Wednesday, November 20, 2013

Sains kanak-kanak

SAINS

Isaac Asimov ”Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam persekitaran”.

Brewer,1995“Sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu,minat dan proses penyelesaian masalah”.

Sains adalah proses memerhati,berfikir, dan membuat perkaitan Antara satu tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak,sains adalah satu proses pembelajaran yang dapat mengalakkan kanak2 memperoleh pengetahuan fakta sains ,mengalakkan perasaan ingin tahu,meneroka persekitaran,meramal,memerhati,menjalankan ujikaji dan membuat inferensi.

Objektif pembelajaran sains
  •  Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran sains
  •    Memperkembangkan sikap ingin tahu dan menyiasat
  •   Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalahdalam kehidupan harian(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003)
  •  Membolehkan kanak-kanak meneroka dan menyiasat berbagai bahan dan fenomena dengan lebih luas
  • Membolehkan kanak-kanakterlibat secara aktif dlm proses sains
  • Mengalakkn kanak-kanak menggunakan pengetahuan fakta
  • Membantu kanak2 memahami cara kerja seorang ahli sains berkaitan dengan kehidupan harian.

Kaedah dan ciri pengajaran dan pembelajaran sains
  •   Sediakan meja ataupun sudut sains di dalam kelas.
  •       Rancang pembelajaran di dalam kelas-aktiviti
  •       Lawatan di sekitar kelas dan luar kelas
  •       Mengabung jalin dengan komponen pembelajaran lain-pengajaran bertema

 Kepentingan pembelajaran sains pada kanak2
  • Menyumbang dlm perkembangan intelek kanak2 (Harlan,1992).Sains    melibatkan pelbagai proses.
  •  Mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan merekodkan disamping meningkatkan kosa kata
  •  Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelaskan
  •  Mengukuhkan perkembangan social dan emosi di mana proses sains dapat mengalakkan interaksi,berkerja dlm kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri contohnya semasa membuat eksperimen.
  •  Pengelibatan kanak2 dlm penerokaan,penemuan bnda baru dan penyelesaian masalah adalah sesuatu yg menyeronokkan.
  • Mendedahkan sikap berhati2 dan aspek bhya sesuatu objek.

No comments:

Post a Comment