Friday, September 6, 2013

Hiperaktif??...


HYPERACTIVE


Hiperaktif merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan sikap tidak  pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan akan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders).

Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah berasa puas dengan permainan atau barang mainan yang disukai oleh kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka kerana perhatian kanak-kanak hiperaktif mudah beralih dari satufokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan mencari satu permainan yang mampu menarik minat mereka tetapi mereka tidak pernah menemui permainan tersebut.Hiperaktif juga merujuk kepada kepayahan untuk mengawal diri sendiri supaya tidak melakukan perkara yang diluar kemampuan mereka. Contohnya ketika membuat keputusan dalam keadaan tertentu mereka tidak akan pernah memikirkan perkara tersebut dari sudut positif dan negatif sebaliknya mereka hanya melakukannya mengikut kehendak mereka sendiri.

Menurut kamus dewan edisi keempat telah mendefinasikan hiperaktif sebagai kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar untuk dikawal. Hiperaktif juga merupakan satu masalah yang dialami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan mengalami satu masa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti.Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut.Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya (Scrib, 2010).

Menurut Dr. Seto Mulyadi yang telah memberikan maksud tentang hiperaktif dengan mengatakan bahawa hiperaktif menunjukkan suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007).

Menurut James Dabson pula dalam bukunya kendalikan ‘selagi mampu´ yang dipetik oleh Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007) telah memberikan pengertiannya terhadap anak hiperaktif yang juga disebut hiperkinensis, kelainan kecil pada otak , kelainan impuls dan beberapa istilah yang lain mendefinisikan hiperaktif sebagai gerakan yang berlebihan dan tidak terkendali.


Bagaimana kita mengetahui seseorang kanak-kanak itu HIPERAKTIF?

Hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan, mengikut dorongan hati dan berkelakuan aktif.


Berkelakuan terlalu aktif
Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.
Kurang tumpuan
Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya. Mereka selalunya tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.
Mengikut dorongan hati

Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya, mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain. Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.


Masalah ADHD cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kekurangan tumpuan dan hiperaktif dalam kalangan kanakkanak menyebabkan mereka lewat menerima pelajaran dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap alami kanak-kanak prasekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat permulaan.
Kaedah rawatan dan cara menangani Cuba rawat perilaku hiperaktif menggunakan kaedah pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak lebih muda. Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan diri sendiri.
Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanakkanak hiperaktif mudah meniru pelakuan ibu bapanya.
Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi.Hal ini boleh memburukkan keadaan dan berisiko membuatkan kanak-kanak ini bertindak di luar kawalan.
Lazimnya, kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya saja dan suka bermain bersendirian.Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga mereka dewasa. Mainkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan yang terbaik buat anak anda. 
Antara sikap kanak-kanak hiperaktif
*  Degil
*  Suka membantah
*  Suka melanggar peraturan terutama di sekolah
*  Mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal

*  Sering kali merasa tidak puas hati
*  Sering tertekan
*  Menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
              *  Cepat takut dan risau


Faktor yang menyebabkan HIPERAKTIF..
1.  Faktor neurologi
Hiperaktif lebih kerap didapati pada bayi yang lahir dengan masalah pralahir seperti proses bersalin yang terlalu lama, keadaan bayi semasa lahir yang tertekan, lahir dengan forcep dan lain-lain kesulitan yang bersangkutan dengan ibu yang hamil seperti ibu mempunyai tekanan darah tinggi, bengkak kaki dan kandungan protein yang tinggi dalam air kencing. Di samping itu, faktor-faktor yang bersangkutan dengan bayi dan ibu yang berpengaruh dalam melahirkan anak yang Hiperaktif, misalnya bayi yang lahir rendah berat badan, ibu yang masih muda, ibu merokok dan minum alkohol.
2.  Faktor makanan
Bahan kimia yang terdapat dalam bahan makanan dipercayai boleh menyebabkan symptom ini, contohnya bahan pengawet, bahan pewarna dan gula tiruan. Kanak-kaank yang terdedah secara berpanjangan kepada bahan makanan yang beracun juga didapati cenderung menunjukkan ADDH. Ada juga ibu bapa yang melaporkan bahawa gula juga mempunyai kesan terhadap anak-anak mereka yang Hiperaktif.
3.  Faktor alam sekitar
Pencemaran alam sekitar seperti takat radioaktif yang tinggi di udara, industri pelebur bateri dan industi yang menggunakan bahan kimia yang berbahaya boleh meningkatkan kadar hiperaktif kanak-kanak. Ini disebabkan kerosakkan otak yang berlaku. Contohnya kanak-kanak yang terdedah kepada cat yang mengandungi timah di bangunan-bangunan lama dan kilang-kilang radioaktif yang menyebabkan darah kanak-kanak yang berkenaan mempunyai timah dan raksa. Darah ini kemudiannya akan mengalir ke otak yang akhirnya menyebabkan kanak-kanak mengalami simptom ini.
4.  Faktor keluarga
Faktor genetik mungkin berpengaruh, misalnya ibu bapa yang pada masa dulu hiperaktif berkemungkinan besar akan menurunkan kepada anaknya sifat hiperaktif itu. Ada kajian yang menunjukkan bahawa 10% dari ibu apa yang mempunyai anak yang hiperaktif mengakui bahawa mereka juga hiperaktif sewaktu kecil.
Ada juga ibubapa yang kurang memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka,malah ada yang terlalu mengawal. Ini akan menyebabkan anak rasa kurang yakin, tertekan, tidak bergaul dan sering menyalahkan diri. Ada juga ibu bapa yang terlalu banyak memberi hukuman fizikal kepada kanak-kanak sehingga menjadi agresif dan hiperaktif.

Sebagai ibu bapa, apabila menyedari kanak-kanak terlalu hiperaktif adalah penting untuk membawa anak ke klinik. Pecegahan lebih penting daripada rawatan. Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang ditakrifkan sebagai “sindrom hiperaktif” merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat. Penilaian komprehensif perlu dijalankan bagi rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan oleh para professional di klinik. Ianya juga memerlukan kesabaran, pengorbanan, masa, tenaga dan kewangan. Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yang terlibat perlu dijalankan. Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan yang tersendiri bergantung kepada kekuatan dan kelemahan yang ada padanya.
Ada juga yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioural modification therapy), terapi makanan, dan ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Suasana sekeliling kanak-kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana sekekliling yang bising dan tak tenteram serta kemas hendaklah diubah mengikut kesesuaian kanak-kanak.
Adalah paling penting bagi ibu bapa untuk mempertingkatkan ilmu, yakni membantu memahami jiwa anak dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak. Sikap negatif anak hendaklah dikikis.
Kanak-kanak juga perlu diberi kebebasan yang terkawal. Ini akan memberi rasa percaya pada diri kank-kanak tersebut dalam melaksanakan sesuatu. Ia akan diberi kesempatan untuk menentukan cara ia bermainatau cara ia menyelesaikan tugas, misalnya jangan beri permainan yang sukar pada kanak-kanak hiperaktif kerana mereka mudah hilang sabar, tertekan dan ini akan mematikan semangatnya.
Sewaktu dalam persekolahan pula, guru boleh membantu dengan mengajar kank-kanak hiperaktif tumpukan perhatian lebih lama, belajar membaca dan menulis serta berbahasa dengan baik. Guru harus sedar bahawa kanak-kanak hiperaktif cenderung untuk rasa cemas, kecil hati, mudah mengalami gangguan psikosomatik seperti sakit perut dan sakit kepala.
Guru juga boleh mengadakan kelas pemulihan bagi kanak-kanak hiperaktif. Dengan cara ini, guru dapat memberi perhatian yang cukup untuk menangani masalah kanak-kanak tersebut. Perkembangan kanak-kanak hiperaktif akan beransur-ansur  baik sekiranyan diberi didikan yang betul.

No comments:

Post a Comment