Friday, December 26, 2014

2015

assalamualaikum..

Pada penghujung tahun 2014..negara mengalami banjir yang teruk..
kesiann..
ungkapan itulah yg sering kita dengari
tapi apakah kita langsung tidak menyedari petunjuk yang sudah terang lagi tersuluh..apakah kita tidak menyedari bahawa kita sudah makin menghampiri..
penghujung jalan yang telah ditetapkan
penamat segala kekayaan duniawi
disitula kita bakal bersemadi.

alhamdulillah atas kurnianya..kita masih di sini menghirup udara yang bersih.

                                       
Sekarang kita sudah menganjak ke tahun 2015...alhamdulillah kita masih setia bertapak dibumi yang nyata ini,walaupun tahun 2014 tahun yang banyak dugaan..namun kita patut bersyukur atas semua perkara yang berlaku...ada hikmah disebalik semua kejadian yang allah telah turunkan..

SEmoga tahun 2015 ini kita dapat menmafaatkan segala kurniaan yang telah diberikan..

Thursday, December 18, 2014

Bibir kering

Assalamualaikum..

dah lama tak mencoret ke dalam blog ni kan..
Setelah sekian lama mendiamkan diri akhirnye diri ini mula mencoretkan jemari untuk mengakhiri penghujung tahun 2014 dengan menitip seribu kata dalam blog...
Now is 18/12/2014..
lagi beberapa hari kita akan melangkah ke tahun baru 2015..
Apa azam baru uolss?...

opssss!!!...
berbalik pada tajuk kita kat atas tuhhh..
pernah tak uolsss mengalami masalah ni?...
bibir kering?...terasa pedih je..sometimes ase cam luka pun ada kannn!..

PUNCA???....

  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangnya minum air.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.
  • Demam

CARA MENGATASI..

  • ·        Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari 
  • ·        Pilih sayur dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral 
  • ·        Jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam 
  • ·        Sapukan madu sebelum tidur 
  • ·        Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah 
  • ·        Sapu mentega/Vaseline pada bibir sebelum tidur bagi mengekalkan tahap     kelembapan 
  • ·        Jangan menjilat bibir.
  • ·        Gunakan Aloevera 




PETUA TRADISIONAL

  • Sapu dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan.
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.
Good Luck Uolss..
 #Pasni ni kna minum air bebanyak..takmo bibir kering ag..

Friday, November 7, 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .



                              Assalamualaikum...
                             Bismillahirahmannirahim..            


Mukadimah utama ambe...
Pemanis mulut sebelum berkata-kata..

Lazada..

Sebut tentang lazada ni,mesti oullss sudah sedia maklum kannn tentang adanya online shopping selain daripada Zalora. Memang terbaikkk oullsss!!...Nak beli barang?...order je dekat LAZADA,.

alamakkk..
panjang beno pulak ceta sal lazada ni kan!!!!!!....

ni arrr nak cetaa...
nak joint contest takkk..



                                 
Contest by Emas Putih


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 







Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Thursday, November 6, 2014

Jovian Mandagie

Assalamualaikum...
Hiiii uolllssss...
Dah lama tak mencoret kat blog ni kann..
Arhhhh ni nak habaq
Kenai tak jovian mandagie?...alorrrr pereka fesyen terkenaiii tu....
Baru-baru ni...jovian mandagie telah membuka restoran baru...
ROA restaurant
Bertempat di SEKSYEN 7
Me and Nurul
The Best Part of this place..



Nasi Goreng Roa

Mee Cakalang



the best part of...this couple.. :)

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen

         
                                            
         
Mini lucky draw blog xdramaqueen

                 




Helooo...
Giveaway lagii...
hati melonjak2 nak mencuba....ada rezeki ke tak..belakang cerita..yang penting kita enjoy nak joint giveaway ni..

Giveaway kali ni dari

http://ayunirafilah.blogspot.com/2014/11/mini-lucky-draw-blog-xdramaqueen.html
...nak taw lebih lanjut sila klik link ni ye..

Tarikh tutup Giveaway : 30 Nov 2014

Wednesday, October 8, 2014

Liebster Award

LIEBSTER AWARD


Assalamualaikum to all readers



Bila hati mula kebosanan tetiba je hati teringin nak update blog...
and guess what.....someone tag saya LIEBSTER AWARD..waaaa tak sabo nak menjawab soalan yang diberikan.. thanks for Khairina Aida ...



The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:

  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller follwers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.

Start for Question..
Cam best jew..hihi tak sabo nak memulakannya...
  1. Haiwan/serangga apa yang paling dibenci n why?
  2. Bila tak ada kerja,biasanya buat apa selain update blog.
  3. Macam mana boleh terjebak dalam dunia blogging n bila start blogging.
  4. Tempat paling yang ingin pergi.
  5. Kenangan yang paling bengap sekali dalam hidup korang.
  6. Korang tangan kidal ke tangan kanan.
  7. Hobi selain berblogging.
  8. Pendapat korang tentang blog sendiri.
  9. Cerita kartun yang paling korang suka dari kecik hingga sekarang.
  10. Suka baca novel tak?.Hehew.
  11. Pendapat korang tentang blog ni.

The answer is.....

  1.  Haiwan /serangga yang paling dibenci???.....hurm apa erkkkk....bagi saya benci takde la sangat tapi tak suka maybe ye...nak taw tak!!...saya paling tak suka anjing...bcoz y...waktu sya kecik2 dulu (tapi tak ingatla darjah berapa waktu tu)...saya telah digigit anjing..errrrr....kesannnyerrr sampai sekarang....nampak anjing pun dh mula takut.. 
  2. Bila tak de kje?...biasanye saya suka baca novel....dan terkadang tu saya lebih suka menghabiskan masa dengan internet.
  3. Saya start terjebak dalam dunia blogging waktu saya study n teringin nak share ilmu dengan orang lain disamping ingin mencoretkan pelbagai rintihan hati yang terlalu mudah untuk ungkapkan..
  4. Tempat yang saya nak pergi ialah mekah...teringin sangat nak pergi....insyallah satu hari nanti pasti akan tercapai impian ni..
  5. Kenangan yang paling bengap????....hurmmmmmm malu n segan je ase bila nak ingat kenangan tu.....dulu waktu sekolah menengah saya aktif bersukan...n dipendekkan cerita,..one day before ktorg mulakan latihan...saya duduk di pentas utama dengan cikgu n kawan2 yang lain (ada 3org mbe,n 2 org cikgu)..waktu nak turun dr pentas utama secara tiba2...track suit saya tersangkut pada paku n koyakkk..ya allahhh malunye ...hnya saya n mereka je yang tahu cmna situasi saya ketika itu....huhuhu..bg saya ni la kenangan paling bengap yang tknk ingat...huhuhu
  6. Saya tangan kanan..
  7. Hobi??....law tak baca novel...lyn internet...saya akan menjahit manik ...
  8. Pendapat tentang blog sendiri???....bagi saya..blog saya masih kurang memuaskan n kena belajar banyak lagi...
  9. Saya suka tengok doremon...one piece...
  10. Of cosss la sukaaa.....spi tak muat rak...
  11. Blog awk cantik..i like...comel n kemas..
Saya dh jawab soalan  Khairina Aida
...next!!..my turn pulak...

this question for:


  1. Sapa tokoh  yang korang ingin contohi
  2. Siapa cikgu sekolah tabika korang?..
  3. Apa kenangan yang paling manis dan sukar untuk dilupakan..
  4. Andai diberi pilihan...antara kucing dan arnab..yang mana korang suka and why?.
  5. Tajuk novel pertama yang korang baca
  6. Apakah impian yang anda inginkan?...
  7. Tempat paling best korg pernah lawati
  8. Apa perkataan yang korang selalu sebut bila korang marah
  9. Pendapat korang tentang pendidikan kanak-kanak masa sekarang
  10. Pendapat korang tentang blog ni..
  11. Tema wedding korang warna apa?..

Bila dah jawab...
Tag 11 orang yang lain pulak yang korang rasa blog diorg tu berpontensi dan followers under 500.


Thursday, September 4, 2014

Bunga tisu

Tisu????
Biar betul???..
Pelik tapi itulah hakikatnya...
Nak buat bunga telur menggunakan kertas tisu?...
Mudah je...
Namun nak buat bunga tisu kenala mempunyai tahap kesabaran yang tinggi..
Kenapa????
Tisu adalah kertas yang teramat nipis Dan terlalu sensitif,Dan cepat koyak..
Bahan-bahan yang diperlukan:
*tisu
*gunting
*dawai/Riben
First step:
1.Tisu di lipat dua
3.lipat tisu macam kipas...anggaran tu uolls agak2 sendiri ye..
4.ambik dawai Dan ikat kat tengah2.
5.Potong kedua-dua bucu mengikut bentuk yang dikehendaki.
6.tarik Dan kembangkan kelopak satu persatu...masa tarik ni kenala sabar ye..tarik n kembangkan hingga membentuk satu bunga
And lastly...jadilah bunga tisu yang cantik...
Mudah,jimat dan memuaskan.


Wedding tyme....

Opsssss!!!!...
Confius jap bila tengok ayat kat atas tu...
Bila mbr kawen org lain plak yg over excited...huhuhu,kadang2 Hati ni seringkali juga tertanya bila pulak turn aku??....hurmmmmm
Soalan ni la yang terlalu sukar untuk diberikan penjelasan...
Namun kita sebagai hamba Allah sentiasa akur dan sabar akan takdir yang telah direncanakan buat diriku....
Ayat sedih la plakkk.....
Alhamdulillah...
Sahabatku dh jadi seorang isteri..semoga menjadi isteri yang solehah...hihihi
Pasni when my turn aok plak yang kerja keras ye....hihihi...
Tamat dah episod story tentang aok...


Wednesday, July 9, 2014

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK)

Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERIS iaitu jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial berdasakan keppercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kurikulum Kebangsaan 

Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran , norma , nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani,mental dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.....
                                             Akta Pendidikan 1996




Kucing Comel










Madah Pujangga

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...




GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY


Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:














Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

Thursday, June 5, 2014

Matematik Prasekolah

Konsep Awal Matematik

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan dengan
matlamat untuk memperkembang dan menyuburkan potensi kanak-kanak yang secara
menyeluruh dan seimbang meliputi segenap aspek perkembangan sama ada fizikal,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses ini berupaya dicapai melalui persekitaran
pembelajaran yang kondusif, selamat dan ceria serta disokong oleh pelaksanaan aktiviti
yang kreatif, menyeronokkan dan bermakna. Dalam konteks ini, peluang yang sama rata
akan diberikan kepada semua kanak-kanak untuk memperkembangkan potensi diri
melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancangkan.
Prinsip utama yang diguna pakai dalam KSPK adalah berdasarkan kepada
pendekatan dan kandungan pembelajaran yang relevan dengan peringkat perkembangan
kanak-kanak serta turut mengambil kira perbezaan potensi antara individu. Adalah
diharapkan melalui pelaksaaan KSPK akan memberi kesempatan kepada kanak-kanak
memperoleh konsep dan kemahiran asas secara holistik yang berupaya menjana asas
yang kukuh dalam proses kesinambungan pembelajaran di sekolah rendah kelak.
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak
berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia
merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehidupan seharian dengan lebih
sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.
Pengalaman yang diberikan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep pra nombor,
nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.
Guru hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tersusun bagi
mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan dan memastikan pengalaman
pembelajaran yang bermakna, menggembirakan, berkesan serta memberi motivasi kepada
murid untuk belajar.

 Konsep Pra Nombor 
Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal yang perlu
diperkenalkan kepada kanak- kanak sebelum memperkenalkan murid dengan konsep
nombor. Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-kanak adalah
penting bagi membina sikap positif terhadap Matematik. Pendekatan yang dirancang rapi
sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi. Kanak- kanak
memerlukan banyak pengalaman “hands-on” dan “menyebut” sebelum kemahiran
menulis nombor. Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak telah mula mengajuk patah-patah
kata yang didengar di sekelilingnya. Contohnya “satu”, “dua”, “tiga” dan seterusnya.
Konsep pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian
iaitu :-
i. Pengelasan
ii. Perbandingan
iii. Seriasi
iv. Padanan satu dengan satu
v. Pola
vi. Keabadian

Pengelasan 
Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan
ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan
mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek tersebut boleh
dilakukan berdasarkan kepada :-
a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk)
b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz )
c) Tiga ciri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz )
d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu )
Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting bagi membentuk konsep nombor. Oleh
itu, prses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :-
a) Memilih dan membanding
b) Mengumpul
c) Memilih semula
d) Mengasingkan kumpulan
e) Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep
 Perbandingan
 Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas
perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita
membandingkan ciri- ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk
memastikan murid- murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan
seperti banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan digunakan ialah :-
Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi : Rendah , Tebal : Nipis )
Saiz ( Besar : Kecil )
Berat ( Berat : Ringan )
Bilangan ( Banyak : Sedikit )

Seriasi 
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan
berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid mencari
pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang
lain. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan
pengelasan. Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna.
Contoh seriasi yang biasa dilakukan adalah seperti berikut:
i) Menyusun mengikut pola urutan
Kecil  Besar , Nipis  Tebal , Rendah  Tinggi
 Pendek  Panjang , Sempit  Luas
ii) Menyusun objek mengikut cirri bentuk, saiz, warna dan sebagainya.

 Padanan Satu Dengan Satu
 Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara
objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada :
i) konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk,
bilangan, pasangan dan sebagainya.
ii) konsep objek dengan nombor.
iii) konsep nombor dengan nombor.
Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti berikut:
a. Memadan benda yang berpasangan yang sama (kasut)
b. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama (sudu dan garpu)
c. Memadan bilangan yang sama
d. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor

Pola
 Salah satu aspek dalam Matematik adalah mengkaji pola. Contohnya dalam
kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan ada waktu malam. Terdapat empat cara
bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid:
a) Meniru pola
b) Menyambung pola
c) Melengkapkan pola
d) Membina pola sendiri

Keabadian 
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim,
isipadu dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan
murid- murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau
diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.

Wednesday, November 20, 2013

Sains kanak-kanak

SAINS

Isaac Asimov ”Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam persekitaran”.

Brewer,1995“Sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu,minat dan proses penyelesaian masalah”.

Sains adalah proses memerhati,berfikir, dan membuat perkaitan Antara satu tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak,sains adalah satu proses pembelajaran yang dapat mengalakkan kanak2 memperoleh pengetahuan fakta sains ,mengalakkan perasaan ingin tahu,meneroka persekitaran,meramal,memerhati,menjalankan ujikaji dan membuat inferensi.

Objektif pembelajaran sains
  •  Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran sains
  •    Memperkembangkan sikap ingin tahu dan menyiasat
  •   Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalahdalam kehidupan harian(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003)
  •  Membolehkan kanak-kanak meneroka dan menyiasat berbagai bahan dan fenomena dengan lebih luas
  • Membolehkan kanak-kanakterlibat secara aktif dlm proses sains
  • Mengalakkn kanak-kanak menggunakan pengetahuan fakta
  • Membantu kanak2 memahami cara kerja seorang ahli sains berkaitan dengan kehidupan harian.

Kaedah dan ciri pengajaran dan pembelajaran sains
  •   Sediakan meja ataupun sudut sains di dalam kelas.
  •       Rancang pembelajaran di dalam kelas-aktiviti
  •       Lawatan di sekitar kelas dan luar kelas
  •       Mengabung jalin dengan komponen pembelajaran lain-pengajaran bertema

 Kepentingan pembelajaran sains pada kanak2
  • Menyumbang dlm perkembangan intelek kanak2 (Harlan,1992).Sains    melibatkan pelbagai proses.
  •  Mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan merekodkan disamping meningkatkan kosa kata
  •  Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelaskan
  •  Mengukuhkan perkembangan social dan emosi di mana proses sains dapat mengalakkan interaksi,berkerja dlm kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri contohnya semasa membuat eksperimen.
  •  Pengelibatan kanak2 dlm penerokaan,penemuan bnda baru dan penyelesaian masalah adalah sesuatu yg menyeronokkan.
  • Mendedahkan sikap berhati2 dan aspek bhya sesuatu objek.

Friday, November 1, 2013

Kasut tumit tinggi..

Gadis mana yang tidak mahu kelihatan bergaya apabila berhadapan orang ramai. Penampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan di wajah dan berkasut tumit tinggi.
Tunggu! Kenapa gaya menarik wajib dipadankan dengan kasut tumit tinggi? Adakah wanita yang memakai kasut rata berperwatakan membosankan?
Sebahagian wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka bertemu orang ramai. Ada juga yang menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka kelihatan seksi, lebih tinggi dan menyerlah dalam kumpulan, malah tidak kurang juga mengatakan memakai kasut tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.

Tapi perlu diingat, tidak semua gadis suka kasut tumit tinggi. Ada yang gemarkan ‘sneakers’ dan kasut jenis bertapak rata kerana lebih mudah bergerak. Dan tidak boleh disangkal apabila makin banyak fesyen dan reka bentuk kasut dicipta untuk mempelbagaikan lagi gaya golongan jenis ini. Sama ada berjenama atau biasa, akan wujud daya penarik tersendiri.

Cukup hanya sepasang

Jika kasut tumit tinggi dikaitkan gaya elegan, tapi lain kisahnya dengan kasut tapak rata dan ‘sneakers’. Apapun, cita rasa setiap manusia berbeza-beza. Bagi mereka yang lebih meminati ‘sneakers’ atau kasut bertutup jenis bertali seperti kasut sukan, mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai gaya dan kenapa memilihnya. 

Pelajar yang juga pencinta kasut tapak rata jenis 'sneakers' , Izni Ain Fakhruddin, 23, berkata, dia menganggap kasut tumit tinggi sebagai aksesori bagi mereka yang lebih berusia. 

“Bagi saya, kasut tumit tinggi lebih sesuai bagi mereka yang berusia. Mungkin suasana kerja dan keinginan untuk nampak lebih sofistikated membuatkan mereka menganggap hanya kasut tumit tinggi penyelesaiannya. Tak bermaksud pelajar seperti saya tak perlukan kasut jenis ini tetapi cukuplah sekadar sepasang untuk dijadikan penyelamat ketika perlu.

“Walau kasar manapun perwatakan gadis dilabel ‘tomboy’ atau pengkid, saya yakin mereka akan tetap menyimpan sekurang-kurangnya sepasang kasut bertapak tinggi seperti ‘high heels’ atau ‘wedges’ untuk stok ketika keadaan memerlukan mereka memakainya seperti majlis konvokesyen dan sebagainya,” katanya.


Pilih selesa bukan gaya

Kasut tapak rata boleh dikatakan pesaing kepada kasut tumit tinggi. Jika tidak mahu kelihatan terlalu elegan, kasut tapak rata (flatshoe) dengan corak atau aksesori lain jadi pilihan. Ia boleh buatkan seseorang makin comel dan manis terutama apabila dipadankan dengan gaun paras lutut.

Disebabkan kasut jenis ini jadi pilihan kedua terbanyak dalam kalangan wanita, jadi wajarlah apabila ramai pereka kasut berlumba-lumba mengeluarkan rekaan terbaru. Bagi mereka yang kurang gemar kasut tapak tinggi, kasut ini dikatakan boleh membangkitkan keyakinan apabila digandingkan dengan pakaian sesuai. Tanpa mengira majlis formal atau tidak, kasut bertapak rata boleh disesuaikan di mana saja tidak seperti kasut tumit tinggi.

Bertanyakan kepada 10 orang gadis, rata-ratanya berpendapat kasut tumit tinggi membuatkan wanita nampak lebih bergaya, cantik dan yang penting lebih berkeyakinan. Mungkin juga faktor fesyen, media massa dan selebriti terkenal menggambarkan sebagai kasut tumit tinggi berada di tangga teratas, sekali gus mencipta persepsi kasut jenis ini perlu ada bagi setiap wanita.

Jika kebanyakan gadis seusia lebih menggemari kasut tumit tinggi, namun Farahida Anwar Syah, 21, pilihannya berbeza kerana lebih suka untuk memakai kasut tapak rata. Baginya dia lebih pentingkan keselesaan berbanding gaya. 

“Tak semestinya orang yang gemar pakai ‘flatshoe’ tak pandai bergaya. Bagi sesiapa yang cita rasa sama seperti saya, kami mengutamakan keselesaan walau dalam apa situasi sekali pun. Apa guna sanggup kejang kaki nampak terseksa semata-mata mahu kelihatan ‘ekstra’ cantik, tetapi hakikatnya terpaksa bertarung dengan kesakitan apabila pulang ke rumah,” katanya.

Penulis juga sama pendapat. Kasut jenis ini selesa dan kaki tidak akan sakit jika dipakai dalam jangka masa lama. Contohnya jika bertugas sebagai jurujual yang terpaksa berdiri selama lebih tujuh jam, tak wajar sekiranya kasut tumit tinggi jadi pilihan.


Gaya kasut tumit tinggi terhad

Tabiat memakai kasut tumit tinggi selalunya dipengaruhi keadaan sekeliling. Jika bekerja dalam suasana formal dan memerlukan anda berhias seperti eksekutif, tanpa sedar, kasut tumit tinggi akan semakin bertambah dalam koleksi kasut.

Ada berpendapat pemakaian kasut tumit tinggi membuatkan pergerakan seseorang terhad. Mungkin ada benarnya. Pandangan ini dikongsi jurujual atas talian, Husna Hassan, 27, dengan menjelaskan tidak ramai gadis remaja yang gemar mengenakan kasut tumit tinggi ketika ini memandangkan trend ‘boots’, ‘sneakers’ atau kasut jenis tapak rata lebih mengungguli pasaran.

Malah menurutnya, ‘flatshoe’ menjadi trend terkini dan ramai dalam kalangan pelanggannya juga banyak memesan kasut ini berbanding tumit tinggi.

“Saya sendiri gemarkan kasut tapak rata kerana lebih mudah nak berjalan dan kaki kurang sakit bila berjalan jauh. Walaupun berstatus penjual pakaian dan aksesori wanita, saya akui saya tergolong dalam kumpulan gadis yang kurang meminati kasut tumit tinggi.

“Banyak stok kasut yang didatangkan dari Korea dan China saya jual kepada pelanggan, tetapi kebanyakannya terdiri daripada kasut tapak rata. Penggayaan kasut tumit tinggi terhad, ia tak boleh dipakai ketika ke pasar borong, berjalan di taman atau ulang alik kerja dengan menaiki kenderaan awam,” katanya.


Jangan terlalu obses

Menurut kajian pakar kesihatan, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya. Ia mampu menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Disenaraikan beberapa kesan lain yang mungkin berlaku kepada mereka yang obses berkasut tumit tinggi:

Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.

Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Kecacatan Haglunds juga sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.