Fungsi sekolah
Sekolah adalah sebuah institusi formal yang diwujudkan oleh masyarakat bertujuan menyerapkan fungsi2 sosialisasi dan budaya, berserta dengan agensi- agensi lain,seperti keluarga,serta pihak yang berkenaan untuk menukar atau membawa perubahan 2 perwatakan yang diperlukan dikalangan kanak-kanak. Emile Durkheim menganggap sekolah sebagai institusi sosial yang menjalankan fungsi pengembangan sosialisasi di dalam beberapa nilai, intelektual dan kemahiran fizikal kanak2 yang diperlukan daripada mereka.Sekolah melibatkan proses sosialisasi dimana kanak- kanak belajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka. Pengaliran budaya, pendidikan adalah esoteric iaitu cuma untuk segolongan kecil yang mempelajari budaya 'atasan' masyarakatnya dan kedudukan yang tinggi.Manakala sebilangannya pula merupakan golongan yang tidak bernasib baik telah diberikan arahan dalam 4M supaya mengikut golongan atasan dan menerima kehidupan mereka yang sempit itu.
- Persediaan untuk pekerjaan
- Agensi penapisan dan pemilihan
- Arah mobiliti sosial
- Berkhidmat ekonomi
- Sekolah sebagai agen perubahan sosial
- Pengaliran pengetahuan dan kemahiran
Melatih murid2 untuk mendapat pekerjaan merupakan salah satu tujuan utama pendidik.Latihan vokasional digunakan secara umum dan kedua2 sekolah akademik dan vokasional mengutamakan latihan demikian.
Sekolah menyediakan mobiliti sosial dan ekonomi dengan cara memilih dan memberikan latihan kepada mereka yang paling layak untuk kedudukan status yang tinggi.
Turner (1960) menganggap sistem pemilihan pelajaran british sebagai mobiliti tajaan,manakala sistem amerika dengan prinsipnya yang komprehensif sebagai mobiliti tandingan.Mengikut klasifikasi turner, sistem pemilihan malaysia adalah mobiliti tajaan, yang bergerak ke arah mobiliti tandingan.
Kewujudan masyarakat teknologi dengan bentuk-bentuk kuasa yang baru, teknik-teknik pengeluaran yang lebih maju dan pengkhususan kakitangan telah menimbulkan permintaan yang tinggi terhadap kemahiran- kemahiran yang berbagai-bagai.Perubahan-perubahan dari segi kurikulum pada tahun-tahun 1970an terutamanya terhadap subjek sains dan math dengan kaedah2 baru mengajar, dan perubahan ke arah sekolah yang komprehensif adalah akibat sebenar yang wujud daripada tekanan ekonomi.
Sebagai kuasa konservatif dan telah menstabilkan masyarakat dengan cara memastikan perubahan itu tidak begitu mendadak dan cenderung untuk mengekalkan tradisi2 mereka.
Masyarakat mengharapkan sekolah untuk mengarahkan murid2 di dalam perkara2 harian seperti 4M.Satu gugusan fakta dijangka akan disampaikan kepada kanak-kanak. Matlamat ini dikaitkan dengan matlamat2 lain seperti pengetahuan demi kepentingannya sendiri,latihan untuk pekerjaan dan pengaliran budaya
No comments:
Post a Comment