaneous umbilical blood sampling (PUBS)) biasanya ditawarkan pada keluarga yang berisiko mendapat anak dengan sindrom Down, atau di mana ujian paralahir yang normal menunjukkan kemungkinan timbul masaalah. Penyaringan genetik seringkali dilakukan pada wanita mengandung melebihi 30 atau 35 tahun.Amniocentesis dan CVS dianggap prosedur menceroboh, dari mana ia membabitkan memasukkan peralatan kedalam uterus, dan dengan itu membawa kemungkinan kecil risiko menyebabkan kecederaan fetus atau keguguran.
Terdapat beberapa penyaringan tidak-menceroboh biasa yang boleh mengesan samaada fetus mempunyai sindrom Down. Ini biasanya dilakukan pada akhir tempoh satupertiga kehamilan (trimester) pertama atau awal tempoh duapertiga kehamilan. Disebabkan cara penyaringan, setiapnya mempunyai peluang yang ketara bagi kesilapan positif, mencadangkan fetus mempunyai sindrom Down sedangkan fetus tidak mempunyai kecacatan genetik. Penyaringan positif perlu disahkan sebelum diagnosis sindrom Down dilakukan.Sungguhpun dengan penyaringan tidak menceroboh terbaik, kadar pengesanan adalah sekitar 90%–95% dan kadar positif palsu adalah 2%–5%. Positif palsu boleh disebabkan oleh banyak fetus yang tidak dikesan (amat jarang dengan ujian ultrasound), tarih kehamilan yang salah, atau variasi normal pada protin.

Friday, May 1, 2015

Kisah mereka

Assalamualaikum..
2 Mei 2015..
Genap 3 tahun pemergian mereka ke alam lain...
Mereka selalu bersama...pergi kemana pun bersama...teringat dulu si abang pernah berkata akan mengikut si adik...
27 April 2011
Kami dikejutkan bila si abang sakit perut dan dimasukkan ke hospital Kuala penyu ..Dan kebetulan pada hari yang sama si adik nak ke kl...flight pada waktu malam tu.. namun hajat untuk ke kl malam tersebut terpaksa dibatalkan apabila si adik dimasukkan ke hospital kota kinabalu pada malam yang sepatutnya si adik menaiki flight ke Kuala lumpur..tarikh yang sama cuma waktu yang berlainan.
Mereka berdua masuk hospital pada hari yang sama namun waktu yang berbeza...
29 April 2011
Alhamdulillah...kami dikhabarkan berita vs  gembira apabila si abang telah dikeluarkan Dari hospital...namun si adik masih di dalam wad...
30 April 2011
Si abang mengajak keluarga keluar pergi pekan... makan angin katanye...namun si isteri cuma mampu menolak...anak2 menemani si abang untuk berjalan bersama...teman2 si abang berasa pelik bila si abang pendiam  bukan seperti selalu..si adik seorang yang
suka bergurau,banyak cakap n peramah...namun teman2 tak berfikiran negatif kerana teman2 taw si abang baru je keluar Dari hospital...
2 Mei 2011
Awan cerah tapi hati kelabu...jam 11.00pagi kami dikhabarkan si adik sudah pergi meninggalkan si abang....anak sedara si adik n si abang  mengajak si abang untuk melawat si adik...namun Oleh kerana si abang pun tak sihat maka si abang menolak....
kami Dari kejauhan cuma mampu menyedekahkan alfatihah  kepada arwah si adik...jam 12.30 tengahari kami terima panggilan daripada mama bila si abang dimasukkan ke hospital...wad ICU.....jantung berdegup kencang DOA tak henti kami ungkapkan....
Ku sangkakan cerah sampai ke petang namun hujan mula membasahi bumi...
kebetulan ahli keluarga yang lain membawa balik jasad si adik Dan sedang sibuk mempersiapkan peralatan untuk seadik...tiba2 kami sikejutkan dengan pemergian si abang.... keluarga lain terpinga2...sanak sedara bergegas ke rumah si abang Dan mempersiapkan apa yang patut...
KAMI...
Terdengar berita si abang meninggalkan kami sekeluarga....airmata mula membasahi pipi...sedih Ku rasa bila si abang pergi dengan si adik...
Dugaan paling besar bila kami kehilangan mereka...dan ticket flight pula tak ada...akhirnya si adik dikebumikan selepas waktu maghrib pada hari yang sama...namun si abang pula dikebumikan pada keesokan harinya....
alhamdulillah...
kami sempat menaiki flight jam 6 pagi Dan sampai kat kampung sebelum zuhur....
Ku tatap muka si abang buat Kali terakhir...ku ciumi dahinya buat Kali terakhir Dan Ku hantar si abanh buat Kali terakhir seperti mana si abang menghantarku buat Kali terakhir...
akhirnya si abang dikebumikan bersebelahan dengan si adik....adik Dan abang pergi Dan pulang bersama...Dari dia kita datang Dan kepada dia Jg la kita kembali ....
Alfatihah kepada arwah bapa Dan bungso
semoga Roh mu dicucuri seribu rahmat..

Wednesday, March 18, 2015

hurting and crying...

Assalamualaikum

dah berhabuk rasanya blog ni...dh lma tak singgah mencoret kat sini....
arrrghhh!!!!
stress sungguh tuhhhh.. :)

SAKITNYA TUH DI SINI!!!
mesti uolls pnh dgr lagu tu knnnn...lagu famous kowttt!!!
sampai anak sedara yg umur 3tahun boleh hafal lagu tuhh!...
cam pelikkn..
apa pulak kena mengena lagu tu ngn coretan kali ni?...

Hati perempuan sensitive Sgt!!.bnda kecik pun nak nangis....seriously I'm crying..just because bnda kecik...alahai la Hati..mudahnya la mencairkan diri...umpama lilin gitu....
kadang2 setiap perkara yang berlaku mematangkan fikiran kita sebagai MA USIA...namun apalah daya...airmata tetap berdegil Jua...

wahai insan sejenisku...andai terasa nak nangis keluarkanla airmata andainya ITU mampu mengurangkan rasa sakit Hati...
and after nangis ....moved on LA....

menangis adalah sahabat setia seorang wanita.

#awanseakan2menangisidiriku#

Tuesday, January 27, 2015

Tips jika terkena minyak panas

Assalamualaikum

Law baca kat tajuk tu nama cam panas je topik ni kann!...tapi sebenarnya tak de la hottt  sangat..actually lebih kepada nak sharing dengan uolss semua..

Hari sabtu lepas..
dengan penuh kerajinan dan semangat yang begitu membuak2..me and my niece..so excited nak  buat donat..
Alahai la donat...
Lepas je gaul n ngn mauripan....saya biarkan selama beberapa minit..nak bagi adunan tu kembang la katanyeer....ntah cmna n berapa lama adunan tu terbiar kembang,saya pun tak ingat...when i see adunan tu dh kembang..n saya terus memasukkn ke dalam kuali yg dh sedia untuk menggorengnya..
Alhamdulillah trip pertama tak de masalah...but trip yg ketiga(..cam banyak pula donat yang saya masak kann...,bagi kat jiran sebelah)..tetiba je donat tu pecah n minyak memercik..(dunno how to explain,mybe donat tu terlalu kembang)..dengan tetiba tangan saya yang halus dan gebu ni menjadi mangsa percikkan minyak tadi...


Lepas je kna minyak tadi..saya terus berlari ke bilik air n terus mencuci tepat yang terkena minyak dengan air dan terus meletakkn colgate(ubat gigi)...Lantas chef diambil alih oleh anak sedara saya..hihi anak sedara saya pun kena gak..kat muka n tangan (tapi takde la teruk n tak banyak)..

Today.....27/1/2015 bersamaan hari selasa...
Tido tak lena..n tangan pula gatal ase cam nak garu2 je..tapi terpaksa la kawal..n untuk mengawal kegatalan yang bermaharajalela saya letakkn minyak gamat.Kawan kata elok tuk mengeringkan kesan tu dengan cepat..Pastu sorang kawan plak kata..pergila letak kicap...KICAP????...OMG BIAR BETUIIII...saya ikutkan petua yang diberitahu oleh sahabat tadi....kena buat n praktikkan selalu if uolss nak kesan minyak tu cepat sembuh..

Tips jika terkena minyak panas @ air panas

  1. cuci tepat yang terkena air @ minyak panas dengan air paip..law boleh ambik masa yg lama sikit...pastu letakkan colgate ataupun kicap di yang terkena minyak panas.
  2. Ambil putih telur dan sapukan pada kesan melecur.
  3. Elakkan makan telur..akn mengakibatkan kegatalan yang boleh menyebabkan kita asyik nak garu je dan jadi luka.
#Hati2 ketika masak.
 #malang tak berbau.

Friday, January 23, 2015

Jhon Dewey

LATAR  BELAKANG TOKOH.
                  Pada separuh pertama abad ke-20, John Dewey adalah salah seorang  guru yang paling terkenal di Amerika  (kajian alam semesta dan kedudukan manusia di dalamnya). Beliau juga membuat beberapa cadangan kontroversi untuk perubahan dalam sistem pendidikan Amerika.
Kehidupan awal
Dilahirkan pada 20 Oktober 1859, di Burlington, Vermont, John Dewey adalah anak ketiga dari keempat pasangan  Archibald Dewey  dan Lucina Artemisia . Bapanya adalah seorang pedagang tempatan yang suka sastera. Ibunya memiliki pegangan  moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Calvin (agama di mana iman seseorang dinyatakan melalui tingkah laku moral dan kerja-kerja yang baik). John Dewey belajar mengenai budaya lain daripada penempatan berdekatan Ireland dan Perancis-Kanada. Pekerjaannya  semasa kanak-kanak yang menyampaikan surat khabar dan bekerja di sebuah kawasan kayu . Ketika melawat bapanya, yang berkhidmat dalam Tentera Kesatuan di Virginia, beliau melihat kengerian Perang Saudara (1861-1865) secara langsung.
Kerjaya pendidikan
Pada usia 15, Dewey, selepas menerima keputusan  sekolah awam di Vermont. Dewey menjadi sedar dunia ilmu seumur hidup . Beliau mengambil Kursus psikologi (sains minda dan tingkah laku), agama, etika (kajian nilai-nilai moral), dan logik (sains penaakulan). Gurunya, HAP Torrey, memperkenalkan beliau kepada kerja-kerja ahli falsafah yang berbeza. Kualiti kerja bertambah baik, dan pada usia 19 tahun, beliau lulus  tempat kedua di dalam kelas.
Dewey berharap untuk mengajar sekolah menengah. Selepas musim panas beliau gagal mencari pekerjaan, sepupunya, pengetua seminari (institut untuk latihan imam) di Pennsylvania, memberi peluang 'mengajar', selama dua tahun. Dewey terus membaca  buku falsafah dalam masa lapang. Apabila sepupunya meletak jawatan, Dewey turut hilang kerja. Beliau kembali ke Vermont untuk menjadi guru di sebuah sekolah swasta di Charlotte. Beliau memulakan untuk menghabiskan masa dengan Torrey lagi, dan kedua-dua membincangkan bacaan Dewey dalam falsafah purba dan moden.
Perkembangan intelek
Pada masa ini kebanyakan guru falsafah Amerika adalah orang-orang agama, yang meletakkan kepentingan lebih kepada idea-idea agama daripada berfikir secara kreatif. Falsafah telah diajar oleh  guru (guru tidak dikaitkan dengan mana-mana agama tertentu) dalam  beberapa buah sekolah sahaja. Satu sekolah itu di St Louis, di mana William T. Harris menubuhkan Jurnal Falsafah spekulatif. Di sini Dewey menerbitkan esei pertama. Dewey membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya dalam falsafah dan memohon kemasukan Johns dan menubuhkan Hopkins University,. Di Johns Hopkins, Dewey belajar dengan George S. Morris, yang menjadi pengerusi jabatan falsafah di University of Michigan. Pada tahun 1884, Dewey tamat kedoktoran dan menerima  jemputan Morris, dia pergi untuk mengajar di Michigan.
Di Ann Arbor, Michigan, Dewey bertemu dan berkahwin dengan Alice Powered  dan  mempunyai tujuh orang anak. 
                                           

2Pandangan John Dewey tentang pendidikan serta sumbangan dalam teori kurikulum

 Pemikiran John Dewey Tentang Pendidikan

 Pengalaman dan Pertumbuhan

                 Pemikiran John Dewey banyak dipengaruhi oleh teori evolusi Charles Darwin (1809-1882) yang mengajarkan bahwa hidup di dunia ini merupakan suatu proses, dimulai dari tingkatan terendah dan berkembang maju dan meningkat. Hidup tidak statik, melainkan bersifat dinamik. Semuanya dalam perkembangan. Pandangan Dewey mencerminkan teori evolusi dan kepercayaannya pada kapasiti  manusia dalam kemajuan moral dan lingkungan masyarakat, khususnya melalui pendidikan. 

             Menurut Dewey, dunia ini penciptaannya belum selesai. Segala sesuatu berubah, tumbuh, berkembang, tidak ada batas, tidak statik, dan tidak ada finalnya. Bahkan, hukum moral pun berubah, berkembang menjadi sempurna. Tidak ada batasan hukum moral dan tidak ada prinsip-prinsip abadi, baik tingkah laku mahu pun pengetahuan.

                Pengalaman  adalah salah satu kunci dalam falsafah instrumentalisme. Pengalaman merupakan keseluruhan aktiviti manusia yang mencakup segala proses yang saling mempengaruhi antara organisma yang hidup dalam lingkungan sosial dan fizik. Falsafah  instrumentalisme Dewey dibangun berdasarkan andaian  bahawa pengetahuan berpangkal dari pengalaman-pengalaman dan bergerak kembali menuju pengalaman. Untuk menyusun kembali pengalaman-pengalaman tersebut diperlukan pendidikan yang merupakan transformasi yang diawasi  dari keadaan tidak menentu ke arah keadaan tertentu. Pandangan Dewey mengenai pendidikan tumbuh bersama dengan kerjanya di makmal sekolah untuk anak-anak di University of Chicago. Di tempat  ini, Dewey mencuba untuk mengupayakan sekolah sebagai segolongan masyarakat  yang menggunakan pengalaman. Dengan model tersebut, pelajar dapat melakukan sesuatu secara bersama-sama dan belajar untuk memantapkan kemampuannya dan keahliannya. 

                Sebagai tokoh pragmatisme, Dewey memberikan kebenaran berdasarkan manfaatnya dalam kehidupan praktik, baik secara individual mahu pun kolektif. Oleh kerana  ia berpendapat bahwa tugas falsafah  memberikan garis-garis arahan bagi perbuatan. Falsafah  tidak boleh tenggelam dalam pemikiran metafizik yang sama sekali tidak berfaedah. Falsafah harus berpijak pada pengalama serta mengolah pengalaman tersebut secara aktif dan kritis. Dengan cara demikian, falsafah  menurut Dewey dapat menyusun norma-norma dan nilai-nilai dalam masyarakat .

Sumbangan John Dewey Dalam Kurikulum

               Dalam menghadapi industrialisasi Eropah dan Amerika, Dewey berpendirian bahawa sistem pendidikan sekolah harus diubah. Sains, menurutnya, tidak mesti diperoleh dari buku-buku, melainkan harus diberikan kepada pelajar  melalui praktik dan tugas-tugas yang berguna. Belajar harus lebih banyak difokuskan melalui tindakan dari pada melalui buku. Dewey percaya terhadap adanya pembahagian yang tepat antara teori dan praktik. Yang dimaksud di sini bukan berarti ia menyeru anti intelektual, tetapi untuk mengambil kelebihan fakta bahwa manusia harus aktif, penuh minat dan siap mengadakan eksplorasi.
 
          Dalam masyarakat industri, sekolah harus merupakan medan bengkel yang membantu komuniti. Pelajar haruslah ditekankan  pada praktik dan ujian dan sentiasa mencuba. Akhirnya, pendidikan harus disusun kembali bukan hanya sebagai persiapan menuju kedewasaan, tetapi pendidikan sebagai kelanjutan pertumbuhan pemikiran untuk menerangi hidup. Sekolah hanya dapat memberikan kita alat pertumbuhan mental, sedangkan pendidikan yang sebenarnya adalah saat kita telah meninggalkan bangku sekolah, dan tidak ada alasan mengapa pendidikan harus berhenti sebelum kematian menjemput. 

            Tujuan pendidikan adalah untuk kecekapan sosial dengan cara memberikan kemampuan untuk menyertai  dalam kegiatan-kegiatan demi pemenuhan kepentingan dan kesejahteraan bersama secara bebas dan maksimum. Tata susunan masyarakat yang dapat menampung individu yang memiliki kecekapani di atas adalah sistem demokrasi yang didasarkan atas kebebasan, asas saling menghormati kepentingan bersama, dan asas ini merupakan kawalan  sosial. Mengenai konsep demokrasi dalam pendidikan, Dewey berpendapat bahawa dalam proses belajar ,pelajar  harus diberikan kebebasan mengeluarkan pendapat,  aktif dan tidak hanya menerima pengetahuan yang diberikan oleh guru. Begitu pula, guru harus menciptakan suasana agar pelajar sentiasa  merasa haus akan pengetahuan. Masyarakat yang demikian harus memiliki semacam pendidikan yang memberikan minat individu  kepada individu dalam hubungan kemasyarakatan dan mempunyai pemikiran yang menjamin perubahan-perubahan sosial. 

   Dasar demokrasi adalah kepercayaan dalam kapasitinya sebagai manusia. Iaitu, kepercayaan dalam kecerdasan manusia dan dalam kekuatan kelompok serta pengalaman bekerjasama. Hal ini tidak dapat dinafikan bahawa semua dapat menumbuhkan dan membangkitkankemajuan pengetahuan dan kebijaksanaan yang diperlukan dalam aktiviti bersama. Idea  kebebasan dalam demokrasi bukan bermakna  hak bagi individu untuk berbuat sekehendak hatinya. Dasar demokrasi adalah kebebasan pilihan dalam perbuatan (serta pengalaman) yang sangat penting untuk menghasilkan kebijaksanaan. Bentuk-bentuk kebebasan adalah kebebasan dalam berkepercayaan, mengekspresikan pendapat, dan lain-lain. Kebebasan tersebut harus dijamin, sebab tanpa kebebasan setiap individu tidak dapat berkembang. 

        Falsafah tidak dapat dipisahkan dari pendidikan, kerana falsafah  pendidikan merupakan rumusan secara jelas dan tegas membahas masalah  kehidupan mental dan moral dalam kaitannya dengan menghadapi tentangan dan kesulitan yang timbul dalam realiti sosial dewasa ini. Masalah  tersebut jelas memerlukan pemecahan sebagai solusinya. Pikiran dapat dipandang sebagai instrumen yang dapat menyelesaikan masalah dan kesulitan tersebut. Di dalam falsafah  John Dewey disebutkan adanya “experimental continuum”  atau rangkaian kesatuan pengalaman, iaitu  proses pendidikan yang bermula dari pengalaman menuju idea  tentang kebiasaan (habit) dan diri (self) kepada hubungan antara pengetahuan dan kesadaran, dan kembali lagi ke pendidikan sebagai proses sosial. Kesatuan rangkaian pengalaman tersebut memiliki dua aspek penting untuk pendidikan, iaitu hubungan lanjutan individu dan masyarakat serta hubungan lanjutan fikiran dan benda.

 Pandangan Falsafah  John Dewey

Pandangan Dewey tentang manusia bertolak dari konsepnya tentang situasi kehidupan manusia itu sendiri. Manusia adalah makhluk sosial, sehingga segala perbuatannya, entah baik atau buruk akan diberi penilaian oleh masyarakat. Akan tetapi di lain pihak, manusia menurutnya adalah yang menciptakan nilai bagi dirinya sendiri secara alamiah. Masyarakat di sekitar manusia dengan segala  yang ada, harus disusun dan dibentuk sedemikian rupa sehingga dapat memberikan perkembangan semaksima mungkin. Itu bererti,  peribadi seorang yang hendak berkembang selain berkembang atas kemungkinan semula jadi, perkembangan juga turut disokong oleh masyarakat yang ada di sekitarnya.Dewey juga berpandangan bahawa setiap peribadi manusia memiliki struktur-struktur  tertentu. Misalnya naluri yang dibawa oleh setiap  manusia. Naluri-naluri itu  tidak bersifat statik atau sudah memiliki bentuk baku, melainkan sangat  fleksibel. Ia sangat kelihatan apabila ia berhadapan dengan persekitaran.  Pandangan Dewey di sini sebenarnya ialah bahawa manusia mengandungi  kemampuan-kemampuan tertentu. Kemampuan-kemampuan itu diaktualisasikan sesuai dengan keadaan  sosial persekitaran manusia. Kebiasaan ini dapat berubah sesuai dengan tuntutan persekitarannya.


Pandangan John Dewey Tentang Pendidikan
A. Hakikat Pendidikan

          Dewey menjadi sangat terkenal kerana pandangan-pandangannya tentang falsafah pendidikan. Pandangan-pandangan yang dikemukakan banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan moden di Amerika. Ketika ia pertama kali memulakan eksperimennya di Universiti Chicago, ia mulai mengkritik tentang sistem pendidikan tradisional yang bersifat determinasi. Sekarang ini, pandangannya tidak berlaku di Amerika tetapi juga di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.
Bagi Dewey, kehidupan masyarakat yang berdemokratis adalah dapat wujud bila dalam dunia pendidikan hal itu sudah terlatih menjadi suatu kebiasaan yang baik. Ia mengatakan bahawa idea pokok demokrasi adalah pandangan hidup yang dicerminkan dengan perluanya penglibatan  dari setiap warga yang sudah dewasa dalam membentuk nilai-nilai yang mengatur hidup bersama. Ia menekankan bahawa demokrasi merupakan suatu keyakinan, suatu prinsip utama yang harus diterangkan dan dilaksanakan secara sistematik dalam bentuk aturan sosial politik.  Sehubungan dengan hal tersebut maka Dewey menekankan pentingnya kebebasan akademik dalam lingkungan pendidikan. Ia dengan secara tidak langsung menyatakan bahawa kebebasan akademik perlu untuk mengembangkan prinsip demokrasi di sekolah yang bertumpu  pada interaksi dan kerja sama, berdasarkan pada sikap saling menghormati dan memperhatikan satu sama lain; berfikir kreatif, mencari penyelesaian atas masalah yang dihadapi bersama, dan bekerja sama untuk merancang dan melaksanakan penyelesaian. Secara implisit hal ini bererti sekolah demokratik harus menggalakkan dan memberikan peluang kepada semua pelajar untuk aktif mengambil bahagian dalam membuat keputusan, merancang kegiatan dan melaksanakan rancangan tersebut.




B. Fungsi dan Tujuan Pendidikan.

          Dewey sangat menganggap penting pendidikan dalam rangka mengubah dan membaharui suatu masyarakat. Ia begitu percaya bahawa pendidikan dapat berfungsi sebagai cara untuk peningkatan keberanian dan pembentukan kemampuan inteligensi.Dengan itu, dapat pula diusahakan kesedaran akan pentingnya penghormatan kepada hak dan kewajipan yang paling asas dari setiap orang. Baginya ilmu pendidikan  tidak dapat dipisahkan daripada falsafah. Maksud dan tujuan sekolah adalah untuk membangkitkan sikap hidup yang demokratik dan untuk mengembangkannya.Pendidikan merupakan kekuatan yang boleh dipercayai untuk menghancurkan kebiasaan yang lama dan membina kembali yang baru.

C. Kandungan Kurikulum
          Bagi Dewey, lebih penting melatih fikiran manusia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, daripada mengisinya dengan formula-formula yang pelbagai..  Pendidikan harus pula mengenal hubungan yang erat antara tindakan dan pemikiran, antara eksperimen dan refleksi. Pendidikan  merupakan refleksi atas pengalaman juga akan mengembangkan moral kepada anak-anak didik. Dengan demikian belajar dalam erti mencari pengetahuan, merupakan suatu proses yang berterusan. Dalam proses ini, ada perjuangan yang terus menerus untuk membentuk teori dalam konteks eksperimen dan pemikiran. Ia juga mengkritik sistem kurikulum yang hanya "ditentukan dari atas" tanpa memperhatikan masukan-masukan dari bawah.
D. Kaedah Pendidikan

          Untuk memahami pemikiran John Dewey, kita harus berusaha untuk memahami titik-titik lemah yang ada dalam dunia pendidikan itu sendiri. Ia secara realistik mengkritik amalan pendidikan yang hanya menekankan pentingnya peranan guru dan mengenepikan peranan para pelajar dalam sistem pendidikan. Penyiksaan fizikal dan indoktrinasi dalam bentuk penerapan doktrin-doktrin menghilangkan kebebasan dalam pelaksanaan pendidikan. Dewey mengadakan penyelidikan mengenai pendidikan di sekolah-sekolah dan cuba menerapkan teori pendidikannya dalam amalan di sekolah-sekolah. Hasilnya, ia meninggalkan pola dan proses pendidikan tradisional yang bergantung kemampuan mendengar dan menghafal. Sebagai gantinya, ia menekankan pentingnya kreativiti dan penglibatan pelajar dalam semua bidang.



3.Idea dan penulisan penting dalam bidang kurikulum dan pengajaran

Buku yang ditulis agak banyak begitu juga dengan idea-ideanya.Salah satu ideanya yang paling penting ialah pragmatism.Pragmatisme jika mengikut istilahnya bermakna  cara menangani atau menghadapi sesuatu isu secara praktikal.Atas sebab itulah beliau dikenal sebagai bapa pragmatisme.

Latar belakang munculnya pragmatisme

             Pragmatisme sebagai suatu gerakan dalam falsafah lahir pada akhir abad ke-19 di Amerika. Kerana itu sering dikatakan bahawa pragmatisme merupakan sumbangan yang paling asli dari pemikiran Amerika terhadap perkembangan falsafah dunia.Pragmatisme dilahirkan dengan tujuan untuk menyelesaikan  dua kecenderungan berbeza yang ada pada saat itu. Kedua-dua kecenderungan yang mahu  diselesaikan  itu ialah  pertentangan yang terjadi antara "yang spekulatif" dan "yang praktis". Tradisi pemikiran yang spekulatif  berpunca dari warisan falsafah rasionalistik  Descartes dan berkembang melalui idealisme kritis dari Kant, idealisme mutlak Hegel serta sejumlah pemikir rasionalistik lain. Warisan ini memberikan kepada nisbah manusia kedudukan yang penting kerana mempunyai kekuatan instrinsik yang besar. Warisan ini pulalah yang telah mendorong para ahli falsafah dan saintis-saintis membina teori-teori yang mengunakan daya intelek  spekulatif  untuk mengerti dan menjelaskan alam semesta. Akan tetapi, di pihak lain ada juga warisan pemikiran yang hanya begitu menekankan pentingnya pemikiran yang bersifat amali semata (empirisme). Bagi kelompok ini, kerja nisbah tidak terlalu ditekankan sehingga nisbah kehilangan tempatnya. Nisbah kehilangan kreativitinya sebagai instrumen khas manusiawi yang mampu membentuk pemikiran dan mengarahkan sejarah. Hasil dari model pemikiran ini y munculnya ilmu-ilmu terapan. Termasuk di dalamnya  Sains dan Teknologi .

          Seperti yang sudah dijelaskan di atas, secara falsafah, pragmatisme berusaha untuk menyelesaikan  dua aliran falsafah tradisional ini. Atas salah satu cara pragmatisme menyetujui apa yang menjadi keunggulan dari empirisme(pengalaman praktis). Hal-hal itu seperti:

a. Bahawa kita tidak pernah memiliki konsep yang menyeluruh tentang realiti,

b. Pengetahuan mengenai objek-objek material berpunca dari persepsi dengan perspektif yang berbeza-beza,

c. Diperlukan pemahaman multidimensi atau memerlukan pemahaman kepelbagaian.Jadi pemahaman menyeluruh mesti dilihat dalam kepelbagaian.

          Selain sependapat dengan empirisme untuk beberapa hal di atas, pragmatisme juga sependapat dengan tradisi rasionalisme dan idealisme dalam hal keseluruhan nilai hidup, terutama moral dan agama memberi makna untuk hidup manusia.
Melihat apa yang ingin diselesaikan ini, pragmatisme mengangkat nilai-nilai positif yang ada pada kedua-dua tradisi tersebut. Prinsip yang dipegang kaum pragmatik iaitu  tidak penting bahawa saya menerima teori ini atau itu  yang penting ialah apakah saya   mempunyai suatu teori atau nilai yang dapat berfungsi dalam tindakan.

JOHN DEWEY dan pragmatisme

          Secara teori, gerakan pragmatisme bermula dari upaya formulasi yang dilakukan oleh Charles Sanders Peirce , meskipun kemudian pragmatisme dikembangkan oleh William James . Secara metodologi, pragmatisme akhirnya berjaya diserap oleh bidang-bidang kehidupan seharian di Amerika Syarikat berkat kerja keras John Dewey.Dewey memusatkan perhatiaanya pada masalah-masalah yang berkaitan dengan etika, pemikiran sosial dan pendidikan. Memang ada begitu banyak pandangan-pandangan para ahli falsafah yang berkaitan dengan bidang pragmatisme ini, akan tetapi ketiga tokoh di atas yang popular dan banyak dibicarakan dalam pembangunan pragmatisme. Peirce dipandang sebagai pengasas pragmatisme, James sebagai pemajunya dan Dewey sebagai orang yang melaksanakan pragmatisme dalam pelbagai bidang kehidupan.


 JOHN DEWEY: KARYANYA

          Karya-karya Dewey banyak mempengaruhi corak berfikir Amerika. Pengaruh ini juga banyak berasal dari buku-buku atau karya-karya yang dihasilkannya. Bukunya yang pertama iaitu  Psychology  yang diterbitkan dalam tahun 1891. Dalam tahun 1891, bukunya  Outlines of a Critica Theory of etics  diterbitkan. Tiga tahun kemudian, 1894, terbit lagi  The Study Of etics: A Syllabus .Ketika ia berkarya di Universiti Chicago, berturut-turut ia menerbitkan My Pedagogic Creed (1897), The School and Society (1903), dan Logical Conditions of a Scientific Treatment of Morality (1903). Ia juga banyak menghasilkan uku-buku ketika berada di Universiti Colombia seperti Ethics (1908), How We Think (1910), The Influence of Darwin and Other Essays in Contemporary Thought (1910), School of Tomorrow (1915), Democraty and Education ( 1916), Essays in Experimental Logic (1916), Experience Recunstruction in Philosophy (1920), Human Nature and Conduct (1922), and Nature (1925), The Quest for Certainty (1929), Art as Experience (1934), A Common Faith (1934), Experience and Education (1938), Logic: The Theory of Inquiry (1938), Theory of Valuation (1939), Education Today (1940), Problem of Men (1946), dan Knowing and The Known (1949) .

          Nampak jelas dari tulisan-tulisan Dewey bahawa ia menaruh minat besar dalam bidang logik, metafizik dan teori pengatahuan. Tetapi perhatian Dewey di bidang pragmatisme terutama dicurahkan pada realiti sosial daripada kehidupan individu. Hal ini nampak dalam tema-tema bukunya: pendidikan, demokrasi, etika, agama, dan seni.


PANDANGAN DEWEY TENTANG PENGALAMAN DAN PENGARUHNYA PADA CORAK BERPIKIR MANUSIA

          Konsep kunci dalam falsafah Dewey adalah pengalaman. Pemahaman ini dipengaruhi    oleh pemahaman kaum Hegelianisme tentang  perkembangan pengalaman. Kaum Hegelian ini juga mempengaruhi pandangan Dewey dalam pemahamannya mengenai konsep sejarah dan kaedah dialog yang dikembangkannya dalam teori-teorinya tentang pendidikan sekolah.  Bagi Dewey, pengalaman sebagai suatu yang bersifat personal dan dinamik dan kesatuan. Tidak ada pengalaman yang bergerak secara berasingan dan semua pengalaman itu memainkan suatu kerumitan sistem yang organik. Menurutnya, pemikiran kita bermula dari pengalaman-pengalaman dan menuju pengalaman-pengalaman. Gerak itu dibangkitkan segera dan kita dihadapkan dengan suatu keadaan yang menimbulkan persoalan pada dunia sekitarnya, dan gerak itu berakhir dalam masa beberapa perubahan dalam dunia sekitar atau dalam dunia kita.Pengalaman yang langsung bukanlah soal pengetahuan, yang terkandung di dalamnya pemisahan subjek dan objek, pemisahan antara pelaku dan sarananya. Di dalam pengalaman itu keduanya   bukan dipisahkan, tetapi disatukan. Apa yang dialami tidak dipisahkan dari yang mengalaminya sebagai satu hal yang penting atau yang bererti.Jikalau terdapat pemisahan di antara subjek dan objek hal itu bukan pengalaman, melainkan pemikiran kembali atas pengalaman tadi. Pemikiran, itulah yang menyusun sasaran pengetahuan.  Atas dasar ini pula, Dewey merumuskan tujuan falsafah sebagai memberikan garis-garis pengarahan bagi perbuatan dalam kenyataan hidup.Oleh kerana itu, falsafah tidak boleh tenggelam dalam pemikiran-pemikiran metafizik yang tidak bermanfaat. Dalam konteks ini, falsafah digunakan sebagai asas dan fungsi sosial. Menurutnya, kaum empiris telah beranggapan bahawa fikiran selalu menunjuk pada objek-objek dari alam, dan setiap idea selalu berkaitan dengan suatu realiti. Dengan kata lain, pengetahuan seakan-akan dibentuk selepas subjek berhadapan dengan atau memandang sesuatu di luar dirinya. Inilah yang disebut "a spectator theory of  knowledge". Menurut  teori ini, subjek pengetahuan bertindak bagaikan seorang penonton yang hanya dengan memandang untuk mendapatkan idea tentang objeknya. Inilah pandangan kaum rasionalis. Menurut pandangan ini, nisbah merupakan suatu instrumen untuk memperhatikan apa yang tetap dan pasti pada alam.Alam dan rasional adalah dua perkara yang berasingan dan berbeza.

         Dewey beranggapan bahawa baik apa yang dibangunkan oleh kaum empiris mahupun kaum rasionalis terlalu statik di satu pihak dan terlampau mekanistik di lain pihak. Atas pengaruh Hegelian, Dewey mengakui bahawa antara manusia dan persekitaran semula jadi terdapat dialektika yang konfliknya "diselesaikan" dalam pengalaman. Hal ini disebabkan kerana setiap pengalaman adalah kekuatan yang berguna. Maksudnya, pengalaman merupakan pertemuan antara manusia dengan alam sekitar yang mengitarinya dan itu membawa manusia pada pemahaman yang baru.Pengalaman juga bersifat dinamik kerana persekitaran juga bercorak dinamik.Hakikatnya merupakan kekuatan yang dimiliki manusia untuk menghadapi persekitaran hidup yang terserap dalam pengalamannya. Dalam konteks ini, berfikir adalah suatu aktiviti inteligensi yang lahir kerana adanya pengalaman manusia dan bukan suatu akiviti yang terpencil dalam fikiran semata-mata. Menurut dewey ada dua jenis pemikiran iaitu yang membingungkan dan yang jelas dan segala masalah mudah diselesaikan

           Hal ini mengandaikan bahawa aktiviti berfikir lebih luas dari sekadar aktiviti kognitif, iaitu meliputi keinginan-keinginan yang muncul dalam diri  ketika berhadapan dengan persekitarannya. Inilah yang disebut Dewey teori instrumentalisme tentang pengetahuan.Yang dimaksudkan dengan teori instrumentalisme adalah suatu usaha untuk menyusun suatu teori yang logik dan tepat dari konsep-konsep, pertimbangan-pertimbangan, penyimpulan-penyimpulan dalam bentuknya yang bermacam-macam, dengan cara menyiasat bagaimana fikiran berfungsi dalam penentuan-penentuan yang berdasarkan pengalaman, yang mengenai kesan-kesan di masa depan. Teori ini juga yang mendorongnya untuk menyebut sistemnya dengan istilah instrumentalisme daripada disebut sebagai pragmatisme.


PANDANGAN DEWEY TENTANG MANUSIA DAN LINGKUNGAN SOSIALNYA.

          Padangan Dewey tentang manusia bertolak dari konsepnya tentang situasi kehidupan manusia itu sendiri. Manusia adalah makhluk sosial, sehingga segala perbuatannya, entah baik atau buruk, akan diberi penilaian oleh masyarakat. Akan tetapi di lain pihak, manusia menurutnya adalah yang mencipta nilai bagi dirinya sendiri secara semula jadi. Masyarakat di sekitar manusia dengan segala lembaganya, harus disusun dan dibentuk sedemikian rupa sehingga dapat memberikan perkembangan semaksima mungkin. Itu bererti, peribadi seorang yang hendak berkembang selain berkembang atas kemungkinan semula jadi, perkembangannya juga turut disokong oleh masyrakat yang ada di sekitarnya dan mempunyai takdir yang tertentu.

         Dewey juga berbicara tentang kejahatan  manusia. Kejahatan bukanlah sesuatu yang tidak dapat diubah. Sebaliknya, kejahatan merupakan hasil dari cara tertentu manusia yang dibentuk dan dikondisikan oleh budaya. 

          Dewey juga menjadi sangat terkenal kerana pandangan-pandanganya tentang falsafah pendidikan. Pandangan yang dikemukakan banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan moden di Amerika. Ketika ia pertama kali memulakan eksperimennya di Universiti Chicago, ia telah mula mengkritik tentang sisitem pendidikan tradisional yang bersifat determinasi. Sekarang ini, pandangannya tidak hanya digunakan di Amerika, tetapi juga di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.

          Untuk memahami pemikiran John Dewey, kita harus berusaha untuk memahami titik-titik lemah yang ada dalam dunia pendidikan itu sendiri. Ia secara realistik mengkritik amalan pendidikan yang hanya menekankan pentingnya peranan guru dan mengenepikan para pelajar dalam sistem pendidikan. Penyikasaan fizikal  dalam bentuk penerapan dokrin-dokrin menghilangkan kebebasan dalam pelaksanaan pendidikan. Tak lepas dari kritikannya juga iaitu sistem kurikulum yang hanya "ditentukan dari atas" tanpa memperhatikan masukkan-masukkan dari bawah.

          Dewey sangat menganggap penting pendidikan dalam rangka mengubah dan membaharui suatu masyarakat. Ia begitu percaya bahawa pendidikan dapat berfungsi sebagai cara untuk peningkatan keberanian dan kedudukan kebijaksanaan . Dengan itu, dapat pula diusahakan kesedaran akan pentingnya penghormatan pada hak dan kewajipan yang paling asas dari setiap orang.Gagasan ini juga bertolak dari gagasannya tentang perkembangan seperti yang sudah di bahas sebelumnya. Baginya ilmu mendidik tidak dapat dipisahkan daripada falsafah.Maksud dan tujuan sekolah adalah untuk membangkitkan sikap hidup yang demokratik dan untuk mengembangkannya.  Pendidikan merupakan kekuatan yang boleh dipercayai untuk menghancurkan kebiasaan yang lama, dan membina kembali yang baru. Bagi Dewey, lebih penting melatih fikiran manusia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, daripada mengisisnya secara sarat dengan formula yang pelbagai. Pendidikan harus pula mengenal hubungan yang erat antara tindakan dan pemikiran, antara eksperimen dan refleksi.

           Bagi Dewey, kehidupan masyarakat yang berdemokrtatis adalah berlaku jika dalam dunia pendidikan hal itu sudah terlatih menjadi suatu kebiasaan yang baik. Ia menyatakan bahawa idea pokok demokrasi adalah pandangan hidup yang dicerminkan dengan perlunya penyertaan dari setiap warga yang sudah dewasa dalam membentuk nilai-nilai yang mengatur kehidupan bersama. Ia menekankan bahawa demokrasi merupakan suatu keyakinan, suatu prinsip utama yang harus diterangkan dan dilaksanakan secara sistematik dalam bentuk aturan sosial politik.  Dari kenyataan ini, bagi Dewey demokrasi bukan sekadar berkaitan suatu bentuk kehidupan bersama dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Demokrasi bererti setiap orang mengalami kebebasannya untuk berkreasi dan mendedahkan pengalaman kehidupannya dalam penyertaan bersama. Untuk tujuan ini, maka sekolah menjadi medium yang mendedahkan bagaimana hidup dalam suatu komuniti yang demokratik.Dewey selalu mengatakan bahawa sekolah merupakan suatu kelompok sosial yang kecil (minoriti); yang menggambarkan atau menjadi cerminan dari kumpulan sosial yang lebih besar (majoriti). Ia menegaskan bahawa sosialisasi nilai-nilai demokrasi harus dilaksanakan oleh sekolah yang demokratik. Dan ini diusahakan antara lain dengan menekankan pentingnya kebebasan akademik dalam lingkungan pendidikan.Ia dengan secara tidak langsung menyatakan bahawa kebebsan akademik perlu untuk mengembangkan prinsip demokrasi di sekolah yang bertumpu pada interaksi dan kerjasama, berdasarkan pada sikap saling menghormati dan memperhatikan satu sama lain; berfikir kreatif, mencari penyelesaian atas masalah yang dihadapi bersama, dan bekerjasama untuk merancang dan melaksanakan penyelesaian.  Secara implisit hal ini bererti sekolah yang demokratik harus menggalakkan dan memberikan peluang kepada semua pelajar untuk aktif mengambil bahagian dalam membuat keputusan, merancang kegiatan dan melaksanakan rancangan tersebut.