Sila wassup 0174844604
Tuesday, May 26, 2015
Friday, May 1, 2015
Kisah mereka
Genap 3 tahun pemergian mereka ke alam lain...
Kami dikejutkan bila si abang sakit perut dan dimasukkan ke hospital Kuala penyu ..Dan kebetulan pada hari yang sama si adik nak ke kl...flight pada waktu malam tu.. namun hajat untuk ke kl malam tersebut terpaksa dibatalkan apabila si adik dimasukkan ke hospital kota kinabalu pada malam yang sepatutnya si adik menaiki flight ke Kuala lumpur..tarikh yang sama cuma waktu yang berlainan.
Mereka berdua masuk hospital pada hari yang sama namun waktu yang berbeza...
Alhamdulillah...kami dikhabarkan berita vs gembira apabila si abang telah dikeluarkan Dari hospital...namun si adik masih di dalam wad...
Si abang mengajak keluarga keluar pergi pekan... makan angin katanye...namun si isteri cuma mampu menolak...anak2 menemani si abang untuk berjalan bersama...teman2 si abang berasa pelik bila si abang pendiam bukan seperti selalu..si adik seorang yang
suka bergurau,banyak cakap n peramah...namun teman2 tak berfikiran negatif kerana teman2 taw si abang baru je keluar Dari hospital...
Awan cerah tapi hati kelabu...jam 11.00pagi kami dikhabarkan si adik sudah pergi meninggalkan si abang....anak sedara si adik n si abang mengajak si abang untuk melawat si adik...namun Oleh kerana si abang pun tak sihat maka si abang menolak....
kami Dari kejauhan cuma mampu menyedekahkan alfatihah kepada arwah si adik...jam 12.30 tengahari kami terima panggilan daripada mama bila si abang dimasukkan ke hospital...wad ICU.....jantung berdegup kencang DOA tak henti kami ungkapkan....
Ku sangkakan cerah sampai ke petang namun hujan mula membasahi bumi...
kebetulan ahli keluarga yang lain membawa balik jasad si adik Dan sedang sibuk mempersiapkan peralatan untuk seadik...tiba2 kami sikejutkan dengan pemergian si abang.... keluarga lain terpinga2...sanak sedara bergegas ke rumah si abang Dan mempersiapkan apa yang patut...
KAMI...
Terdengar berita si abang meninggalkan kami sekeluarga....airmata mula membasahi pipi...sedih Ku rasa bila si abang pergi dengan si adik...
alhamdulillah...
kami sempat menaiki flight jam 6 pagi Dan sampai kat kampung sebelum zuhur....
Ku tatap muka si abang buat Kali terakhir...ku ciumi dahinya buat Kali terakhir Dan Ku hantar si abanh buat Kali terakhir seperti mana si abang menghantarku buat Kali terakhir...
akhirnya si abang dikebumikan bersebelahan dengan si adik....adik Dan abang pergi Dan pulang bersama...Dari dia kita datang Dan kepada dia Jg la kita kembali ....
semoga Roh mu dicucuri seribu rahmat..
Wednesday, March 18, 2015
hurting and crying...
Assalamualaikum
dah berhabuk rasanya blog ni...dh lma tak singgah mencoret kat sini....
arrrghhh!!!!
stress sungguh tuhhhh.. :)
SAKITNYA TUH DI SINI!!!
mesti uolls pnh dgr lagu tu knnnn...lagu famous kowttt!!!
sampai anak sedara yg umur 3tahun boleh hafal lagu tuhh!...
cam pelikkn..
apa pulak kena mengena lagu tu ngn coretan kali ni?...
Hati perempuan sensitive Sgt!!.bnda kecik pun nak nangis....seriously I'm crying..just because bnda kecik...alahai la Hati..mudahnya la mencairkan diri...umpama lilin gitu....
kadang2 setiap perkara yang berlaku mematangkan fikiran kita sebagai MA USIA...namun apalah daya...airmata tetap berdegil Jua...
wahai insan sejenisku...andai terasa nak nangis keluarkanla airmata andainya ITU mampu mengurangkan rasa sakit Hati...
and after nangis ....moved on LA....
menangis adalah sahabat setia seorang wanita.
#awanseakan2menangisidiriku#
Tuesday, January 27, 2015
Tips jika terkena minyak panas
Law baca kat tajuk tu nama cam panas je topik ni kann!...tapi sebenarnya tak de la hottt sangat..actually lebih kepada nak sharing dengan uolss semua..
Hari sabtu lepas..
dengan penuh kerajinan dan semangat yang begitu membuak2..me and my niece..so excited nak buat donat..
Alahai la donat...
Lepas je gaul n ngn mauripan....saya biarkan selama beberapa minit..nak bagi adunan tu kembang la katanyeer....ntah cmna n berapa lama adunan tu terbiar kembang,saya pun tak ingat...when i see adunan tu dh kembang..n saya terus memasukkn ke dalam kuali yg dh sedia untuk menggorengnya..
Alhamdulillah trip pertama tak de masalah...but trip yg ketiga(..cam banyak pula donat yang saya masak kann...,bagi kat jiran sebelah)..tetiba je donat tu pecah n minyak memercik..(dunno how to explain,mybe donat tu terlalu kembang)..dengan tetiba tangan saya yang halus dan gebu ni menjadi mangsa percikkan minyak tadi...
Lepas je kna minyak tadi..saya terus berlari ke bilik air n terus mencuci tepat yang terkena minyak dengan air dan terus meletakkn colgate(ubat gigi)...Lantas chef diambil alih oleh anak sedara saya..hihi anak sedara saya pun kena gak..kat muka n tangan (tapi takde la teruk n tak banyak)..
Today.....27/1/2015 bersamaan hari selasa...
Tido tak lena..n tangan pula gatal ase cam nak garu2 je..tapi terpaksa la kawal..n untuk mengawal kegatalan yang bermaharajalela saya letakkn minyak gamat.Kawan kata elok tuk mengeringkan kesan tu dengan cepat..Pastu sorang kawan plak kata..pergila letak kicap...KICAP????...OMG BIAR BETUIIII...saya ikutkan petua yang diberitahu oleh sahabat tadi....kena buat n praktikkan selalu if uolss nak kesan minyak tu cepat sembuh..
Tips jika terkena minyak panas @ air panas
- cuci tepat yang terkena air @ minyak panas dengan air paip..law boleh ambik masa yg lama sikit...pastu letakkan colgate ataupun kicap di yang terkena minyak panas.
- Ambil putih telur dan sapukan pada kesan melecur.
- Elakkan makan telur..akn mengakibatkan kegatalan yang boleh menyebabkan kita asyik nak garu je dan jadi luka.
Friday, January 23, 2015
Jhon Dewey
Pemikiran John Dewey Tentang Pendidikan
Pemikiran John Dewey banyak dipengaruhi oleh teori evolusi Charles Darwin (1809-1882) yang mengajarkan bahwa hidup di dunia ini merupakan suatu proses, dimulai dari tingkatan terendah dan berkembang maju dan meningkat. Hidup tidak statik, melainkan bersifat dinamik. Semuanya dalam perkembangan. Pandangan Dewey mencerminkan teori evolusi dan kepercayaannya pada kapasiti manusia dalam kemajuan moral dan lingkungan masyarakat, khususnya melalui pendidikan.
Menurut Dewey, dunia ini penciptaannya belum selesai. Segala sesuatu berubah, tumbuh, berkembang, tidak ada batas, tidak statik, dan tidak ada finalnya. Bahkan, hukum moral pun berubah, berkembang menjadi sempurna. Tidak ada batasan hukum moral dan tidak ada prinsip-prinsip abadi, baik tingkah laku mahu pun pengetahuan.
Pengalaman adalah salah satu kunci dalam falsafah instrumentalisme. Pengalaman merupakan keseluruhan aktiviti manusia yang mencakup segala proses yang saling mempengaruhi antara organisma yang hidup dalam lingkungan sosial dan fizik. Falsafah instrumentalisme Dewey dibangun berdasarkan andaian bahawa pengetahuan berpangkal dari pengalaman-pengalaman dan bergerak kembali menuju pengalaman. Untuk menyusun kembali pengalaman-pengalaman tersebut diperlukan pendidikan yang merupakan transformasi yang diawasi dari keadaan tidak menentu ke arah keadaan tertentu. Pandangan Dewey mengenai pendidikan tumbuh bersama dengan kerjanya di makmal sekolah untuk anak-anak di University of Chicago. Di tempat ini, Dewey mencuba untuk mengupayakan sekolah sebagai segolongan masyarakat yang menggunakan pengalaman. Dengan model tersebut, pelajar dapat melakukan sesuatu secara bersama-sama dan belajar untuk memantapkan kemampuannya dan keahliannya.
Sebagai tokoh pragmatisme, Dewey memberikan kebenaran berdasarkan manfaatnya dalam kehidupan praktik, baik secara individual mahu pun kolektif. Oleh kerana ia berpendapat bahwa tugas falsafah memberikan garis-garis arahan bagi perbuatan. Falsafah tidak boleh tenggelam dalam pemikiran metafizik yang sama sekali tidak berfaedah. Falsafah harus berpijak pada pengalama serta mengolah pengalaman tersebut secara aktif dan kritis. Dengan cara demikian, falsafah menurut Dewey dapat menyusun norma-norma dan nilai-nilai dalam masyarakat .
Dalam menghadapi industrialisasi Eropah dan Amerika, Dewey berpendirian bahawa sistem pendidikan sekolah harus diubah. Sains, menurutnya, tidak mesti diperoleh dari buku-buku, melainkan harus diberikan kepada pelajar melalui praktik dan tugas-tugas yang berguna. Belajar harus lebih banyak difokuskan melalui tindakan dari pada melalui buku. Dewey percaya terhadap adanya pembahagian yang tepat antara teori dan praktik. Yang dimaksud di sini bukan berarti ia menyeru anti intelektual, tetapi untuk mengambil kelebihan fakta bahwa manusia harus aktif, penuh minat dan siap mengadakan eksplorasi.
Dalam masyarakat industri, sekolah harus merupakan medan bengkel yang membantu komuniti. Pelajar haruslah ditekankan pada praktik dan ujian dan sentiasa mencuba. Akhirnya, pendidikan harus disusun kembali bukan hanya sebagai persiapan menuju kedewasaan, tetapi pendidikan sebagai kelanjutan pertumbuhan pemikiran untuk menerangi hidup. Sekolah hanya dapat memberikan kita alat pertumbuhan mental, sedangkan pendidikan yang sebenarnya adalah saat kita telah meninggalkan bangku sekolah, dan tidak ada alasan mengapa pendidikan harus berhenti sebelum kematian menjemput.
Tujuan pendidikan adalah untuk kecekapan sosial dengan cara memberikan kemampuan untuk menyertai dalam kegiatan-kegiatan demi pemenuhan kepentingan dan kesejahteraan bersama secara bebas dan maksimum. Tata susunan masyarakat yang dapat menampung individu yang memiliki kecekapani di atas adalah sistem demokrasi yang didasarkan atas kebebasan, asas saling menghormati kepentingan bersama, dan asas ini merupakan kawalan sosial. Mengenai konsep demokrasi dalam pendidikan, Dewey berpendapat bahawa dalam proses belajar ,pelajar harus diberikan kebebasan mengeluarkan pendapat, aktif dan tidak hanya menerima pengetahuan yang diberikan oleh guru. Begitu pula, guru harus menciptakan suasana agar pelajar sentiasa merasa haus akan pengetahuan. Masyarakat yang demikian harus memiliki semacam pendidikan yang memberikan minat individu kepada individu dalam hubungan kemasyarakatan dan mempunyai pemikiran yang menjamin perubahan-perubahan sosial.
Dasar demokrasi adalah kepercayaan dalam kapasitinya sebagai manusia. Iaitu, kepercayaan dalam kecerdasan manusia dan dalam kekuatan kelompok serta pengalaman bekerjasama. Hal ini tidak dapat dinafikan bahawa semua dapat menumbuhkan dan membangkitkankemajuan pengetahuan dan kebijaksanaan yang diperlukan dalam aktiviti bersama. Idea kebebasan dalam demokrasi bukan bermakna hak bagi individu untuk berbuat sekehendak hatinya. Dasar demokrasi adalah kebebasan pilihan dalam perbuatan (serta pengalaman) yang sangat penting untuk menghasilkan kebijaksanaan. Bentuk-bentuk kebebasan adalah kebebasan dalam berkepercayaan, mengekspresikan pendapat, dan lain-lain. Kebebasan tersebut harus dijamin, sebab tanpa kebebasan setiap individu tidak dapat berkembang.
Falsafah tidak dapat dipisahkan dari pendidikan, kerana falsafah pendidikan merupakan rumusan secara jelas dan tegas membahas masalah kehidupan mental dan moral dalam kaitannya dengan menghadapi tentangan dan kesulitan yang timbul dalam realiti sosial dewasa ini. Masalah tersebut jelas memerlukan pemecahan sebagai solusinya. Pikiran dapat dipandang sebagai instrumen yang dapat menyelesaikan masalah dan kesulitan tersebut. Di dalam falsafah John Dewey disebutkan adanya “experimental continuum” atau rangkaian kesatuan pengalaman, iaitu proses pendidikan yang bermula dari pengalaman menuju idea tentang kebiasaan (habit) dan diri (self) kepada hubungan antara pengetahuan dan kesadaran, dan kembali lagi ke pendidikan sebagai proses sosial. Kesatuan rangkaian pengalaman tersebut memiliki dua aspek penting untuk pendidikan, iaitu hubungan lanjutan individu dan masyarakat serta hubungan lanjutan fikiran dan benda.
Dewey menjadi sangat terkenal kerana pandangan-pandangannya tentang falsafah pendidikan. Pandangan-pandangan yang dikemukakan banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan moden di Amerika. Ketika ia pertama kali memulakan eksperimennya di Universiti Chicago, ia mulai mengkritik tentang sistem pendidikan tradisional yang bersifat determinasi. Sekarang ini, pandangannya tidak berlaku di Amerika tetapi juga di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.
Bagi Dewey, kehidupan masyarakat yang berdemokratis adalah dapat wujud bila dalam dunia pendidikan hal itu sudah terlatih menjadi suatu kebiasaan yang baik. Ia mengatakan bahawa idea pokok demokrasi adalah pandangan hidup yang dicerminkan dengan perluanya penglibatan dari setiap warga yang sudah dewasa dalam membentuk nilai-nilai yang mengatur hidup bersama. Ia menekankan bahawa demokrasi merupakan suatu keyakinan, suatu prinsip utama yang harus diterangkan dan dilaksanakan secara sistematik dalam bentuk aturan sosial politik. Sehubungan dengan hal tersebut maka Dewey menekankan pentingnya kebebasan akademik dalam lingkungan pendidikan. Ia dengan secara tidak langsung menyatakan bahawa kebebasan akademik perlu untuk mengembangkan prinsip demokrasi di sekolah yang bertumpu pada interaksi dan kerja sama, berdasarkan pada sikap saling menghormati dan memperhatikan satu sama lain; berfikir kreatif, mencari penyelesaian atas masalah yang dihadapi bersama, dan bekerja sama untuk merancang dan melaksanakan penyelesaian. Secara implisit hal ini bererti sekolah demokratik harus menggalakkan dan memberikan peluang kepada semua pelajar untuk aktif mengambil bahagian dalam membuat keputusan, merancang kegiatan dan melaksanakan rancangan tersebut.
B. Fungsi dan Tujuan Pendidikan.
Dewey sangat menganggap penting pendidikan dalam rangka mengubah dan membaharui suatu masyarakat. Ia begitu percaya bahawa pendidikan dapat berfungsi sebagai cara untuk peningkatan keberanian dan pembentukan kemampuan inteligensi.Dengan itu, dapat pula diusahakan kesedaran akan pentingnya penghormatan kepada hak dan kewajipan yang paling asas dari setiap orang. Baginya ilmu pendidikan tidak dapat dipisahkan daripada falsafah. Maksud dan tujuan sekolah adalah untuk membangkitkan sikap hidup yang demokratik dan untuk mengembangkannya.Pendidikan merupakan kekuatan yang boleh dipercayai untuk menghancurkan kebiasaan yang lama dan membina kembali yang baru.
D. Kaedah Pendidikan
Untuk memahami pemikiran John Dewey, kita harus berusaha untuk memahami titik-titik lemah yang ada dalam dunia pendidikan itu sendiri. Ia secara realistik mengkritik amalan pendidikan yang hanya menekankan pentingnya peranan guru dan mengenepikan peranan para pelajar dalam sistem pendidikan. Penyiksaan fizikal dan indoktrinasi dalam bentuk penerapan doktrin-doktrin menghilangkan kebebasan dalam pelaksanaan pendidikan. Dewey mengadakan penyelidikan mengenai pendidikan di sekolah-sekolah dan cuba menerapkan teori pendidikannya dalam amalan di sekolah-sekolah. Hasilnya, ia meninggalkan pola dan proses pendidikan tradisional yang bergantung kemampuan mendengar dan menghafal. Sebagai gantinya, ia menekankan pentingnya kreativiti dan penglibatan pelajar dalam semua bidang.
Pragmatisme sebagai suatu gerakan dalam falsafah lahir pada akhir abad ke-19 di Amerika. Kerana itu sering dikatakan bahawa pragmatisme merupakan sumbangan yang paling asli dari pemikiran Amerika terhadap perkembangan falsafah dunia.Pragmatisme dilahirkan dengan tujuan untuk menyelesaikan dua kecenderungan berbeza yang ada pada saat itu. Kedua-dua kecenderungan yang mahu diselesaikan itu ialah pertentangan yang terjadi antara "yang spekulatif" dan "yang praktis". Tradisi pemikiran yang spekulatif berpunca dari warisan falsafah rasionalistik Descartes dan berkembang melalui idealisme kritis dari Kant, idealisme mutlak Hegel serta sejumlah pemikir rasionalistik lain. Warisan ini memberikan kepada nisbah manusia kedudukan yang penting kerana mempunyai kekuatan instrinsik yang besar. Warisan ini pulalah yang telah mendorong para ahli falsafah dan saintis-saintis membina teori-teori yang mengunakan daya intelek spekulatif untuk mengerti dan menjelaskan alam semesta. Akan tetapi, di pihak lain ada juga warisan pemikiran yang hanya begitu menekankan pentingnya pemikiran yang bersifat amali semata (empirisme). Bagi kelompok ini, kerja nisbah tidak terlalu ditekankan sehingga nisbah kehilangan tempatnya. Nisbah kehilangan kreativitinya sebagai instrumen khas manusiawi yang mampu membentuk pemikiran dan mengarahkan sejarah. Hasil dari model pemikiran ini y munculnya ilmu-ilmu terapan. Termasuk di dalamnya Sains dan Teknologi .
Seperti yang sudah dijelaskan di atas, secara falsafah, pragmatisme berusaha untuk menyelesaikan dua aliran falsafah tradisional ini. Atas salah satu cara pragmatisme menyetujui apa yang menjadi keunggulan dari empirisme(pengalaman praktis). Hal-hal itu seperti:
a. Bahawa kita tidak pernah memiliki konsep yang menyeluruh tentang realiti,
b. Pengetahuan mengenai objek-objek material berpunca dari persepsi dengan perspektif yang berbeza-beza,
c. Diperlukan pemahaman multidimensi atau memerlukan pemahaman kepelbagaian.Jadi pemahaman menyeluruh mesti dilihat dalam kepelbagaian.
Selain sependapat dengan empirisme untuk beberapa hal di atas, pragmatisme juga sependapat dengan tradisi rasionalisme dan idealisme dalam hal keseluruhan nilai hidup, terutama moral dan agama memberi makna untuk hidup manusia.
Melihat apa yang ingin diselesaikan ini, pragmatisme mengangkat nilai-nilai positif yang ada pada kedua-dua tradisi tersebut. Prinsip yang dipegang kaum pragmatik iaitu tidak penting bahawa saya menerima teori ini atau itu yang penting ialah apakah saya mempunyai suatu teori atau nilai yang dapat berfungsi dalam tindakan.
JOHN DEWEY dan pragmatisme
Secara teori, gerakan pragmatisme bermula dari upaya formulasi yang dilakukan oleh Charles Sanders Peirce , meskipun kemudian pragmatisme dikembangkan oleh William James . Secara metodologi, pragmatisme akhirnya berjaya diserap oleh bidang-bidang kehidupan seharian di Amerika Syarikat berkat kerja keras John Dewey.Dewey memusatkan perhatiaanya pada masalah-masalah yang berkaitan dengan etika, pemikiran sosial dan pendidikan. Memang ada begitu banyak pandangan-pandangan para ahli falsafah yang berkaitan dengan bidang pragmatisme ini, akan tetapi ketiga tokoh di atas yang popular dan banyak dibicarakan dalam pembangunan pragmatisme. Peirce dipandang sebagai pengasas pragmatisme, James sebagai pemajunya dan Dewey sebagai orang yang melaksanakan pragmatisme dalam pelbagai bidang kehidupan.
JOHN DEWEY: KARYANYA
Karya-karya Dewey banyak mempengaruhi corak berfikir Amerika. Pengaruh ini juga banyak berasal dari buku-buku atau karya-karya yang dihasilkannya. Bukunya yang pertama iaitu Psychology yang diterbitkan dalam tahun 1891. Dalam tahun 1891, bukunya Outlines of a Critica Theory of etics diterbitkan. Tiga tahun kemudian, 1894, terbit lagi The Study Of etics: A Syllabus .Ketika ia berkarya di Universiti Chicago, berturut-turut ia menerbitkan My Pedagogic Creed (1897), The School and Society (1903), dan Logical Conditions of a Scientific Treatment of Morality (1903). Ia juga banyak menghasilkan uku-buku ketika berada di Universiti Colombia seperti Ethics (1908), How We Think (1910), The Influence of Darwin and Other Essays in Contemporary Thought (1910), School of Tomorrow (1915), Democraty and Education ( 1916), Essays in Experimental Logic (1916), Experience Recunstruction in Philosophy (1920), Human Nature and Conduct (1922), and Nature (1925), The Quest for Certainty (1929), Art as Experience (1934), A Common Faith (1934), Experience and Education (1938), Logic: The Theory of Inquiry (1938), Theory of Valuation (1939), Education Today (1940), Problem of Men (1946), dan Knowing and The Known (1949) .
Nampak jelas dari tulisan-tulisan Dewey bahawa ia menaruh minat besar dalam bidang logik, metafizik dan teori pengatahuan. Tetapi perhatian Dewey di bidang pragmatisme terutama dicurahkan pada realiti sosial daripada kehidupan individu. Hal ini nampak dalam tema-tema bukunya: pendidikan, demokrasi, etika, agama, dan seni.
PANDANGAN DEWEY TENTANG PENGALAMAN DAN PENGARUHNYA PADA CORAK BERPIKIR MANUSIA
Konsep kunci dalam falsafah Dewey adalah pengalaman. Pemahaman ini dipengaruhi oleh pemahaman kaum Hegelianisme tentang perkembangan pengalaman. Kaum Hegelian ini juga mempengaruhi pandangan Dewey dalam pemahamannya mengenai konsep sejarah dan kaedah dialog yang dikembangkannya dalam teori-teorinya tentang pendidikan sekolah. Bagi Dewey, pengalaman sebagai suatu yang bersifat personal dan dinamik dan kesatuan. Tidak ada pengalaman yang bergerak secara berasingan dan semua pengalaman itu memainkan suatu kerumitan sistem yang organik. Menurutnya, pemikiran kita bermula dari pengalaman-pengalaman dan menuju pengalaman-pengalaman. Gerak itu dibangkitkan segera dan kita dihadapkan dengan suatu keadaan yang menimbulkan persoalan pada dunia sekitarnya, dan gerak itu berakhir dalam masa beberapa perubahan dalam dunia sekitar atau dalam dunia kita.Pengalaman yang langsung bukanlah soal pengetahuan, yang terkandung di dalamnya pemisahan subjek dan objek, pemisahan antara pelaku dan sarananya. Di dalam pengalaman itu keduanya bukan dipisahkan, tetapi disatukan. Apa yang dialami tidak dipisahkan dari yang mengalaminya sebagai satu hal yang penting atau yang bererti.Jikalau terdapat pemisahan di antara subjek dan objek hal itu bukan pengalaman, melainkan pemikiran kembali atas pengalaman tadi. Pemikiran, itulah yang menyusun sasaran pengetahuan. Atas dasar ini pula, Dewey merumuskan tujuan falsafah sebagai memberikan garis-garis pengarahan bagi perbuatan dalam kenyataan hidup.Oleh kerana itu, falsafah tidak boleh tenggelam dalam pemikiran-pemikiran metafizik yang tidak bermanfaat. Dalam konteks ini, falsafah digunakan sebagai asas dan fungsi sosial. Menurutnya, kaum empiris telah beranggapan bahawa fikiran selalu menunjuk pada objek-objek dari alam, dan setiap idea selalu berkaitan dengan suatu realiti. Dengan kata lain, pengetahuan seakan-akan dibentuk selepas subjek berhadapan dengan atau memandang sesuatu di luar dirinya. Inilah yang disebut "a spectator theory of knowledge". Menurut teori ini, subjek pengetahuan bertindak bagaikan seorang penonton yang hanya dengan memandang untuk mendapatkan idea tentang objeknya. Inilah pandangan kaum rasionalis. Menurut pandangan ini, nisbah merupakan suatu instrumen untuk memperhatikan apa yang tetap dan pasti pada alam.Alam dan rasional adalah dua perkara yang berasingan dan berbeza.
Dewey beranggapan bahawa baik apa yang dibangunkan oleh kaum empiris mahupun kaum rasionalis terlalu statik di satu pihak dan terlampau mekanistik di lain pihak. Atas pengaruh Hegelian, Dewey mengakui bahawa antara manusia dan persekitaran semula jadi terdapat dialektika yang konfliknya "diselesaikan" dalam pengalaman. Hal ini disebabkan kerana setiap pengalaman adalah kekuatan yang berguna. Maksudnya, pengalaman merupakan pertemuan antara manusia dengan alam sekitar yang mengitarinya dan itu membawa manusia pada pemahaman yang baru.Pengalaman juga bersifat dinamik kerana persekitaran juga bercorak dinamik.Hakikatnya merupakan kekuatan yang dimiliki manusia untuk menghadapi persekitaran hidup yang terserap dalam pengalamannya. Dalam konteks ini, berfikir adalah suatu aktiviti inteligensi yang lahir kerana adanya pengalaman manusia dan bukan suatu akiviti yang terpencil dalam fikiran semata-mata. Menurut dewey ada dua jenis pemikiran iaitu yang membingungkan dan yang jelas dan segala masalah mudah diselesaikan
Hal ini mengandaikan bahawa aktiviti berfikir lebih luas dari sekadar aktiviti kognitif, iaitu meliputi keinginan-keinginan yang muncul dalam diri ketika berhadapan dengan persekitarannya. Inilah yang disebut Dewey teori instrumentalisme tentang pengetahuan.Yang dimaksudkan dengan teori instrumentalisme adalah suatu usaha untuk menyusun suatu teori yang logik dan tepat dari konsep-konsep, pertimbangan-pertimbangan, penyimpulan-penyimpulan dalam bentuknya yang bermacam-macam, dengan cara menyiasat bagaimana fikiran berfungsi dalam penentuan-penentuan yang berdasarkan pengalaman, yang mengenai kesan-kesan di masa depan. Teori ini juga yang mendorongnya untuk menyebut sistemnya dengan istilah instrumentalisme daripada disebut sebagai pragmatisme.
PANDANGAN DEWEY TENTANG MANUSIA DAN LINGKUNGAN SOSIALNYA.
Padangan Dewey tentang manusia bertolak dari konsepnya tentang situasi kehidupan manusia itu sendiri. Manusia adalah makhluk sosial, sehingga segala perbuatannya, entah baik atau buruk, akan diberi penilaian oleh masyarakat. Akan tetapi di lain pihak, manusia menurutnya adalah yang mencipta nilai bagi dirinya sendiri secara semula jadi. Masyarakat di sekitar manusia dengan segala lembaganya, harus disusun dan dibentuk sedemikian rupa sehingga dapat memberikan perkembangan semaksima mungkin. Itu bererti, peribadi seorang yang hendak berkembang selain berkembang atas kemungkinan semula jadi, perkembangannya juga turut disokong oleh masyrakat yang ada di sekitarnya dan mempunyai takdir yang tertentu.
Dewey juga berbicara tentang kejahatan manusia. Kejahatan bukanlah sesuatu yang tidak dapat diubah. Sebaliknya, kejahatan merupakan hasil dari cara tertentu manusia yang dibentuk dan dikondisikan oleh budaya.
Dewey juga menjadi sangat terkenal kerana pandangan-pandanganya tentang falsafah pendidikan. Pandangan yang dikemukakan banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan moden di Amerika. Ketika ia pertama kali memulakan eksperimennya di Universiti Chicago, ia telah mula mengkritik tentang sisitem pendidikan tradisional yang bersifat determinasi. Sekarang ini, pandangannya tidak hanya digunakan di Amerika, tetapi juga di banyak negara-negara lain di seluruh dunia.
Untuk memahami pemikiran John Dewey, kita harus berusaha untuk memahami titik-titik lemah yang ada dalam dunia pendidikan itu sendiri. Ia secara realistik mengkritik amalan pendidikan yang hanya menekankan pentingnya peranan guru dan mengenepikan para pelajar dalam sistem pendidikan. Penyikasaan fizikal dalam bentuk penerapan dokrin-dokrin menghilangkan kebebasan dalam pelaksanaan pendidikan. Tak lepas dari kritikannya juga iaitu sistem kurikulum yang hanya "ditentukan dari atas" tanpa memperhatikan masukkan-masukkan dari bawah.
Dewey sangat menganggap penting pendidikan dalam rangka mengubah dan membaharui suatu masyarakat. Ia begitu percaya bahawa pendidikan dapat berfungsi sebagai cara untuk peningkatan keberanian dan kedudukan kebijaksanaan . Dengan itu, dapat pula diusahakan kesedaran akan pentingnya penghormatan pada hak dan kewajipan yang paling asas dari setiap orang.Gagasan ini juga bertolak dari gagasannya tentang perkembangan seperti yang sudah di bahas sebelumnya. Baginya ilmu mendidik tidak dapat dipisahkan daripada falsafah.Maksud dan tujuan sekolah adalah untuk membangkitkan sikap hidup yang demokratik dan untuk mengembangkannya. Pendidikan merupakan kekuatan yang boleh dipercayai untuk menghancurkan kebiasaan yang lama, dan membina kembali yang baru. Bagi Dewey, lebih penting melatih fikiran manusia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, daripada mengisisnya secara sarat dengan formula yang pelbagai. Pendidikan harus pula mengenal hubungan yang erat antara tindakan dan pemikiran, antara eksperimen dan refleksi.
Saturday, January 17, 2015
Misi gagal
Assalamualaikum...
Misi mencari kasut part2..
Hujung minggu adalah hari yg paling ditunggu2...nak cari kasutla kononnya...
kuar uma jam seawal jam 10..naik tren pg bts..jumpa my Enche Hati..after pick up me..we all trs gerak g kl...tempat pertama ktorg pg pertama complex...
byk pilihan yang menarik but hati tak terpikat..huhuhu
and we all trs pergi sogo..beside complex tu je...n still tkde yg menarik hati...after that we are back to first complex..pertama complex..n guess what?????......
my mission is failed!!!!...
n guess what we are buying the new racket for Enche Hati...n i plak just this phone cover...
u olsss want to know y my mission is failed...
because last week i bought the carlo rino...
soooo..my enche hati said...next time we bought the next shoes ye....
#like i said before...
1.survey first before u are going to bought something!!!...
the end
Friday, January 16, 2015
Alahai la sengugut..
Alhamdulillah syukur ....kita masih mampu bernafas di bumi allah yang indah.Hari ini hari jumaat, penghulu segala hari. Sempena hari jumaat ni apakata kita tadahkan sama-sama tadahkan tangan untuk memohon doa kepadanya.
ARGHHHH....
Sampai2 ofis je sya dh terasa something....opsssss!!! bendera dah naikkk laaaa...
Nasib baik la dalam saya dah standby "bekal" kat dalam laci in case for emergency cmnihh..
Alhamdulillah dh lega rasa bila ada bekal...hukhukhuk!!!..
On that day jugalah ...
Sengugut mula datang menyerang...
badan dah mula rasa tak selesa....aduhaiiii...nih tak ble jadi ni....nasib baiklah juga ada dua benda nihhh
- TUAM NGN AIR PANAS... Jika dulu,perempuan lepas bersalin akan menggunakan Tungku panas yang dibalut dengan beberapa helai kain untuk digunakan sebagai tuam ,kalau takde tungku sila gunakan air yang diletakkan di dalam botol...(sambil menuam perut yang sakit...huhuhu)
- MINUM AIR TEH ...Minum air teh pahit tanpa gula...
- MINUM AIR HALIA....Sila tumbuk halia hingga hancur dan kemudian rendam halia yang ditumbuk td kedalam air..(air separuh je...)
- TIDUR...Ambil masa yang ada untuk mengurangkan kesakitan yang dialami..insyallah lepas tidur kesakitan akan berkurangan.
- MINUM AIR SUAM....Banyakkn minum air suam.
jika nak taw tips yang selanjutnya...sila lah rajinkan diri untuk melawat blog ini
- http://profhariz.com/cara-merawat-senggugut-yang-berkesan/
- http://www.petuatradisional.com/tips/petua-senggugut
- http://www.vitamin4uall.com/menghilangkan-sakit-senggugut-dengan-cepat-dan-mudah/
tolong jangan ambil ubat penahan sakit!!!!...
Sekian for this day!!..
Tuesday, January 13, 2015
This is My pevret
Misi mencari kasut..
Hujung minggu biasanya adalah hari yang perlu digunakan sepenuhnya..dalam erti kata lain hari untuk merehatkan badan ,minda dan sebagainya..hihihi
Bagi saya,hujung minggu adalah hari yang best...nak taw npa?...
coz hujung minggu saya boleh habiskan masa saya dekat rumah takpun saya akan ajak mber pegi window shopping..
ARRRRHH...cam jauh melencong dari tajuk asal pulak kannnnn....
Ceta bab kasut ni, sebenarnya saya lagi suka menggunakan selipar untuk pergi kemana2 even nak pg mall ke,bersukan ke...nak taw sebab pe????...sebab saya selesa nak pakai selipar...tapiiii...saya akan pakai mengikut situasi dan dress yg kita pakai aritu.
Oleh kerana enche hati tak puas hati dengan selipar yang saya selalu pakai,tetiba je enche hati suh cari kasut..dan y nott saya gunakan kesempatan pada hujung minggu ni untuk mencari kasut yang bersesuaian tuk saya kannn...Sebelum memulakan misi tersebut,saya mula menyelongkar kandungan yang terdapat dalam badan TUAN GOGGLE..Sebelum beli kita kena survey dulu...coz kita nak pakai bukan untuk masa sehari tapi..kita pakai untuk masa yang panjang tawwww...soooo...
if uolsss nak beli sesuatu barang...uolsss harus survey :
1-Harga :
Bukan nak berkira sangat tapi kita kna pastikan kita tak tertipu dengan harga yang diberikan,walhal law kita survey dekat lain2 kedai harga sesuatu barang tu lagi jauh beza taw!!!!...
2- Kualiti :
Uols if nak beli sesuatu,kena pastikan barang tersebut dalam kualiti yang yang baik..bukan pe,taknk la nnt dh spi uma baru perasan barang tu tak berkualiti,dh koyak,...msti uols taknk kannnn....Before beli tengok betul2 tawww!!
3- Survey tempat :
Bila kita dah set kat hati kita nak beli benda tu..contohnya kasut la kannn...kita kna pastikan kta dh taw tempat tu contohnya la uols nak beli kasut sukan...mesti korang nak cari tempat yang murah,senang parking n berkualiti kannn...n bila uols servey tpt kat TUAN GOGGLE,uols jumpa sports direct kat subang...tempat tu mungkin asing bagi uols...y nottt uols survey tempat,jalan n masa yang sesuai kannn...Bila kita dh taw tempat yang dituju,masa kita pun takde la terbuang begitu je..
Hurmm..
dh merapu banyak pulak saya kannn..
Tunggu part yang seterusnya...
to be continue....
Monday, January 12, 2015
GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris
Assalamualaikum~
Friday, January 9, 2015
Segmen for 2015
Assalamualaikum for all readers..
Ini adalah Segmen Segmen Bloglist By ciksepet.com yang pertama saya nak sertai untuk 2015
Apa kata kita try dan usha blog ini..
Manataw...kannnn..rezeki 2015..kitew jadi salah seorang daripadanya...
Friday, December 26, 2014
2015
assalamualaikum..
Pada penghujung tahun 2014..negara mengalami banjir yang teruk..
kesiann..
ungkapan itulah yg sering kita dengari
tapi apakah kita langsung tidak menyedari petunjuk yang sudah terang lagi tersuluh..apakah kita tidak menyedari bahawa kita sudah makin menghampiri..
penghujung jalan yang telah ditetapkan
penamat segala kekayaan duniawi
disitula kita bakal bersemadi.
alhamdulillah atas kurnianya..kita masih di sini menghirup udara yang bersih.
Sekarang kita sudah menganjak ke tahun 2015...alhamdulillah kita masih setia bertapak dibumi yang nyata ini,walaupun tahun 2014 tahun yang banyak dugaan..namun kita patut bersyukur atas semua perkara yang berlaku...ada hikmah disebalik semua kejadian yang allah telah turunkan..
SEmoga tahun 2015 ini kita dapat menmafaatkan segala kurniaan yang telah diberikan..
Thursday, December 18, 2014
Bibir kering
- Pencemaran
udara serta debu.
- Perubahan
suhu yang
boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi
kering serta pecah-pecah.
- Makanan
yang terlalu masam atau masin.
- Tabiat
merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
- Kurang
pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
- Kurangnya
minum air.
- Menggunakan
kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh
alergi terhadap kosmetik tertentu.
- Menggunakan
ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
- Tabiat
suka menjilat bibir dengan air liur.
- Demam
- · Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
- · Pilih sayur dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral
- · Jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam
- · Sapukan madu sebelum tidur
- · Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah
- · Sapu mentega/Vaseline pada bibir sebelum tidur bagi mengekalkan tahap kelembapan
- · Jangan menjilat bibir.
- · Gunakan Aloevera
- Sapu
dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan
lakukan setiap hari.
- Sapukan
getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua
hari luka akan sembuh.
- Sapukan
pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan
kemerah-merahan.
- Bersihkan
sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan
perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih
menawan dan kemerah-merahan.
Friday, November 7, 2014
Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .
Assalamualaikum...
Bismillahirahmannirahim..
Mukadimah utama ambe...
Pemanis mulut sebelum berkata-kata..
Lazada..
Sebut tentang lazada ni,mesti oullss sudah sedia maklum kannn tentang adanya online shopping selain daripada Zalora. Memang terbaikkk oullsss!!...Nak beli barang?...order je dekat LAZADA,.
alamakkk..
panjang beno pulak ceta sal lazada ni kan!!!!!!....
ni arrr nak cetaa...
nak joint contest takkk..
Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale.
Thursday, November 6, 2014
Jovian Mandagie
Dah lama tak mencoret kat blog ni kann..
Arhhhh ni nak habaq
Kenai tak jovian mandagie?...alorrrr pereka fesyen terkenaiii tu....
Baru-baru ni...jovian mandagie telah membuka restoran baru...
Bertempat di SEKSYEN 7
![]() |
| Me and Nurul |
![]() |
| Nasi Goreng Roa |
![]() |
| Mee Cakalang |
![]() |
| the best part of...this couple.. :) |










