Wednesday, June 26, 2013

Kreativiti pada anak



Kreativiti yang terdapat pada anak-anak berbeza dengan orang dewasa. Kreativiti seorang anak dapat di bina jika terus diasah sejak kecil. Pada anak-anak, kreativiti merupakan sifat yang komplikatif; seorang anak mampu berkreativiti dengan spontan kerana ia telah memiliki unsur pencetus kreativiti.

Pada dasarnya kreativiti anak-anak bersifat ekspresionis. Ini kerana pengungkapan ekspresi itu merupakan sifat yang dilahirkan dan dapat berkembang melalui latihan-latihan. Ekspresi ini disebut dengan spontan, terbuka, tangkas dan santai. Ada 3 ciri dominan pada anak yang kreatif:
(1) spontan;
(2) rasa ingin tahu;
(3) tertarik pada hal-hal yang baru.
 Ternyata ketiga ciri-ciri tersebut terdapat pada diri anak. Bererti semua anak pada dasarnya adalah kreatif; faktor lingkunganlah yang menjadikan anak tidak kreatif. Dengan demikian, peranan ibu bapa sebenarnya lebih pada mengembangkan kreativiti anak.


Membangun keperibadian Islam.

Dengan cinta, ibu bapa dapat membangun keperibadian Islam pada anak yang tercermin dari pola pemikiran dan pola sikap anak yang islami. Ibu bapa yang faham akan sentiasa menstimulasi/ merangsang aktiviti berfikir dan bersahsiah anak-anak sesuai dengan standard Islam. Meransang aktiviti berfikir dilakukan dengan cara meransangkan unsur-unsur/ komponen berfikir (indera, fakta, informasi dan otak). Aktiviti membentuk sikap adalah aktiviti dalam rangka memenuhi keperluan jasmani dan naluri (beragama, mempertahankan diri dan melestarikan jenis).
Ibu bapa dapat meransang alat indera anak dengan cara melatih semua alat indera seawal mungkin. Ajak anak mengamati, mendengarkan berbagai suara, memegang berbagai tekstur benda, mencium berbagai bau dan mengecap berbagai rasa. Meransang otak dilakukan dengan cara memberi nutrisi yang halal dan bergizi yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel otak sejak dalam kandungan serta banyak menghadirkan fakta dan informasi yang dapat di cerap oleh anak.
Menstimulasi informasi diarahkan untuk meyakini adanya Pencipta melalui fakta-fakta penciptaan alam. Ibu bapa juga boleh membacakan cerita, mengajari anak untuk selalu mengaitkan fakta baru dengan informasi yang sudah diberikan, serta menghindarkan anak dari fakta dan informasi yang merosak dengan cara memilih tayangan TV, buku dan majalah.
Perlu difahami oleh ibu bapa, bahawa anak memahami standard secara bertahap seiring dengan kesempurnaan akalnya. Anak seusia kecil belum sempurna akalnya. Namun, ibu bapa tetap perlu mengenalkan standard-standard kepada anak secara berulang-ulang tanpa memaksa anak untuk melakukannya. Biasakan pula mengenalkan dalil kepada anak. Ibu bapa juga hendaknya senantiasa menghadirkan keteladanan yang baik pada anak di mana saja mereka berada.

Ibu bapa yang faham tidak akan mengarahkan anaknya untuk sama dengan anak orang lain. Kita dapat membentuk keperibadian anak kita, tetapi bukan untuk menyamakan karakter mereka. Kita melihat, Sahabat Umar ra., Abu Bakar ra. dan sebagainya tidak memiliki karakter yang sama meskipun masing-masing mereka merupakan peribadi-peribadi yang islami. Keunikan mereka justru menjadikan mereka ibarat bintang-bintang yang gemerlapan di langit, terangnya bintang yang satu tidak memudarkan terangnya bintang yang lain. Begitu pula halnya dalam hal kreativiti mereka. Setiap Sahabat adalah insan kreatif. Masing-masing memiliki dimensi kreativiti sendiri-sendiri. Salman al-Farisi adalah penggerak utama Perang Parit; Umar bin al-Khatthab adalah pengasas undang-undang lalulintas; Abu Bakar ash-Siddiq adalah pengasas tegaknya sistem ekonomi Islam; Khalid bin Walid adalah pakar strategi perang; dan banyak lagi.

Yang menjadi masalah sekarang, para ibu bapa sering kurang bersungguh-sungguh untuk mengembangkan kreativiti anak. Seolah-olah para ibu bapa lebih suka jika anak menjadi fotokopi orang lain daripada dia membesar sebagai suatu peribadi yang utuh.

Kerana keperibadian menentukan kreativiti, seorang Muslim pada hakikatnya memiliki potensi kreatif lebih besar dibandingkan dengan umat-umat lainnya.

No comments:

Post a Comment