skip to main |
skip to sidebar
Take tyme for Thizz..
Dikatakan
bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci.
Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan
cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat
Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari
sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan
dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak
membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam
keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi
semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya,
bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu
Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya.
Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi
dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan
tukang kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi
dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh
kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan
seorang isteri yang penurut.
Kedoktoran modern telah menetapkan
bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan
yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya
rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk
tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk
melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa
untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!
Dan
wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok
tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang
laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta,
maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan
tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang
mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
No comments:
Post a Comment