Means of
Autisme..
Autisme berasal dari perkataan
bahasa GREEK iaitu “autos” yang
bermaksud sendiri. autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam
dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu LeoKanner telah
memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau
terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam
berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak
fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang
biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov,
2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?”
menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap
autisme.
Kanak-kanak jenis ini juga tidak mempedulikan
suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran
mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya,
reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah
adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.
Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung
Kepada Tumbesaran Mereka…
- Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
- Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
- Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
- Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
- Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
Ciri-ciri
AUTISME
1. Komunikasi Dan Bahasa
Menurut
Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam
komunikasi.Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara
total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap
untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya
mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk
memahami maksud kata-kata tersebut.
2. Kognitif
Autisme
merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam
perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,&
Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini
mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman
yang difikirkan oleh orang lain.
3. Ganguan Emosi
Menurut
Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang
tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri
tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar
dikawal terutama apabila mereka
gagal
untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka
menjadi manusia yang agresif.
Implikasi
Kanak-Kanak Autisme Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Guru
memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini
kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal
semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka
tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka,bahasa tubuh, isyarat atau
perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.Menurut
Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read
menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa ber
kurangan,
maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh
mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit.
Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku
disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007)
percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti
berbanding bahan yang berbentuk fantasi.
Menurut
Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti
membaca untukautistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan
Authetic High Interest Visual Material.
Berdasarkan
journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki
pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa
tetapi
dalam bentuk gambar rajah. Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam
kajian beliau bahawa dalam memulakan pengajaran untuk kanak- kanak autistik,
guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta
kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai
kartun tersebut dibawah gambar tersebut.Apabila mereka selesai dalam melakukan
sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak
memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa
bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Semasa mengajar,
guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambing atau
isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru
dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka
tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti
mencederakan diri atau orang lain.
Ingin
lebih detail???...
sila klik
link dibawah…
www.moe.gov.my/jpnmelaka/upkhas/.../autisme.pdf
ms.wikipedia.org/wiki/Autisme
www.excelqhalif.com/.../kenali-petanda-anak-autisme/
Buku yang berkaitan.
Apa Itu
Autisme?
By K. A. Razhiyah
Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak istimewa
Autisme m/s67
By Jamila K. A. Mohamed